Arghhh!! Gian! Gian!
Kena shopping jugak!!!
Semenjak akhir2 ni, otak aku gila sket..
Hari2 tak fikir benda lain, alik2 nak shopping jugak.
So, mak aku la yang jadi mangsa selalunye..
Tiap2 minggu kena layan tabiat buruk lagi huduh aku ni..
Tapi menyonokkan! Siyes!
Macam semalam, 27/1/10, JPA laa penyelamat segala harta parents aku.
Gile arr! Time cek akaun, aku leh bantai gelak sorang2 depan mesin ATM tu.
So, apa lagi, terus aku mesej kawan2 aku ajak shopping!
Shopping pada hari ini sangat menyeronokkan tapi memenatkan. After habis kelas pukul 12pm, member2 JPA aku terus ajak lunch dekat Domio's, Carrefour Subang Jaya tu. First time makan kat kedai Domino kat sini, merupakan unpleasent experience la..
Lembab punye waiter!
Lepas habis makan, aku gerak sorang2 ke Subang Parade sementara tunggu beshtie aku datang. DIe dah janji nak teman aku shopping hari ni! Yeahhh!!!
Tepat pukul 5pm, kitorang pun ke Sunway Pyramid. Wahhhh!!! Aku rindukan SunwayPyramid ni!!! Dalam kepala otak aku dah macam2 kedai n macam2 barang nak beli dah! So, sekali lagi aku attack mesin ATM tu lagi untuk keluarkan duit..
Kepada pihak JPA, saya ingin memohon maaf sekiranya saya ada menggunakan duit biasiswa ini untuk perkara yang tidak berfaedah. Jangan risau, saya tak akan habiskan 100% duit ini untuk shopping sahaja, okke?
Maka, bermula lah pencarian aku untuk mencari barang2 yang sangat la up to date, hot n harga berpatutan. Selepas beberapa jam bershopping dari satu kedai ke satu kedai yang lain n bermacam2 dressing room yang aku masuk, akhirnya aku berjaya membeli 2 pasang kasut Cotton-On, 3 t-shirt Junk Food, 1 seluar pendek capri Blue Sand, 1 blouse dari Kitschen, 1 sweater Giordano, satu sikat elektostatik dan juga majalah faveret aku, majalah EH! Okke laa tu kan. Budget, still under control!
Cuma aku tak sempat beli lipstick baru kerana lipstick sekarang dah nak habis, pelembab muka n plush toy untuk dijadikan bini kepada Iman. Sorry Iman, masa x cukup pasal nak kejar bas, takut balik lambat sangat!
Gila cuak aku naik bas sorang2 tengah2 malam tu. Time lak dah pukul 10mlm. Hieeee, tau2 la kat Subang Jaya ni ramai orang2 tak betul. Tapi nasib baik bas tak la lama sangat. Bas berhenti sampai Summit USJ. Aku tunggu kawan aku, Lyn untuk ambik aku. Lama jugak laa. Nasib baik ada Afir call time tu, so rasa takut tu hilang sket la. Berterima kasih jugak aku kepada semua orang yang tolong aku hari ni.
Kepada beshtie aku yang sanggup turun ke Subang untuk teman aku (anda tahu siapa diri anda), kepada Anis yang sanggup tolong bawa balik buku teks Calculus aku ke rumah, kepada John kerana mbuatkan aku belanja die pizza sebab dia pernah tolong aku dulu, kepada kakak kat kedai FOS n Nichii yang terpaksa lipat baju yang aku try tapi xnak beli, kepada akak kedai kasut Mod yang x abes2 follow aku nak usha kasut sehingga mbuatkan aku rasa menyampah pulak, kepada Ee yang bgitau aku pasal bas rapid untuk balik tu no die U63, Wahida yang tolong bagi information pasal bas jugak, kepada roomate aku, Laila yang caring, kepada Afir yang menghepikan malam aku, untuk Lyn n Reezal yang sanggup tinggalkan party untuk datang ke Summit ambik aku n yang paling penting sekali, kepada JPA n seluruh rakyat Malaysia kerana tanpa anda, saya xkan bershopping pada hari ni.
Sesungguhnya aku sangat bertuah ada korang semua... Terharu gile! Kepada Lyn n Reezal, walaupun aku x berapa rapat dengan korang, tapi korang sanggup tolong aku sebab takut aku balik jalan kaki sorang2 malam2. Tanx everyone!! Ishk2, terharu plak aku.. T_T
Conclusionnye, malam ni memang seronok hingga mengembalikan diri n habit aku yang asalnye. Hingga membuatkan aku x study chapter 2 Business smpai habis pasal x sempat.. Hihi! Sorry laaa... Aku janji pasni aku study balik n ubah diri aku jadi skema balik.. Wallawehh!
Ahahahahahahahhaa (-_-")
Orang Kaya Baru
2:20 AM |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment