Fakta Tentang Merawat Jerawat

Selama 22 tahun aku hidup, baru tahun ni muka kena attack dengan jerawat kaw-kaw punya. Memang serious horror. Lama jugak aku try macam-macam product untuk hilangkan jerawat ni and buat research. After aku apply everything yang aku belajar, now muka dah alhamdulillah clear balik. Not fully cleared lagi, tapi dah kurang secara mendadak. Now ada siapa tahu cara nak hilangkan parut?




1. Jangan sentuh muka jerawat tu langsung.
Memang banyak kali kita diberitahu pasal perkara ni tapi still berdegil jugak nak kopek or picit jerawat. I know how it feels... Tapi disebabkan habit ni lah elok-elok dapat dua jerawat, esoknya terus naik lagi lima biji. Ok this is why kita tak boleh sentuh jerawat. Sebabnya jerawat terhasil melalui sebum dan bakteria. Memang manusia ada menghasilkan sebum pada muka, tapi kalau tambah dengan bakteria, dari situlah jadi jerawat. Tangan penuh dengan bakteria, so kalau sentuh muka, ia akan menggalakkan lagi penyebaran bacteria pada muka. Just make sure if you really need to touch your face, basuh tangan dengan sabun dulu.


Second reason, jerawat terhasil juga bila pori-pori tersumbat yang dah dicemari dengan bacteria. Bila kita picit jerawat, kita akan bagi pressure pada gland yang ada kotoran tu, hence gland tu akan bocor dari dalam and merebak ke kawasan sekitarnya. This is why kita tak boleh sentuh jerawat sama sekali.


2. Untuk mereka yang ada acne-prone skin, elakkan pakai pelembab yang jenis cream. Carilah pelembab yang jenis lotion atau lebih bagus lagi dalam bentuk gel. Ini akan mengurangkan penghasilan minyak berlebihan pada muka. Make sure it's oil-free. Tapi kalau nak lagi bagus, cari yang ada 99% kandungan aloe vera. Works for me!


3. Fakta hari ini: TIADA PENAWAR UNTUK JERAWAT.
Tapi ia boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat and penjagaan yang betul. Antara yang berkesan untuk kurangkan jerawat ialah benzoyl peroxide, salicylic acid, etc tapi cuba cek kadar kandungan dia. Kebiasaannya cuma 2%. Ini antara chemical yang berkesan untuk jerawat kes biasa, tapi untuk jerawat batu atau cystic acne, kena jumpa doktor untuk prescription sebab kemungkinan benzoyl peroxide and salicylic acid ni tak cukup kuat. Peringatan: Benzoyl peroxide and salicylic acid ni boleh mengeringkan kulit. So itulah gunanya kena pakai pelembab. Kalau tak pakai pelembab, ada kemungkinan kulit akan jadi berminyak lagi teruk.


4. Ingat, there's no such thing as shortcut untuk lawan jerawat. If you found one then good for you. Tapi kebiasaannya apa yang kita buat hari ini untuk rawat jerawat, sebenarnya bukanlah work untuk jerawat yang ada sekarang. Tapi ia berkesan in the future untuk elakkan penghasilan jerawat baru. Ia ambil masa yang lama untuk kurangkan jerawat, do expect about 2 months. So that explains why kalau kita pakai ubat jerawat tapi tak berkesan. Sebenarnya bukan tak berkesan, cuma dia takde effect sangat pada jerawat sekarang. Kemungkinan berkesan untuk keringkan jerawat sekarang and elakkan dia daripada merebak je.


5. Kalau ada jerawat yang sedang aktif, elakkan pakai scrub. Memang ada orang kuat pakai scrub sebab scrub mampu tanggalkan kotoran pada muka, tapi cuba kurangkan pakai. Sebabnya particle scrub tu boleh mencalarkan muka and ada kemungkinan jerawat tu akan terluka. Boleh pakai, tapi seeloknya tunggu sehingga jerawat tu kering. And kalau pakai, jangan urut terlalu lama pada muka and jangan buat secara kasar. Same thing jugak dengan cleanser.


6. Rajinkan diri pakai sunblock sebab sunblock mampu kurangkan parut jerawat daripada jadi lebih gelap.


7. Elakkan pakai makeup. Untuk orang yang nak jugak pakai makeup untuk cover jerawat, elakkan pakai foundation. Kalau cara aku, just pakai loose powder, so that pori-pori masih ada ruang untuk bernafas. Just make sure basuh cepat-cepat after sampai rumah.


8. Tentang pemakanan, tiada bukti kukuh tentang relation antara makanan tertentu dan jerawat. Tapi kalau korang rasa korang makan something and benda tu menyebabkan jerawat lagi teruk, kurangkan atau berhenti makan makanan tu.



Ok itu sahaja untuk fakta yang aku tahu. Kalau ada salah, sila tegur. Now these are the products that I use to treat my acne.


SIANG

1. Cuci muka dengan Clinique Facial Soap

My all time favorite. Takkan berubah!


2. GNC Aloe Vera Gel
Very cheap but works wonder! I bought it for only $1.50


3.  Clinique Dramatically Different Moisturizing Lotion.
A bit pricey but this is the best moisturizer I've tried so far.


4. Ocean Potion, Face Potion SPF 45.

Love love this! Tak buat muka berminyak langsung.




MALAM

1. Clinique Acne Solutions Cleansing Bar

Still baru 3minggu pakai but somehow it works. 

2. Noxzema Triple Clean Anti-Blemish Pads


Really love this stuff. Sangat murah and ada 90 pads at $4. 
Sangat-sangat berkesan dalam mengurangkan jerawat aku.

3. GNC Aloe Vera Gel
4. Clinique Dramatically Different Moisturizing Lotion.


I no longer wear any acne spot treatment pada jerawat coz somehow I feel that it clogs my acne even more. Not sure if it's working or not. Macam takde beza je? Lol. However it's just me. Kalau korang rasa acne spot treatment korang berkesan then go on.


Ok itu sahaja perkongsian pada hari ini. Good luck!






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment