Memandangkan sekarang dah dekat nak habis semester, mesti masalah utama kebanyakan student ialah duit poket kan? Ye, kenapa aku cakap macam tu? Sebab duit dalam bank aku hampir habis ye. Rasa macam tak mencukupi untuk tanggung aku sampai Disember ni.
Disember~ lagi 10 minggu. Kalau ikutkan bajet, dalam bank aku perlu ada rm1000 untuk kasi aku hidup mewah. RM1000? Kasi aku heart attack celah mana pulak nak korek.
Tapi malangnya tidak. So, untuk feel nak hidup mewah jugak tanpa buat muka seposen mintak duit parents, kita kenalah berjimat cermat.
1.Langkah pertama untuk berjimat cermat ialah berhenti shopping. Untuk pengetahuan semua, sepanjang 2 minggu lepas memang aku banyak spend untuk benda bukan-bukan. So, benda bukan-bukan tu la yang kena tiup jauh-jauh. Kalau teringin jugak nak beg baru, baju baru dan segala yang baru, pergi cari balak kaya. Dekat sini xde.
2. Jangan indulge diri beli makanan mahal-mahal. Aku tau ramai di antara kita semua memang anak lord. Tapi apa salahnya kalau sekali sekala ikat perut sikit untuk tak membebankan ibubapa or dalam kata lain belajar hidup berdikari, pakai duit sendiri. Ingatlah, bagi student-student IPT, sedar-sedarlah diri. Masing-masing dah besar, pandai-pandailah hidup. Jangan asyik mintak kaki je dari parents. Sila diet!
3. Elakkan diri daripada melakukan perkara sosial di luar. Dalam rumah takpe. Maksud aku, kalau syaiton di sekeliling ajak pergi karoeke, shopping, tengok wayang, katakan TAKNAK. Ingatlah, kalau duit habis, boleh ke kau merasa nak main snooker, berkaroeke sume tu? Nak makan pun takde duit.
4. Mahirkan diri dalam ilmu mengorek tabung kawan. Sangat berguna. Tadi aku berjaya keluarkan duit syiling rm2 daripada hasil jolok dan korek tabung member aku. Tapi bukan aku mencuri. Saje nak gilap balik ilmu yang dah lama aku tinggalkan tu. Hehe!
So, tu dia langkah-langkah berjimat yang mesti diamalkan. Aku pun dah mulakan daripada minggu ni. Ni contoh menu makan dan harga untuk hari ni. For your info, makanan dekat Subang Jaya, atau spesifik lagi, dekat SS15 memang mahal nak M. So, memang kena berhati-hati sikit kalau makan dekat sini.
Menu hari ni.
Breakfast
Roti telur (RM1.90)
Air kotak(Free, bawak dari rumah)
Brunch
2x Cocopie (Bekal dari rumah)
Air kotak (Bekal dari rumah)
Lunch
Nasi campur(Rm5.70)
Ais kosong (Free)
Makan petang
Cocopie (Bekal)
Dinner
Nasi putih (RM1)
Rendang daging (Priceless, bekal umi masak)
Air kosong (Free)
Total makan 12 Oct 2010: RM8.60
Kalau aku tak jimat, purata harga makanan aku sehari ialah RM17.
So, hari ni aku dapat jimat RM8.40
Haha! Berjaya!
Eat healthy,
Stay alive!
0 comments:
Post a Comment