2 Reasons Why I like Myself


Ok, tadi memang macam bangang. Haha! Aku ada presentation untuk kelas Interpersonal Communication yang kena buat tajuk Why I like Myself. Kena buat dua sebab la sebab presentation tu mesti 2 minit je. Puas la aku memikirkan seminggu, apa dia la kualiti diri aku yang aku suka but at the same time point tu mesti menarik and lain dari yang lain. (nak dapat markah lebih)


So, lepas berfikir dan berfikir sambil minum kopi, aku pun dapat la apa point yang aku nak cakap. So, the two reasons why i like myself are i have a great smile and i have a good sense in fashion.

Errr.. Ok, kedua-duanya sound stupid. Bukan apa, ok fine la, first point tu masuk akal jela sebab aku memang suka senyum pun, tapi point kedua tu agak contradict sikit dengan apa yang orang nampak tentang diri aku.

Fyi, sem ni aku sangat selekeh ok, plus keseluruhan student dalam kelas tu merupakan pertama kali sekelas dengan aku. So, diorang tak berapa kenal aku lagi. Nak tahu apa yang aku pakai masa presentation tadi? Taylor's official tshirt, sluar jeans hitam, kasut flat hitam and sweater hitam. Bapak sempoi je kan. Masalah bukan apa, malas lah sem ni nak melawa sangat. Even classmate aku yang model pun tak cakap yang dia have a good sense in fashion walaupun baju dia memang cantik pun. Segan pulak aku! Haha!

Ok, masa presentation tadi aku xdelah nervous sangat. Cuma takut aku blur kat depan jela. So, masa presentation aku tadi, ok la. Ramai yang tergelak dengar reasons kenapa aku suka senyum. Lepas dah habis cerita pasal smile, cerita pasal fashion pulak. Hah! Time ni la aku terblur sekejap selama hampir 10 saat. Eiii,, malunya! Kalau tak, ayat sebelum tu lancar je. Ishk! Memang memalukan! Nasib baik Jun Hsien tunjuk thumbs up kat aku n kasi semangat from the back, so aku kuatkan semangat untuk ingat balik point apa yang aku lupa tu.

After that baru ok. But still, aku masih malu..

Bercakap pasal 2 point aku tu memang sengal. Orang lain buat pasal personaliti diri yang diorang suka kot. Aku je merepek meraban dan menyukai diri aku terlebih. Adoyai.. Ko wat malu aku ar, Farah!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment