Sayangilah Wanita Garang Seperti Kami


Ada yang taktau PMS tu apa?
Menurut pengetahuan aku, PMS bermaksud Pre-Menstrual Syndrom di mana keadaan seorang wanita seminggu sebelum datang haid every month.
Ia ialah keadaan di mana seorang wanita mengalami ketidak tentuan hormon yang kencang menggoncang-goncang seluruh jiwa dan raga seseorang wanita itu..

Wahh.. wahhh.. When a sociologist happens to be a gynecologist jadi macam ni laahh kan.
Can't help it..

(-___-")

Ok, apakah sindrom-sindrom nye.. Bunyi macam serius-serius je kan.
Wanita-wanita ini yang kamu panggil adik manis, awek manja, minah pengkid, mak garang, cikgu gila, warden ganaihh, ni semua mengalaminya.

Macam mana nak tahu seseorang wanita tu mengalaminya?
Well, obviously takkan nak pergi tanya kan..
Tapi kamu buleh teka..
How??
Haaaa ni yang nak bagitahu ni!

Sindrom Wanita Ketika Mengalami PMS
1. Sangat rasa insecure.
2. Cepat tacink
3. Tak habis-habis rasa nak mengamuk baling kerusi je.
4. Mengidam seperti sedang pretnen.
5. Mengada-ngada nak bermanja.

Ok, bagi aku sendiri selama ni aku rasa sangat jarang mengalami sindrom ni sebab kononnya aku sangat wise and pandai control segala perasaan luar dan dalam lah kann..
Tapi ternyata tidak!
Cuba baca balik apa yang ditulis di atas.
Actually banyak lagi masalahnya macam pening kepala la, ape laa, tapi aku malas nak kupas yang reason pelik-pelik tu. Aku nak cakap sesuatu yang kaum hawa pun tak perasan die sedang mengalaminya sebab perkara di atas ni are too common.

Mengikut pengalaman aku, biasanya kalau time-time macam ni paling kerap terjadi ialah MENGIDAM!
Ye, aku memang selalu mengidam. Benda-benda merepek je pun, macam kali terakhir aku mengidam nak makan ais krim Baskin Robbins, beli coklat banyak-banyak, megi cup tomyam, dan lain-lain. Bukan itu sahaja, selalunya mengidam nak beli benda macam baju, kasut dan segala-gala yang terlintas. Kalau tak dapat, bersedialah untuk menghadapi tekanan. Kalah perempuan pretnen camni.

Macam kes cepat tacink plak, ada la sikit tapi tak selalu tunjuk.. Perghh, makan dalam je. Macam hari tu tengah text dengan Afir, time best-best tetiba die kata dia nak chow ada banyak kerja.
Then, aku panas aku kata, "FINE! Pergilah wat keje, biarkan la aku sorang-sorang"
Ceittt.. Tak sangka kot aku macam tu. 
Perkara kecik pun nak panas..
Apa je kan? Lame kan?

Rasa insecure pun selalu jugak. Macam rasa, "Ishk, asal baju buruk aku pakai hari ni?" Pastu running around tanya orang, "Ok tak baju aku?" sampai nak rasa ada confidence balik.
Ohhh.. Adakah anda juga begitu? Cakap je ya.. Jangan nak nafikan.
Bukan pasal baju je, kadang-kadang pasal rambut/tudung, presentation, aktiviti social dengan berlawanan jantina dan macam-macam lagi.

Ok tak? Tak ok tak? Peduli hape aku..
Hahahah..

Kenapa saya cerita pasal semua ni?
Sebab nak bagi kesedaran kepada semua..
Actually aku pun baru nak sedar and terima hakikat yang aku juga mengalaminya.
Selama ni aku duduk di bawah tempurung and menafikan aku mengalami perkara-perkara seperti naik hangin, cepat mengamuk dan segala negatif.
Ingatkan sindrom dia tension-tension je, rupa-rupanya banyak lagi sindrom lain.
Hahaha!

OK, peace..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment