Siapa sangka audition untuk nyanyi lagu "Ayam Didik" yang untuk pertandingan nyanyian antara kelas-kelas Tahun 1 oleh Cikgu Tominah telah membuatkan aku sedar yang aku sebenarnya boleh menyanyi.
Minat aku tu kemudian aku tajamkan pulak masa aku masuk darjah 3. Masa tu ada seorang budak bagi announcement dalam kelas pasal ada satu pertandingan menyanyi ni. So, tanpa membuang masa, aku terus bagi nama. Tiba2 bila cikgu kelas aku dapat tahu, dia terus suruh kitorang tunjuk kat dia siapa yang boleh menyanyi tu untuk datang ke depan kelas and menyanyi on the spot. Gila ke apa? Baru daftar tak sampai 5 minit, dia suruh aku nyanyi kat depan pulak depan budak2 kelas. Nak tahu aku nyanyi lagu apa? Aku pun tak ingat.. Yang penting aku senyum kambing jela kat depan tu.
Bila cikgu tu frust aku tak boleh nyanyi, dia suruh aku duduk balik. Pastu bising2 kata kalau tak boleh nyanyi buat apa masuk pertandingan tu?? WTH!!?
Then turn budak lain plak nyanyi kat depan. Sorang budak lelaki. Nak tau die nyanyi lagu apa? Jerat Percintaan- Siti Nurhaliza.. Hello, time tu Siti pun baru nak up ok? Cuma yang lawaknya budak laki yang nyanyi.. Ahahahaah.. Ko xde lagu lain ke bai..
Yang peliknya, aku boleh bantai kagum pulak sebab suara dia sebijik macam suara Siti Nurhaliza. Ye ar, time tu aku pun peminat Siti.. Percayalah, walaupun dia lelaki, tapi suara dia macam Siti. Vokal pun mantap! (time tu baru darjah 3 ok?) Wahhhh! Kagum.. Kagum..
Dipendekkan cerita, kitorang mula rapat sebab masuk pertandingan tu. Kelas aku yang wakil, aku dengan dia je. Itu pasal la.. Biar lah aku namakan die Ahmad.
Kalau ada apa2 pertandingan berkaitan dengan pertandingan menyanyi mesti wajib ada muka aku dengan dia. Aku selalu envy dengan dia sebab suara dia sedap. Lagi sedap daripada suara aku. Buktinya, masa pertandingan menyanyi darjah 3 tu aku dapat no.6 n die plak no.4 overall. Haha! Time tu aku nyanyi lagu Bagaikan Puteri n dia plak, lagi sekali, lagu Siti Nurhaliza.
Aku mula suka dia sikit2. Dia selalu buat lawak bodoh dekat aku, teman aku pergi makan waktu rehat, lepak dengan aku, duduk sebelah aku masa cikgu xde dalam kelas. Senang cerita, dia memang baiklah.
Masuk darjah 4, aku dengan dia lain kelas. But still, aku dengan dia masih rapat lah macam tahun sebelum tu. Budak-budak dah mula gossipkan kitorang. Kata aku nak kahwin dengan Ahmad tu pulak. Saje je mintak kaki budak2 ni!
Kitorang rapat sebab kitorang share minat yang sama. Aku suka menyanyi, dia pun suka. Aku suka Siti Nurhaliza, dia pun sama. Serba-serbi la sama minat bagai.. So, kalau share2 story pun, mesti sentuh pasal "Ehh, ko tengok tak Siti Nurhaliza dalam TV3 malam semalam?" Haaa... Camtu la lebih kurang!
So, bila dah lama-lama suka sama suka tu, akhirnya satu hari ni dia buat sesuatu yang aku tak sangka sama sekali. Masa tu baru lepas rehat. Dia datang kelas aku, kasi surat. Dia cakap jangan bagitahu siapa2, rahsia. Jangan tunjuk surat tu kat sesiapa pun. Baca dekat rumah. So, aku dengan lurus bendulnya ikut cakap dia. Tertanya2 pulak apa isi surat tu.. Adakah..? Ishk.. mustahil.. Mustahill..
Bila dah sampai rumah, aku pun masuk bilik, kunci pintu taknak kasi sesiapa masuk. Berdebar-debar hati aku nak tahu apa mesej yang dia cuba nak sampaikan. Isi surat tu lebih kurang macam ni la..
And nak tahu apa aku rasa?? Aku happy gila hari tu!! Tak sangka lelaki yang aku suka mintak couple! Ahahhaah.. And yang apa yang buat aku rasa macam bangang ialah bila aku boleh bantai cium plak gambar bibir tu. Arrrrgghhh!!!! Tak boleh blah!!! Sumpah gatal! TIDAKKKKK!!!!
Keesokan harinya, aku tanya pendapat sorang kawan aku. Minah ni nama dia Izzati. Dia cakap, dia geli gila. Dia kata, baik jangan bercinta. (time tu mana la tahu guna perkataan couple2 ni) Aku pura2 dengar lah nasihat dia, tapi belakang dia, ape aku kesah? Aku yang nak couple, bukan kau. Kau tu budak skema! Ahahahhah... So, aku pun tulis surat kata aku setuju sebab aku pun suka dekat dia. Maka, bermula dari hari tu, kitorang pun couple sedangkan baru masuk darjah 4.
Masa pertandingan menyanyi masa darjah 4 tu plak, aku nyanyi lagu Percayalah- Siti Nurhaliza. Aku dapat no.1 and dia plak dapat no.2. So, kiranya aku dapat kalahkan dia and jadi wakil sekolah untuk pergi peringkat daerah pulak time tu. Bangga punya tak terkata! Dia pun tumpang happy.
Banyak yang dia trained aku untuk jadi terel dalam menyanyi. Dia selalu support aku. Pernah sekali tu aku pernah terpecah suara masa buat persembahan masa hari anugerah cemerlang smpai semua gelak2 termasuklah si VIP2 semua. Haram tul... Kat backstage tu, aku nangis gila2. Dia yang datang pujuk aku. Heeeehehehee! Senang cerita, susah senang, dia selalu ada untuk support aku.
Tapi satu hari tu, dia datang lepak dekat kelas aku. Dia bawak komik and pembaris kayu kaler kuning yang kita semua pernah guna masa kecik2 dulu. Hah, untuk sape2 yang xtahu, ni dia pembaris tu ye.
Masadia duduk baca komik kat sebelah aku, tetibe aku rasa ada sesuatu bawah bontot aku. Rupa2nya dia sodok2 pembaris tu bawah punggung aku tanpa dia sedar. (aku pun taktahu die sedar ke x.) So, aku naik hangin la. Aku ambik pembaris kayu aku plak, aku pukul dia kuat2.
Aku kata, "Apa kau ni gatal sangat hah??!!".
Dia jawab " Ehh, mana ada! Aku x buat apa2 pun. Sakit lah bodoh!"
"Apa xde buat apa2? Habis tu yang kau sodok2 bontot aku tu apesal? Nak mati?"
Dah tu, bengang la dia..
Puas kitorang gaduh2 dalam kelas tu. Alamatnya, satu kelas dapat tengok drama percuma hari tu.. Banyak gak la yang dia n aku mencarut2. Kutuk masing2. Apa suma perkataan keluar lah tanpa ditapis2. Maka, secara officialnya, kitorang break-up hari tu and tak bertegur sapa sampai 6 bulan.
Haaihh.. Bodoh betul punya kisah. Hari tu aku menangis gila2. Macam bodoh je bila ingat balik. Pasal benda kecik tu je, sampai bawak gaduh. Ahahahahahah... Yela, kata pun budak2. Bangang.
Tahun seterusnya, aku pindah sekolah. Since that, aku tak pernah jumpa dia lagi. Haiiihhh...
Ok. Tu tipu. Actually, aku jumpa dia lagi sekali masa darjah 6. Itu pun secara kebetulan. Aku wakil sekolah baru aku dalam pertandingan menyanyi, and dia pulak wakil sekolah lama aku. Itu jela kali terakhir aku jumpa dia. And dia masih nyanyi lagu Siti Nurhaliza lagi masa pertandingan tu. Cehhh...
P/S: Tahun 2010, selepas 7 tahun tak jumpa dia, tiba2 dia add aku dekat myspace. Macam mana boleh jumpa, aku tak tahu. Sekarang dia sambung belajar dekat UiTM Melaka, tinggal dekat Rawang and masih meneruskan minat dia dalam menyanyi. Cuma dia tak menyanyi lagu Siti Nurhaliza lagi. Macam2 pertandingan realiti show yang dia cuba nasib. Satu je yang kena. Jangan Lupa Lirik. Hahaha! Sekarang die dah tinggi, dah cerah, dah stylo, dah ada awek hot. Baru2 ni, dia tag video dia menyanyi lagu Iris- (Awie) dekat Facebook aku. Suara dia masih sedap. Hehehe! Semoga kau berbahagia lahhh....
Perihal Cinta Monyet
2:57 AM |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment