Bila Disuruh Puji Diri Sendiri

Apabila diminta menulis personal statement pasal diri sendiri..
Aku blur..

Kerja yang sepatutnya siap 2 minggu lepas tak start-start pun lagi.
Banyak la alasan kenapa malas nak buat.
Tapi the most boleh pakai alasan ialah
sebab aku taktau puji diri dengan betul.

Cehh.. Kalau nak aku puji diri je, dekat sini aku boleh tulis!

"Saya ni sangat hot yawww.. Saya sangat penyayang sebab saya suka kucing.
Masa sekolah dulu saya selalu naik pentas nyanyi lagu Siti Nurhaliza.
Tapi sekarang saya suka nyanyi lagu Hujan.. Huhuhuhu.. Gigi saya
putih. Awak mesti kagum. Saya sangat active dengan aktiviti sekolah dulu.
Setakat kerja pengawas pusat sumber tu celah gigi je.
Saya jugak pernah menjadi ketua keceriaan kelas and wartawan dalam Kelab
Kewartawanan. Tak dilupakan jugak saya seorang yang friendly sampai makcik
kantin di sekolah rendah saya dulu masih kenal saya sehingga kini. So, accept la
saya masuk dalam universiti awak yang hebat tu.. Huhuhuhu.."

*pastu attach kan dengan gambar camwhore sendiri*

Wink!

Apa pendapat korang kalau korang panel pemilih kemasukan pelajar baru baca
personal statement ni? Sure tendang aku kaw-kaw kan? Kalau boleh jumpa face to
face, mau rasa nak lanyak muka aku dengan treler panjang..

So tu lah masalah aku sekarang ni. Dokumen lain semua dah settle..
Cuma tinggal esei je. 5 universiti = 5 esei..
Pecah kepalaaaa...

Berdoalah supaya aku boleh siapkan essay tu dengan baik..
Amin...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment