The Sweet Escape

Lama dah aku teringin nak post pasal bilik tidur aku.
Selama ni asyik-asyik post pasal bilik kat apartment je.
So sekarang aku nak tunjuk apa yang ada dalam bilik aku pulak.

Aku tidur sorang-sorang setiap malam.
So, hanya bilik aku la jadi tempat aku luahkan kreativiti aku.
And ni lah satu-satunya tempat yang aku rasa sangat relax bila lepak.
Dah banyak kali bilik ni alami transformasi.
Banyak kali dah aku cat.
Kalau nak tau semua benda aku buat sendiri.
Daripada cat, hias, susun atur, semua laa..
So, kalau tak lawa, memang padan muka aku laa..

Ni ialah bak kata Eric Leong, feature wall aku..
Aku tampal beratus gambar-gambar masa zaman sekolah dulu.
So, banyak la muka kawan-kawan sekolah ada.
Yang tak boleh blah, kalau sesape member aku datang bilik ni,
mesti dia kira berapa banyak muka dia ada dalam gambar.
Muka aku? Tak terkira banyaknya..
Malu pulak kadang-kadang kalau ada tetamu usha..



Ni pulak gambar potret terbaik yang aku lukis masa tingkatan 3. Aku memang suka pakai media pastel. So, aku frame kan and gantung la.
Koala tu pulak aku beli kat Aussie hari tu.. Hehe! Suka.. Lama dah teringin nak beli.
And kalender pulak sangat important bagi aku sebab aku selalu tak ingat tarikh. Tambah2 lak tarikh cuti.. Penting wooo..



Gambar-gambar kat sebelah ni adik bongsu aku yang lukis. Aku pernah post dulu pasal lukisan ni. Dia memang suka lukis pasal aku and dia and tampal dalam bilik aku.

So, memang ada side khas untuk lukisan dia je..
Tampal jela selagi boleh..
Gambar pintu ni ialah pintu bilik aku.
Memang penuh dengan tandatangan kawan-kawan aku masa form4. Aku dah kata banyak kali jangan tulis tulis "good luck for SPM" sebab apa yang diorang tulis tu kekal sampai bila-bila.. Tapi tulis jugak..
Hahahah..
Mostly ni semua autograph kawan-kawan sekelas dulu..
And semestinya semuanya mencapap bila tulis kat pintu.
Semua stok nak perli aku je..
Cehhhh!

Yang tulis panjang gile sampai ke bawah tu Hajar yang buat..

Yang love-love ni pulak member aku, Zeehan yang buat.. Dia conteng buku aku masa sekolah dulu.
Tapi aku tengok comel plak..
So, aku tampal jela kat bilik..
Ok, seterusnya apa yang ada dekat almari rak aku plak..
Dulu rak ni kaler wood.. Tapi aku cat kaler putih bagi match dengan dinding.
Dekat rak ni la aku letak semua benda..
Daripada magazine, beg, mainan, macam-macam laa..
Sorry, memang semak sikit..

Aku seorang yang sentimental kot.
So, satu bahagian khas untuk letak frame gambar aku masa kecik2 dulu.
Cenderahati yang aku pernah beli, and Barbie doll yang tak sempat aku main..

Dulu aku suka membaca!
So, ni semua stok buku-buku dulu-dulu laa..

Now suka baca magazine..
Ni ialah sebahagian daripada stok magazine aku..
Biasanya baca EH!, Cleo, Cosmo, Female.. Gitu-gitu laaa..
Mostly fashion magazine..


Semua piala aku dari zaman sekolah!
Bangga kot..
Walaupun tak banyak, tapi at least ade laa..
Trofi yang paling tinggi tu paling bermakna bagi aku..
Anugerah tokoh pelajar 2008..
Haha.. Kembang kempis hidung, bontot..

Err.. Ni actually baju-baju yang terlebih.
Dah tak muat 3 almari baju aku..
So, biar jela atas lantai.
Senang jugak nak capai..
Huhuhuhhuuhuhh..

So, kesimpulannya, I LOVE MY ROOM!
Walaupun tak cantik mana, tapi sangat bermakna bagi aku..
Hehehehh..

Sorry for kualiti gambar yang buruk..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment