Taylor's Lakeside Campus Yang Hot Giler Stylo!

Hari ni, 10 Januari 2011 ialah hari pertama aku belajar dekat Taylor's Lakeside Campus.
First expression aku bila mula-mula sampai ialah Wow!
Then aku pusing-pusing cari pejabat bebudak ADP.
So masa mencari tu, second expression aku ialah Wow!

Wow wow wow wow..!!!
Kenapa wow? Sebab kampus ni sumpah cun gila!
Lim Kok Wing ke, ape jadah ke semua kalah..
Dia punya tempat makan dah macam shopping complex dah.
Cakap je kedai apa..
Famous Amos, Starbucks, Baskin Robbins, Subway, Old Town, Bread Story, ape-ape jelah...
Semua ada!

Plus library dia paling meletop!
4 tingkat, cermin je memanjang.
Jenis kerusi and meja dalam library dia sangat unik.
Semuanya pelbagai jenis seat.
Kejap kerusi bola-bola, bunga-bunga, kotak-kotak..
Senang cerita, unik-unik belaka laa..



Dia punya restoran plak macam restoran hotel.
Bilik student pun macam hotel gak..
Dah la kampus menghadap tasik..
Yela, dah nama pun lakeside campus.. Duhhh..

Banyak gila tempat nak melepak..
Perghh, kiranya segala-galanya hebat la bagi pandangan pertama.

Taylor's Lakeside Campus






Jom kita usha library!!

Library Discussion Room



Giler ar.. Rak buku pun nak stylo..

Reading section


Mac Room

 Ni pun reading section jugak. Macam restoran dalam taman.. Haha!

 Ni pun dalam library jugak..


 Kali ni ke Commercial Block pulak..

Yeayy! Faveret!

Starbucks

Tapi..
Tak semuanya indah.
First class yang aku attend ialah kelas Philosophy.
Guess what, kelas kitorang dekat basement.
Dia punya style design dia macam Jepun punya rumah.
Tapi slack, kerusi takde. Harap meja je cantik.
Dah la aircond tak on..
Plus, kelas aku tadi sangat laa penuh.
So, student belajar tadi masing-masing duduk atas meja.
Gila rare laa weh!

Aku cam agak terkejut la.
Mentang-mentang la ni first day budak ADP dekat lakeside..
Nama je kolej swasta.. Aku rasa kitorang ni macam di anak tirikan plak.

Last time aku belajar duduk dekat atas lantai ialah masa
aku belajar dekat Sekolah Agama Rakyat kat BTP dulu.
Time tu aku batch pertama.. So, kelengkapan takde lagi.
Siap masuk surat khabar Metro tu,
tajuk dia "Pelajar Sekolah Belajar Di Tepi Longkang"
Kepala hotak kau belajar dekat tepi longkang.
Kot ye pun nak bagi sensasi, takyah ar nak kutuk sekolah orang..
Seteruk-teruk sekolah tu, still ada classroom jugak.
Pakai otak la masa menulis.
Tu la bodohnya akhbar tabloid kat Malaysia ni.

Ok, tutup cerita tu.
Then masa kat library plak, baru perasan dinding dia tak bercat.
Ada dia simen je.
Bila aku round-round, baru perasan yang dinding kat certain dinding tak bercat lagi.
Aku pun taktau sama ada itu style atau tak cukup bajet atau tengah rushing..
Yang penting, aku malas nak ambik tau.
Hahahahha...
Kenapa bersimen je? Kenapa? Ada reason dari segi scientific ke?

Oh, lupa nak gitau...
Second class aku masuk baru dah ada kerusi..
Cun jugak kerusi tu..
Berbalut plastik lagi.. Hahaha!
Bau kedai!

But overall, i love this college..
And btw, this is my last sem..
So, kalau tak suka pun, just kena tahan 4 bulan je..

Heheheheh..

P/S: Tadi waktu lunch aku makan Subway.. Adoyaii.. Kalau hari-hari macam ni kering arr poket..
WE WANT CHEAP FOOD!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment