So, baru tadi aku usha magazine ni.
Muka aku memang muka lawak, so tak heran laa.
Nampak matang kot.
Warrghh...
Aku still ingat lagi after siap make-up, make-up artist tu cakap.
"Haa.. Lawa dah. Boleh terus kahwin lepas ni.."
Adehhh... (-___-")
Btw, tak banyak kerja editing kat muka aku.
Ok jela kot, kalau tak nanti lagi jadi fake..
Cover magazine
Sila klik untuk tumbesaran
Bahagian menu
Actually nasi goreng paprik ayam tu aku order pasal lapar nak makan.
Bukan untuk tujuan photoshoot.
Tapi senyap-senyap diorang ambik gambar, tau tau je dah keluar magazine.
Jangan memain weh.. Nasi tu dah masuk dalam perut aku kot.
Lol.
Sambutan ulangtahun Bakery yang pertama.
Eceh.. Muka aku kat atas tu kot. Macam la aku yang masak..
Dalam magazine tu kata aku Pengarah Eksekutif kot..
Wowww.. Haha! Sila jangan percaya.
Actually editor magazine tu interview aku kejap je.
Dah la awkward moment gilee..
Disebab kan ni issue untuk hari ibu, dia cam tanya,
Awak pernah sambut hari ibu?
"Err.. Pernah kot. Tapi masa kecik-kecik dulu"
Apa yang awak buat masa tu?
"Saya buat kad sendiri je kot. Then buat cookies."
(Ok, part cookies tu hanya rekaan semata)
Macam mana perasaan ibu awak?
"Umm.. Happy..?"
(Jawab dengan muka yang blur sebab obviously la happy kan? Takkan kecewa plak.)
Then tetibe photographer tu panggil nak mulakan photoshoot.
Pastu aku dengan gentle nya kata kat editor tu,
"Kak, kita ambik gambar dulu la.. Lagipun dah gelap dah ni. Lepas ambik gambar kite sambung interview ok?"
Amboi.. Lawan bos plak aku. Dia tau la kerja dia, dia editor kot.
Diva sangat la kau kan?
Tapi dah nak wat camne, aku cakap ikut logik.
Memang serius tempah penampar satu..
Nasib baik tempahan tak sampai.
Pastu somehow, akak tu dah taknak interview aku lagi.
Dia tacink kot.
Hahahaha...
So, dalam magazine pulak keluar statement ni.
Sempena hari ibu yang disambut bulan ini, Farah mengakui dia teruja untuk menyambutnya bersama ibu tersayang. Kali pertama menyambutnya dulu, Farah hanya menyediakan sekeping kad penghargaan ciptaan sendiri dan dia tidak menyangka si ibu begitu terharu dan gembira dengan pemberiannya.
"Kali ini Farah bercadang untuk mengajak ibu dan ibu angkatnya, Natrah untuk keluar makan pada hari ibu nanti. Tidak kisah di mana pun, janji kedua-dua ibu yang Farah sayangi ini berasa gembira dan terasa dihargai," Ujar farah dengan nada gembira.
Haha! Gembiraaaanyaaaa...
Bila masa aku kata aku nak ajak makan ni?
Dompet pun dah kering kontang.
Tunggu aku start kerja bulan 6 ni baru berisi kot.
LOL.
Pape hal pun, excited jugak.
Peluang sekali je seumur hidup kot.
So, korang jangan lupa dapatkan magazine ni tau.
And anddd.... Selamat Hari Ibu lagi dua minggu!!!
(Sila jangan jadi lame macam aku)
P/S: Sorry, kualiti gambar yang teruk. Aku ambik gambar magazine tu pakai kamera sendiri laaa..