Memandangkan kita dah masuk 2010.. Aku x kesah pun sebenarnye dah masuk tahun baru ni. Tetibe lak membe aku kat facebook sent bukan2 kat status dorg. Rata2 summarize la ape yang dah terjadi kat dorg pada tahun 2009 tu. Ade yang sedih, ade yang hepi. Bagi aku, aku hepi je. Byk sangat pengalamn manis yang aku kutip masa tahun 2009 tu. Memang la ade pengalaman yang x best, tp x la sebanyak pengalaman best aku.. Nk cite sume, memang letih laa. So, aku pun tayang la gambar2 ni untuk menceritakan segalanye. Aku susun ikut turutan sepanjang tahun supaya senang korang summarize kan sendiri pengalaman yang dah aku kutip sepanjang tahun ni.
Januari~ Start kerja. Lepas puas aku cari kerja sekitar BTP n Country Homes, akhirnye dpt gak aku keje lepas aku kol mak kpd bf aku. Seronok gak kerja kat situ. Walaupun gaji x byk, sekitar RM450 je sebulan, tapi aku seronok sangat sebab kerja dengan kawan2 aku n bf aku. Kawan aku, Iman pun kerja kat situ sebagai waiter. Aku cashier n bf aku, Afir sbg tukang cuci pinggan. At the end, die dilantik sbg supervisor kitorg memandangkan tu restoran die. Huk3.. Lama gak aku keje kat sana. 6 bulan sementara tunggu masuk u.
I cut my hair!! haha! selamat tinggal rmbut panjang yang membosankan. aku ambik langkah yang sangat drastik untuk ubah imej. Well, sume suke ngan perubahan aku tu, cume sorg je yang kurang berkenan- my bf. Haha! Nways, bile dah lama2 die leh la trime.
Mac~ Setelah btahun2 membanting tulang study kat sekolah, akhirnye aku dpt kputusan yang bagus time SPM. Keputusan yang aku langsung x pernah expect. Memang bangga yang teramat la time tu. Tmabah membuatkan aku kembang, bile aku diangkat jd top student kat sekolah n diangkat menjadi tokoh pelajar 2008. Haha! X sangka kn? Minah senget yg x skema cam aku ni pun leh dpt gelaran camtu.
Dalam bulan ni jugak Afir n family die lawat ke kampung aku, di Ipoh, Perak! Aku excited gak la. X sangka dorg memang betul2 nk datang. Asalnye dorg datang pasal memenuhi jemputan Uncle B aku kahwin, then alang2 dah smpai tu, diorang pun melawat la skali Ipoh tu. Aku still ingt lagi mlm after wedding tu aku n adik aku, Hykal jadi tour guide diorg. Kita jalan2 di Ipoh Parade n makan char kuew teow yang sedap bdekatan ngan Ipoh Parade tu. Tp xde gmabr. Yang ade cume gmbar die melawat umah opah aku.
Pada bulan Mac gak aku ubahsuai bilik aku habis-habisan setelah kumpul duit bpe lama. Semua peruntukan, tenaga, idea, n semangat datang daripada aku. Seboleh-bolehnye aku xnk menyusahkan org lain. Aku cat, bli perabot, design, sume gune duit sendiri. Memang berbaloi sangat hasil keras aku ni. Ahahaha..
April~ Merupakan bulan yang agak tension dan busy jugak la bagi aku. Aku kena pegi macam2 interview untuk mohon scholarship. Interview yang aku pegi ialah interview JPA n Petronas. JPA okke je, cume Petronas tu memang tension gile. 2 hari interview die dekat UTP, Tronoh, Perak. Atas usaha aku, aku akhirnya dpt biasiswa JPA. Alhamdulillah.. hehe!
Mei~ Yang seronok pasal bulan Mei, ialah Family Day Firmikal Company, tempat aku keje. Kitorang bercuti ke Port Dickson, Negeri Sembilan. Afir yang drive aku ke sana. Geng kitorang yang pegi aku, Afir, Nazrul n Muzamir. Kat sana aku byk lepak ngan diorg, bibik, Kak Ayu n mak Afir. Memang enjoy sakan la. Tp aku terpaksa balik awal drp orang lain sebab ADUN Selayang nk kasi hadiah untuk budak2 SPM cemerlang.
Reunion kelas 5A1 2008 pun dibuat dalam bulan Mei gak before bebudak masuk matrikulasi. Reunion ni dibuat kat umah Liza. Seronok dapat bkumpul ramai2. Yang x dapat datang sorang je, Zaim pasal parents die x kasi kluar. Nways, sume memang enjoy..
May jugak merupakan bulan birthday bagi mak n ayah aku n Afir. So, bulan ni memang spent byk gile wooo... Untuk Mak aku, aku blikan die handbag Carlo Rino, untuk ayah aku, aku kasi die set dompet n tali pinggang Polo, aku blikan sekali kek Secret Recipe. N untuk Afir plak, aku blikan tshirt n sluar jeans favorite brand die, Echo Park. Fuhhh!
Jun~ Bulan ni merupakan bulan terakhir aku kerja kat Firmikal Restaurant. Sedih gak la. Dah bermacam2 pekerja datang n pergi, aku, Afir, Iman n Muzamir still lagi kat situ. Tp after dis, kitorng akan bwk diri masing2 untuk ke alam universiti plak. Xde story sangat pun bulan ni. Enjoy je.
Julai~ Bile masuk bulan Julai, aku excited je campur sedih. Excited pasal nk masuk kolej, sedih pasal honeymoon is over. Haha! Tapi lebih kepada excited la pasal x sabar nk masuk dunia baru, nk jumpe member baru, discover new things.. byk la! First month kat kolej dipenuhi dengan induction program je. Syukur la kolej aku xde senior pembuli. Sume baik2 je. Bulan Julai mmg memenatkan..
Dalam busy2 bulan Julai ni pun, aku sempat spent time wif my dear.
Ogos~ Induction program habis, kelas pun bmula. Memang letih n busy sangat. Skrang baru la merasa jadi budak kolej yang sebenar. Tapi jadual x la seketat time induction dulu. Cume tension bile byk homework n assignment.
Selain drp study, kitorg pun byk buat charity program. Biase program dorg wat time weekend. Memandangkan aku akn balik every weekend, aku penah sekali je join. Program sehari bsama anak2 yatim kat Putrajaya. Best n happening!! Kitorg buat mcam2 performance. Aku join buat dance lagu Michael Jackson, Beat it.
September~ Bulan ni merupakan bulan puasa. So, x banyak aktiviti buat.. Aktiviti yang paling kerap bulan ni ialah bukak puasa beramai-ramai! Ahahaha.. Memang best! Selain tu, study la cam biasa.. Aktivit yang paling x bleh blah sekali, lepak kat arcade after buka puasa kat Summit USJ.
Oktober~ Bulan ni merupakan bulan raya n bulan untuk mid term exam. Sengal je.. Memang x rasa cam raya langsung! Tp walaupun busy study, kawan2 kolej aku sempat organize macam2 jamuan raya. Banyak gak la.. Tu la cara kitorg release tension.
November~ Wahh!! Bulan yang best tp x best.. Bulan ni ade dua event yang best. First, aku pegi Konsert Hujan n ade bende bodho yang jadi. Klau nk tau ape die, baca la blog aku yang seterusnye. Second ialah birthday aku yang jatuh pada 30 Nov. Haha.. Baby akhir bulan, cenggitu laa. Cume yang x best nye, ade final exam lak.. Bulan ni pun aku perform teater final aku cerita Reservoir Dogs. Memang gempak!
Disember~ Merupakan bulan yang paling best dalam tahun ni!!! Cuti sem bmula! Memang seronok sangat. Banyak sangat aku jalan2 dengan kawan n family. Yang best bile dapat pergi melancong ke Langkawi with my dear, bcuti dengan family ke Penang, Kedah n Langkawi (lagi) n lepak wit my bf n bff. Sebagai mengisi masa lapang, aku byk belajar bende baru mcam belajar main gitar n memandu. Cume sedih bile akhir bulan ni habis, masing2 bawa diri balik ke university masing2.. Bye2 2009...
0 comments:
Post a Comment