Jangan Bersedih, Baju..

Adakah korang mengalami masalah-masalah ni?


Masalah:-
1. Baju terlalu banyak sampai taktahu kat mana lagi nak simpan.
2. Baju terlalu banyak sampai ada yang tak pernah dipakai.
3. Menyesal selepas beli barang.
4. Barang yang dibeli hanya pakai sekali je.
5. Bila banyak sangat barang, bagi jelah barang-barang yang taknak dipakai tu kat kekawan.
6. Dah sedar diri kat rumah ada banyak baju, dan segala macam beg, kasut, aksesori, menggatal jugak nak beli yang baru. Kononnya yang baru lagi latest. Cehhhhh!!!

Ok. Kalau korang score 4 ke atas, sila mengaku yang korang memang gila shopping.

Tujuan aku tulis entry kali ni ialah khas kepada masalah no. 2 iaitu mempunyai baju/kasut/beg/aksesori terlalu banyak sampai ada yang tak pakai.

Actually, ni merupakan masalah besar jugak sebenarnya.

Hari Rabu lepas, aku keluar sama si Afir. Then tak tahu la cerita sesat sampai mana, tau-tau aku cerita dekat dia pasal baju-baju yang aku beli tapi tak pernah pakai. Sebabnya, bila dihitung-hitung balik, ada la jugak banyak je pakaian aku yang tak terpakai. Not even once. Pastu yang buat cuaknya, Afir cakap aku kena jugak pakai baju tu walau sekali. Kalau tak, nanti baju(or pape jelah) akan dihisab. Untuk orang Islam, korang paham-paham jelah apa yang aku cakap. Orang yang membazir tu kan saudara setan. Kan? Kan?

Kesian jugak dekat baju-baju tu sebab baju tu bukannya buruk. Cuma kadang-kadang tak ada tempat or event yang sesuai aku pakai baju tu. Haihhh...

Macam contohnya baju-baju aku dekat atas ni. Baju yang kaler meletup-letup tu aku taktau kenapa aku beli. Dah la beli baju tu time tengah pokai. Haha! Ok, pattern dia agak kelakar sikit. Siapa yang suka baju tu, sila cakap. Then beg tu aku baru beli 2minggu lepas. Cun, tapi tak sempat pakai lagi. Dress hitam tu plak sepatutnya aku pakai masa prom tahun ni. Tapi tak pergi sebab takde dateeeee... Haha! Baju kelabu tu plak memang cantik. Cuma takde tempat yang aku nak pegi sesuai dengan baju liplap-liplap tu. Then dress hijau tu plak baju vintage. Baru beli jugak. Selain daripada baju-baju di atas, ada banyaaakkk lagi baju aku yang tak pernah dipakai.

And malangnya kasut ni pun tak pernah pakai jugak. Haihhh...
Nama je kasut faveret, tapi tak pernah pakai.

So, pengajaran pada hari ni ialah~ sila pakai or guna apa-apa je yang korang beli walaupun sekali. Kalau tak, memang sah-sah korang sedara setan. Hahahahah! Peringatan untuk aku jugak! Heeee... Aihhh berat~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment