My Room at Waupelani Drive

I just realized that I only have 1 month plus to stay in this house. Next Fall I would move out to another apartment nearer to college. Sedih jugak lah coz I love it here. Tak sibuk, tak bising every Friday night, dikelilingi taman belakang rumah and depan rumah ada anak-anak mat salleh comel-comel main dekat playground. I mean, kat sini sangat tenang and rumah ni sangat luas. I love my privacy, so disebabkan rumah ni besar, aku boleh main sorok-sorok kat mana-mana je yang aku suka. Teeeeheeee :)


And dah dekat 8 bulan aku duduk dekat sini, dah macam-macam transformation bilik aku dah buat. Hahaha! I dont know if you guys still remember my room back then masa baru masuk rumah ni. It was sooooooo simple like....


 Ni baru namanya rumah sewa orang bujang ok.


Takde katil, takde mattress, takde table whatsoever, no nothing. After a month baru beli katil, so barulah ade rupa bilik. That's why aku cukup marah bila ade sorang hamba Allah ni nak jadi juruaudit untuk kira ape benda yang ade kt bilik aku sebab dia kata aku bazirkan duit kerajaan. Eh hello, katil pun takde lagi ok. Lagipun kerajaan tak kejam sangat suruh aku tidur atas lantai. Kerajaan siap bagi duit lagi untuk aku settle down.


Bila katil dah sampai...




3 months after that baru aku add some personal touch dalam bilik ni. Haha! Baru lah ade penyeri sket..


These photos were given by someone before I came to US.


 This was how I organized my stuff. Atas lantai je semua. Kalendar pun siap bawak from Malaysia ok. 


After 4 bulan barang-barang aku berlantaikan karpet, barulah tergerak hati untuk beli rak buku. Haha! Masa ni aku memang cheapskate gila... Beli rak pun second hand di kedai second hand. Nak rabak je rak ni. Kalau sepak serious hancur. Hahah! Tak lah gurau jela. Aku takdela bodoh sangat nak beli rak rapuh. Kaki aku ni kuat menendang jugakkkkk... 


Ahli baru. Welcome welcome.....


The only issue that I had with this shelf is the color. Tak matching langsung ok dengan lain-lain!



But then baru perasan lagi satu masalah. My shopping habit makes my closet full. Dah la sedih dikurniakan closet yang kecik, ruang yang ade pun memang dah tak boleh nak sumbatkan pape baju lagi dah. Karang kalau beli baju baru nak manapak kat mana plak kan? Dah la closet kecik, kena bahagi separuh lagi plak tu sebab one section untuk roommate aku, one section baru aku punya.


So this is my section. Dekat belakang baju-baju tu tersimpan souvenir disimpan untuk bagi family sesampai di Malaysia nanti. Bayangkanlah betapa packed nya dengan winter coat segala lagi...


Actually it's a bit funny. Coz this was the load of my closet masa baru sampai US....


Kosong je kan? Macam mana baju-baju ni boleh beranak pinak dalam ni pun aku taktau. Magic agaknya.


Setelah lama fikir panjang and survey something yang mampu beli dengan duit yang sering kering kontang ni, akhirnya aku berjaya dapatkan rak baju ni pada harga paling murah yang korang mesti takkan percaya. Heeeeheeeeee...


Harga asal USD70 tapi aku berjaya beli dengan harga USD13. Pandai aku cari barang... 
Sangat-sangat berpuas hati dengan rak ni. Kental ok besi dia.


So after I bought the shelf, aku reorganize balik bilik aku yang tunggang langgang ni. Now I have more space for myself lepas get rid of barang-barang yang semak atas lantai.


Ok so now since banyak request ada yang ngada-ngada nak tengok bilik aku camne, maka nahhh.. Pastu pi duk diam-diam sana.


Konon-konon nak jadi hipster letak cermin menyenget. Ahh sudah.




My planner sampai final ni. Pastu zuuppppp fly balik Malaysia. Woohooo! Cant wait! One month to go!
Tapi taknak packed plak planner ni -.-


Nota untuk sound diri sendiri tapi dah lali bila baca hari-hari maka mari kita lupakan azam untuk berdiet kali ini.


Barang wajib capai masih parking atas lantai.


Perfume and gelang pemberian dari yang tersayang. 
Cewaahhh! Macam aku saje yang ade buah hati.


 Punca kegemukan.


Make up essentials.


 Siapa kata bebudak scholar semestinya menjadi skema? Tengok la berapa banyak buku yang aku ada. 
Tak skema langsung!


Kalau ade yang bertanya kat mana aku belajar, aku cakap atas lantai.


Ok itu sahaja untuk kali ni story pasal bilik. Aku story ni bukan pasal ape.. Memandangkan nanti nak pindah, aku up kan la entry ni so that satu hari nanti aku dapat tengok balik betapa aku berusaha kumpul duit untuk jadikan bilik aku ni lagi cantik and all.. Sebab ni first time aku dapat bilik kosong yang takde barang atau katil. So untuk tengok macam mana dia progress starts with nothing sampai la imej terbaru sekarang, aku rasa bangga dengan diri aku sendiri. Dah tak lama dah ni aku boleh beli rumah sendiri and hias bilik sendiri. Ahaks. Dengan siapa tu? Kehkehkehkehhh...


Pape pun, walau macam mana pun kondisi bilik kita, aku percaya yang bilik kita merupakan tempat yang paling tenang and selesa di dunia. Tambah-tambah lagi untuk orang yang jarang dapat time untuk berehat and tidur secukupnya- seperti aku. Peace yo!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment