I LOVE HOLIDAYS!

Aku paling suka cuti semester kali ni.
Aku seronok sangat dengan apa yang aku buat, mereka2 yang aku hang out with, dan masa2 seronok semua..

Okay, cerita bermula bila aku dapat tau yang cuti aku hanya 2 MINGGU berbanding dengan cuti orang lain, 2 BULAN.
Agak sedih la.. Terkilan jugak awalnya (smpai sekarang pun masih terkilan) tapi terpaksalah terima hakikat.
Yang paling teruk, dah lah cuti 2 minggu je, kena potong lagi seminggu pula tu sebab aku terpaksa pergi kem Biro Tatanegara dekat Kuala Kangsar, Perak. Bila dah ready beli baju kurung sekolah putih and all untuk camping tu, tiba2 dapat inform pulak yang tempat kem tu bertukar ke Maran, Pahang..

Omg,, aku macam panas jugak lah time tu, tapi redha jela..
Tapi mind aku tetiba berubah bila smpai sana. Somehow, ada yang tak puas hati kata kem tu brainwash la, racist la, tapi bagi aku kem tu buat aku makin cintakan Malaysia, mbuat aku berubah fikiran untuk berbakti terhadap Malaysia, lebih bersemangat, dan macam2 lah yang lebih. Apa2 yang bkaitan dgn patriotik la, masyaallah!
Semangatnya... huhu!

Pengalaman camping macam zaman sekolah tu memang seronok memandangkan life aku sekarang sangat lah tak adventure. Aku kena jadi tahanan dalam penjara, jadi perancang pembangunan negara, jadi debator, jadi lawyer yang hafal isi2 kandung Perlembagaan, try naik ab-sailing, belajar pasal mandikan n kafankan jenazah.. Macam2 lagilah!
(first time jadi skema)

Then tiba2 timbul isu kahwin..
Well, farah memang gatal, so tutup lah crita pasal tu ok.. Malu! huhu!

Apa yang paling menarik pasal cuti mestilah bila time hang out..
Keluar date n keluar ngan kawan2 je tak terkira banyaknye. Belum campur lagi keluar ngan family, pegi kenduri, semuaaa kan..
Hurm.. Bila keluar dengan kawan2, biasalah update pasal diri masing2..
Yang si minah ni dah couple, yang minah tu putus hati, yang mamat x guna ni plak tetiba bleh dapat awek hot??! OMG

Lepas tu keluar dengan ******... Aku bawak dia pergi jalan2 ke Subang Jaya. Konon2 nak tunjuk2 tempat aku belajar and hang out and all kat die tapi di sebalik tu, saje je nak suruh dia hafal jalan. Karang apa2 hal, senang die nk pick me up.. Haha! Jahat2..

Yang paling tak boleh blah sekali, masa pergi sekolah dengan berpakaian seperti tak macam selalu.. Dah la pakai selebet gilo, memang stylo tp x pernah pakai macam tu ke sekolah. And then pegi pulak ke pejabat, sembang2 dengan penolong kanan n pengetua dengan cikgu disiplin sekali.. Ambik ko, triple!
Nasib baik they didnt judge me by the way i dressed sebab maybe diorang kenal dah perangai and personaliti aku macam mana.. Paling best sembang dengan pengetua baru tu la! Friendly, best!

Haha! Banyak lagi cerita yang best pasal cuti ni. Tapi takut korang bosan pulak kan... haha! Meh sini kita usha gambar jela.. Aku pun malas nak taip. :D

hoh! semua kena pakai baju sekolah

comel jugak aku pakai tudung.. haha!

lepak wif my bestie, Fairuz

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment