Ye, kalau nak tahu aku sangat lah rimas dengan orang yang miliki perangai seperti yang disebutkan ni. So, sila pahami and jangan soalkan mengapa.
1. Orang yang janji, tapi suka cancel last minute. Paling pantang. Kot ye pun kalau nak cancel, bagitahu awal-awal. Takde lah menyusahkan aku nanti.
2. Orang yang gelak kuat-kuat. Sangat annoying. Paling pantang orang yang gelak kuat-kuat sebab nak perhatian. Macam lah dia gelak tu cute?
3. Lambat. Kalau lambat 5minit masih boleh pakai lagi. Kalau lmbat 30minit, 45 minit? Pegi mampos.
4. Orang yang nak meniru cara aku serba-serbi. Serius menakutkan. Tolong lah jangan ubah diri sendiri.
5. Orang yang suka marah-marah. Please, aku sangat lah tolerate. Kalau ada pape hal, bagitau baik-baik. Aku tak dibesarkan dengan cara marah-marah. So, aku tak biasa and aku tak suka.
6. Tetamu yang datang rumah, tapi nak jadi diktator. Rumah aku, bukan rumah ko. Jangan banyak bising.
7. Judgmental. Tolong kenali aku before nak buat andaian merapu. Baru nampak one part of me, dah menggelabah.
8. Orang yang sibuk-sibuk nak tahu markah orang lain dalam after dapat paper exam. Kalau kawan rapat yang tanya, boleh pertimbangkan lagi. Kalau budak random mana-mana paksa-paksa orang bagitau markah, please laaa..
9. Orang yang merungut dengan pilihan sendiri. Dah buat keputusan tu, just stick to it. Tak payah bising-bising. U are the one who chose it at the first place.
10. Orang yang kepoh, poyo tak habis-habis. Even aku dah bagi hint suruh stop pun tak reti stop jugak memoyo. Errrr... Stop jela.
11. PDA. (Public Display Affection) Rimas gila kalau kat kolej or kat public pun nak berpeluk bercium sakan. Geli.
12. Orang yang suka paksa orang lain buat sesuatu according to CULTURE.
Hello, culture tu society yang create. Tak tertulis kat memana pun. So kalau aku taknak follow, aku punya hak la.
13. Orang yang sexist and bias dalam gender. Perempuan lah segala yang kelas kedua. Kita bukan kanak-kanak 6tahun. Semua dah besar, pandai buat kesimpulan secara adil. Jangan bias.
0 comments:
Post a Comment