Ok, kali ni cuba kita cakap pasal makanan.
Memang la dulu aku tak suka makan.
Makan bagi aku ialah aktiviti untuk teruskan hidup, not more than that.
Tapi setelah bijak pegang duit sekarang, makin lama makin tinggi pulak nafsu tu.
Bila nafsu makan dah mula meningkat, baru sekarang aku dapat figure out makanan apa makanan feveret aku.
Heee.. So, sekarang ni bersedialah untuk mengkontrol segala temptations.. *drools*
Kategori Fast Food
Zinger Burger KFC.
Menu wajib setiap kali datang KFC.
Ayam goreng Ayamas
Sedap gile.. Tambah plak yang pedas-pedas or drumstick.
Cheezy wedges KFC.
Double Cheese Burger McD
Maggi Cup Tom Yam.
Wajib ada dalam cawan, baru sedap. :D
Kategori Makanan Tradisional
Nasi Goreng Ayam Masak Merah
Boleh kata hari-hari jugak la makan..
Nasi Goreng Pattaya
Asam Laksa Siam- Oldtown
Ni yang buat aku kayap dok makan selalu..
Asam Laksa Nyonya
Ok, seyes ni memang feveret gile-gile.
Agak rare nak jumpa orang jual kat kedai. (tak pernah jumpa pun)
Yang paling sedap, mesti la yang dimasak oleh Umi or Opah Aunty time hari raya.
Menu wajib ok.
Aku tak berapa minat kuah laksa yang ikan di blend.
Aku suka ikan seketul-seketul dalam laksa, baru terasa.
Char Kuey Tiaw
Kategori Makanan Western
Chicken Chop
Mesti yang crispy punya. Tak berapa minat yang grilled.
Lamb Chop
Makanan yang sedap tapi everytime makan mesti rasa macam nak mati cepat
sebab kandungan kalestrol tinggi kot, banyak lemak.
Kategori Minuman
Sirap Ais
Peel Fresh Orange
Iced Coffee
Iced Lemon Tea
Gatorade Grapefruit
Kategori Coklat
Kinder Bueno White Chocolate.
Walaupun mahal, tapi sedap gilerr...
Cadbury Crunchie.
All time feveret. Teringat masa darjah 2 dulu sanggup je kumpul duit, taknak makan sebab nak beli coklat ni.
Dulu murah je, RM2.20. Sekarang RM3.70.
Cam haremmm...
Beryl's Almond.
Suka, tapi susah nak dapat. Kalau jumpa pun, mahal.
Harga dalam RM23- RM30
Kat Langkawi RM18 je.
Cadbury Black Forest.
Kategori Kek
Firmikal Bahiyah Bakery punya kek.
Any cake will do.
Semua sedapp..
Cheesecake.
Masih tercari-cari lagi cheesecake kat mana yang boleh lawan cheesecake yang aku pernah makan kat Aussie. Serius yang kat Aussie tu sangat sedap.
Cupcakes.
Bab ni apa-apa cupcake pun boleh.
Lagi comel, lagi bagus. Suka gile!
Kategori Ice-cream
Baskin Robbins Love Potion 31
Dia punya coklat bentuk hati tu dah la comel, sedap and pelik pulak tu rasa dia.
Sebab coklat tu je reason aku suka beli icecream ni.
Chocolate Chip Cookie Dough
Ni memang pelik, tapi sedap.
Imagine orang letak cookie dough yang sebenar dalam icecream.
Unik kan? Haha! Hanya di Baskin Robbins
Ok, sumpah kecur air liur sekarang walaupun tadi dah makan laksa, and malam semalam dah makan kuey tiaw and nasi goreng ayam masak merah.
*drools*
0 comments:
Post a Comment