Bersuka Ria Di Kellie's Castle



Hari Jumaat lepas, aku dengan family aku nak ke Lumut sebab ada wedding sepupu aku. Plus nak ambik abang aku yang belajar kat UiTM Seri Iskandar.. So, sebelum tu kitorang singgah kejap Kellie's Castle yang ada kat tepi jalan menghala ke Seri Iskandar. Sebelum ni asyik-asyik usha je lama-lama, tapi this time baru first time masuk. Everytime lalu dekat jalan tu. aku paling suka usha Kellie's Castle time malam-malam.. Mana la tau ternampak something special. Asyik-asyik baca from Mastika je, nak jugak adventure sikit.


Sikit info pasal Kellie's Castle ni, ia merupakan sebuah Istana yang terletak dekat Batu Gajah, Perak. Pembinaan Istana ni dimulakan pada tahun 1915 and ditamatkan (tak siap pun) dalam tahun 1926. Istana ni William Kellie Smith nak hadiahkan untuk bini and anak-anak dia, sebab masa ni bini dia baru lahirkan anak kedua diorang, baby lelaki. Tapi masa tengah dalam pembinaan, tiba-tiba Eropah sampai ke Asia diserang Spanish Flu, so William ni pun mati termasuk lah 70 orang pekerja pembinaan untuk rumah ni. Istana ni belum pun siap, so nak wat camne kan. Nasib la dia cantik..


Aku agak amazed before nak masuk coz memang dah lama teringin nak singgah pun. Diorang kata pembinaan istana ni di inspired dari senibina India. Bahan-bahan untuk binaan and pekerja-pekerja pun diimport daripada India. Oh yeah? Aku dapat tau pun from Wikipedia. Ada ke rupa senibina India? Aku tak belajar architecture, so taktau pape. Aku nampak design dia more to European punya style je.


Memula masuk tu dah terasa misteri dia. First bilik yang aku masuk ialah tempat dia simpan arak dia. Bilik tu terletak dekat bawah tanah and takde lampu and tingkap. Dengan tangga nak ke bawah tu sangat sempit and dengan kondisi bilik yang gelap, agak cuak jugak la. At first aku taknak masuk, tapi bukan selalu datang pun kan. Kitorang ignore sign dilarang masuk tu, and turun bawah. Ok la, not bad. Tapi serammm gila la dodol!!!! Next kitorang masuk dalam bar dia. Bilik tu agak kecik. Cant imagine camne diorang nak throw a party dalam tempat sempit cenggitu.


Masa time aku melawat ni, ada Chinese couple ni nak buat wedding photoshoot. Serius annoying gile sebab bila aku kat bawah, dia kat bawah. Bila aku naik second floor, dia pun naik second floor. Bila aku naik third floor, dia pun sama. Adoyai, rimas gak la sebab kalau boleh aku taknak la kacau diorang nak ambik gambar. Dah la dengan aku yang berbaju kurung, agak fit and warna hitam pulak tu. And cuaca pulak walaupun dah pukul 6 petang tapi terik gila, so agak panas and tak selesa laa.



Lepas aku jalan-jalan and lawat semua bilik, aku perasan takde satu pun toilet yang ada dalam rumah. Kat luar rumah pun aku taktau ada katne. Gile pelik. Rumah cenggini punya besar tapi takde toilet. Haha! Then dapur and ruang makan dia outdoor. Motif taktau. Dekat istana ni jugak ada menara tinggi 4 tingkat. Yang dekat atas-atas tu ada bilik dijadikan bilik tetamu. Tapi penat kot nak naik tangga dia. Serius penat. Dats why dia ada buat lif. And lif tu jugak merupakan lif pertama dekat Malaya masa tu. Amazed... (@__@)


 Harus ambik gambar macam ni dekat tingkap rumah orang.

 Ruang tamu.

 Dekat dalam bilik serbaguna.

Bilik tidur Helen, anak perempuan Kellie.

Bilik dia serious lawa and luas. Time aku masuk bilik anak perempuan dia, aku sorang-sorang je. Then tetibe terbaca note yang bilik ni berhantu sebab selalu nampak hantu Helen yang berusia 6 tahun muncul dekat pintu bilik closet dia. Ok. Aku dah seram. Aku cari orang lain, semua adik-beradik aku dah hilang. Tak dengar satu suara pun time ni. Tapi sebab curious, aku pun masuk dalam bilik persalinan dia. Kena redah 2 pintu dulu la baru boleh masuk. Ada satu bilik dalam bilik persalinan dia aku ingatkan toilet. Rupa-rupanya tangga kecemasan untuk ke bawah just in case kalau ada apa-apa emergency. Gila coool...

Balkoni dekat tingkat dua. Berguna untuk usha sesiapa yang datang istana ni dari tingkat atas.

 Hallway dekat tingkat dua ni pun diorang kata berhantu. Celah mana yang takde hantuuuu wehh???

 Hallway ni pun dikatakan paling berhantu sebab selalu nampak hantu Kellie dekat sini.
At first aku nak edit gambar ni, tapi jam dah pukul 2 pagi. Serious cuak nak belek gambar ni lama-lama.
Ok. Call me anything.



Dataran tempat aku berdiri ni ialah ruang makan. Gila ar, rumah sebesar apa, tapi tempat makan outdoor. 
Gila cooool...

Then bangunan dekat belakang tu ialah rumah sementara family smith before istana Kellie siap. Tapi ada separuh dah musnah sebab kena bom dengan Jepun dulu. Yang tinggal hanya rangka je.


Bergambar dengan pokok beruang. 
Orang kata pokok tu misteri sebab ada muka beruang and badan debot nya dekat pokok tu.
Sekali tengok, memang nampak real sebab serius macam muka beruang.
Mata, telinga, hidung, mulut, semua lengkap.


 Been here, done that

 Pose wajib ke mana je kitorang pergi.
Dr Rozmey ialah idola kitorang.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment