My Love is Like A Rainbow

Sangat ironi kot kenapa aku da jarang update. Time sibuk dulu menyempat je nak menyelitkan masa tulis blog, tapi sekarang dah cuti sem terus taknak update. Lol.

Ok, so for this entry, aku nak kongsi resipi!! Ni sebenarnya main tibai je, aku dok beli-beli barang pastu baru sibuk nak usha camne nak buat from youtube. Actually aku buat cake ni for my mum untuk Mothers Day. Walaupun terlewat satu hari, tapi kira ok la daripada takde. Aku pun blur sebenarnya nak bagi ape time poket kering kontang ni..

So kawan-kawan, aku dapat inspirasi ni from cake tak sedap yang dijual masa ada event kat Taylor's dulu. Cake takdelah sedap, tapi memang lawa sangat. Lebih kurang camni la rupanya..



Tapi sebab aku ni jenis pemalas nak bake satu-satu warna at one time, and bancuhan cake aku sikit je, so aku pun jadikan cake ni sebagai hasil inspirasi.

Nampak colorful tak? Aku memang suka colorful-colorful camni..

Untuk permulaaan, kena sediakan bahan-bahan dulu. Bahan-bahan yang digunakan oleh aku ialah..
- Sekotak bancuhan kek Pillsbury (Butter Cake) = RM10.90
- Satu tub krim frosting Betty Crocker perisa Vanilla = RM8.90 (sumpah sedap gilaaa)
- Pewarna biru, kuning and merah= RM1.60x3
- 3 biji telur = RM0.25x3
- Minyak masak setengah cawan
- Air satu cawan.

Diingatkan ye yang kek ni versi pemalas and nak cepat siap. Dats why pakai everything semua ready to use je. Yela, kalau nak bancuh-bancuh kek sendiri ambik masa and tenaga kot.. Plus moneyyy.. Hehe!

So, let's get it starting! 

1)Mula-mula sekali masukkan telur, air dan minyak dalam bekas. 


Kemudian kita kacau bagi rata semua, lepas tu baru masukkan tepung mixed Pillsbury tu tadi.


2) Lepas dah sebati, bahagikan bancuhan tadi dalam cawan-cawan macam ni. Step seterusnya, masukkan pewarna ikut warna pelangi. Pandai-pandai la nak mix kan warna.. Dulu kan masa sekolah cikgu dah ajar dalam kelas Pendidikan Seni.

Gambar sebelum bancuhan tu diwarnakan
 3) Ok, step ni yang paling best skali. Dalam pan, griskan dulu and letak kertas pelapik siap-siap. Lepas tu  masukkan satu-satu warna from the center of the pan. Start dengan warna purple dulu sampai la ke warna merah. Kalau tak ingat susunan warna pelangi macam mana, hafal macam style yang aku selalu buat. (Michael  Jackson kena halau balik India Utara). I know it sounds so lame tapi cant help coz kadang-kadang aku pun lupa jugak susunan warna pelangi ni.. Hehe! Fail.

 Tuang satu-satu ye, nanti jadi macam gambar bawah ni.

Ok i know my purple and blue tak jadi, not that i failed Pendidikan Seni tapi bancuhan kek tu warna kuning laa.. 

4) Kemudian, jangan sentuh-sentuh lagi dah. Just masukkan dalam oven and bakar dalam 180'C selama 40 minit.


5) Tadaaa.. Kan dah siap. Sekejap jee.. Keluarkan kek from oven, and sejukkan sekejap sebelum boleh mula hias. Kalau nak cepat sangat, biarkan je bawah kipas..

Kek selepas dilitupi frosting.
 6) Kemudian barulah boleh menghias.. Biasanya rainbow kek ni orang hias simple-simple je coz centre of attention dia mestilah from the inside. Ok, part hiasan ni pun aku main tibai je. Pakai Betty Crocker punya frosting yang memang sedap gila.

 Effect tu aku buat guna sudu je and tabur gula manik kat atas kek.

7) Yeahh... Maka inilah hasilnya kek kita pada hari ini.. Nampak ok la.. Aku rasa kalau buat sponge cake mesti lagi lawa kan.. Hehe! Tapi pape pun, aku tetap berpuas hati sebab cubaan pertama hampir berjaya. Hampir sebab kek ni tak berapa tinggi laa.. Adoyai.. But anyways, sedap gakk.. Masa yang aku perlukan untuk semuanya just 2 jam je.. Sekejap je kan?



Thanks for reading!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment