That Awkward Moment in Bakery

Sejak akhir-akhir ni terlalu banyak pengalaman yang aku lalui. Semua ada. Extremely happy, extremely sad, extremely shocked, extremely angry, extremely honest, extremely anti-social, extremely exhausted, extremely pening, and extremely banyak masalah.


Tapi aku taknak la cerita pasal semua tu coz those things are meant to be personal. Lol. Kalau nak diikutkan beberapa hari lepas aku nak update pasal benda happy tu, tapi line internet plak wat hal, so dah potong stim kat situ.


Aku belum cerita lagi kan pasal aku sekarang tengah kerja part time? Ouhhh yes. Aku kerja dekat .... Bakery/ Cafe. Kalau dulu aku asek-asek buli and bahan pekerja baru je (sila rujuk entri ini and ini), tapi sekarang ni dah tak boleh nak bahan lagi dah coz officially Im one of them now.


Sebagai cashier, merangkap pelayan customer, function aku ialah jaga duit, jaga akaun and layan customer la basicly. So, macam- macam la perangai orang yang aku dah jumpa. Kalau before this customer takdelah wat perangai bukan-bukan, tapi hari ni terhibur sikit aku jumpa orang yang pelik-pelik. Tapi dalam kes yang aku jumpa hari ni, aku bukan layan customer, tapi potential customer. (customer yang bukan officially customer untuk hari ni) Tak paham? Ok, kalau tak paham, sila layannn~


KES 1

Ada sorang pakcik India tua ni datang cafe and terus terjah kaunter aku.

Pakcik:  Kat sini ada jual kopi tak?
Aku:      Ada.
Pakcik:  Bagi saya kopi satu.

* Then dia terus meluru masuk toilet tanpa sempat aku tanya dia nak kopi apa *


Masalahnya bukan apa, kat kedai aku ada kopi banyak jenis. Sila jelaskan nak kopi yang macam mana. Kopi ais? Kopi panas? Kopi O? Kopi O Ais? White coffee? Capucino? Mocha? Kopi Dangdut?

Aku blur ar nak bagi kopi yang mana satu ni?

Apaaaa pakcik? Katakannnn!!!!

So, aku pun tunggu dia keluar dari toilet untuk meminta lebih penjelasan. Memula aku expect dia masuk tandas sekejap jela, sekali bila tunggu, ade gak dalam 10 minit dia dalam toilet. Ntah bisnes dia untung ke tak kat dalam tu.


Bila dia keluar je terus dia terjah kaunter aku lagi sekali.

Pakcik: Mana kopi saya? Sudah siap ke?

Aku:     Belum, sebab saya nak tanya, uncle nak kopi apa? Kita ada macam-macam jenis kopi.

Pakcik: Saya nak Kopi O. Dah buat ke belum?

Aku:     Belum lagi, sekejap saya inform dekat orang yang buat air. (sambil bergegas nak masuk dapur)

Pakcik: Ah takpelah. Tak payah. Saya dah taknak dah. (Terus keluar dari kedai)


Aku dah tergamam, and lagi dua orang pekerja lain yang jadi saksi pun ternganga. Then kitorang pandang sama sendiri and tergelak. Untung laaa.. Adakah aku yang tak tahu atau apa? Adakah bila kita kata KOPI bermaksud kopi tu sentiasa Kopi O? Kenapa bukan Kopi yang ada susu tu? Coz tu baru kita panggil Kopi. Kalau Kopi O, kena la tambah huruf O dekat sebelah word KOPI tu. Please correct me if Im wrong.


Ada pekerja lain cakap, entah-entah tu taktik dia nak tumpang toilet kot?    (-___-")


Yang penting aku agak malu la coz dah lose one customer hari ni depan pekerja lain. Tapi aku pegang pepatah, 'malu bertanya sesat jalan'. At first aku nak bagi dia kopi yang ada susu tu kot, tapi sebab takut salah, dats why aku tunggu dia melabur sampai selesai. Untung la aku tak order awal-awal, salah kot. Rupa-rupanya dia nak kopi O. Lain kali cakap biar sampai habis ayat kot ye pun.. LOL.


KES 2

Masa tengah buat kerja cashier, tiba-tiba ada sorang makcik tua ni masuk kedai. Dia masuk-masuk je, dia bagi salam kuat-kuat. Aku pun senyum la dekat makcik tu and jawab salam dia, tapi suara aku perlahan. Memang tak boleh menang la dengan suara makcik tu.

Makcik : Ni saya bagi salam, awak ada jawab tak?

Aku:       Dah makcik. Makcik tak dengar kot tadi.. (sambil senyum-senyum mesra)

Makcik: Ni, makcik dari luar ni. Jalan-jalan. Panas pulak sampai berpeluh. Awak nampak tak peluh makcik kat muka ni? (cakap sambil lap-lap peluh guna kain tudung)

Aku:       Oh makcik panas ke? Makcik nak minum?

Makcik:  Emm, kejap lagilah. Makcik nak tumpang aircond sekejap. Dekat sini sejuk sikit.

Aku:       Oh ok-ok. Biasalah waktu-waktu macam ni selalu panas.

Makcik:  Tauke ada sekarang ni?

Aku:        Takde. Dia kerja dekat tempat lain. Tapi apa-apa hal, makcik boleh jumpa dengan supervisor kita.

Makcik:  Ehh tauke takde? Ada tak gambar tauke dengan bini dia?

Aku:        Ada makcik. Tu dia, yang pakai baju coklat tu tauke. (Sambil tunjuk gambar yang tergantung dekat bakery)

Makcik:  Ohh ini rupanya tauke. Dah tua dia ni. Dah macam makcik dah.

Tua? Tua apa kalau umur tauke baru masuk 40-an? Hensem pulak tu. Makcik ni dah 70-an agaknya kot..

Makcik:  Yang mana satu bini dia? Makcik nak tengok bini dia..

Aku pun tunjuk gambar aunty.

Makcik: Ohh yang gemuk ni bini dia? .........

Selebihnya aku tak dapat tangkap apa yang makcik ni cakap sebab dia cakap suara sengau. Dah la siap dengan loghat and cakap laju-laju. Serius aku tak dapat catch up.

Makcik: Ni jahil dia ni. Jahil, takde pelajaran!! (sambil tunjuk gambar Puan Sri Noraini, bini Muhyidin Yassin)

Aku:      Ehh kenapa pulak makcik?

Makcik: Ni, perempuan ni jahil! Jahat dia ni, sama dengan laki dia. Nak tau, laki dia, si Muhyidin tu punya bapak kahwin banyak. Anak ada beratus-ratus. Tapi semuanya takde pelajaran. Buat apa kahwin banyak-banyak, dapat anak ramai tapi takde sorang pun yang berpelajaran? Baik dapat anak sikit tapi bagus. Tu macam sorang kawan makcik tu. Anak dia sorang je, tapi bagus. Jadi ulama, jadi doktor. Tu anak laki-laki dia tu. Bagus. Macam tu baru bagus. Jangan jadi macam Muhyidin. Anak dia semua takde pelajaran. Nanti biar padan muka dia kena soal dalam alam barzakh. Kita kalau ada anak, kena bagi pelajaran. Baru selamat dunia akhirat tau?

Aku:       Haaaaa ok makcik. (Time ni aku sabar je nak tunggu dia nak order air apa. Boleh pulak mengumpat kuat-kuat sampai satu kedai pandang dia and dengar apa yang dia cakap)

Makcik:  Haaa lagi satu, kita ni kalau buat bisnes makanan, kena la cek barang yang kita pakai satu-satu, kena cek benda tu halal ke tak. Tu baru bisnes orang Islam, baru berkat.

Aku:       Kalau makcik nak tau, kedai ni dah mohon status halal dari JAIS. Ada sijilnya ditampal dekat dinding sana.

Tapi time aku cakap benda ni ada jugak dua tiga kali aku ulang kat dia, bagi dia dengar. Masalahnya makcik ni suka tanya aku soalan, tapi part aku nak jawab je, dia tak stop bercakap. Dia membebel je tak henti-henti without dengar sepatah haram pun daripada aku. Aku dah start short dah ngan makcik tu. Rasa nak tergelak pun ada, tapi kena cover jela.

Makcik:  Lagi, kalau kita nak maju, kita kena ikut cara nabi. Awak pernah baca-baca hadis tak? Kalau nak bagi berkat kedai kita, setiap kali nak masuk and keluar dari kedai kena baca doa. Awak tau tak baca doa? Makcik cadangkan setiap kali sebelum kita masuk kedai kita kena sama-sama duduk baca doa 10 minit setiap kali nak masuk. Bila nak keluar pun kena baca jugak. Kalau tak macam mana nak maju? Melayu ni asyik-asyik mundur je. Nanti jadi inflasi tau tak?


Ok. Time ni sumpah aku dah blur. Apa kaitannya dengan baca doa sebelum masuk kedai dengan inflasi???? Any economist boleh bagi pendapat?


Makcik:  Bisnes kita orang Melayu ni selalu tak mampu bersaing tau? Nak ke jadi macam inflasi kat Amerika tu? Kalau dekat Malaysia ni, letak je satu kedai Amerika, lingkup semua kedai Melayu. Sampai bila nak inflasi? Bila ekonomi kita nak maju?

*Aku bertambah blur lagi...

Then makcik tu pergi dekat sorang pekerja ni yang tengah tulis something dekat kertas.
Makcik ni tiba-tiba tegur pekerja tu..

Makcik:  Sepatutnya kita kena tutup tangan tu, jangan bagi nampak tangan. Sepatutnya kedai ni kena bagi uniform lengan panjang untuk semua pekerja perempuan. Kan lagi bagus?

Muka akak tu dah blur-blur. Then makcik tu terus keluar kedai sambil membebel lagi. Aku pun mengekor la makcik tu. Layankan jelaa...


Dekat luar kedai.

Makcik:  Makcik dulu pun berniaga jugak. Makcik jual-jual kuih and kek dulu. Tapi makcik ada satu rahsia. Makcik dulu buat kek pakai krim murah je. Dekat sini ada jual krim murah tu?

Krim murah?? Krim ape makcik oiiii.....?

Aku: Errr, dekat sini kita tak pakai krim yang murah. Kita pakai krim yang mahal sikit...

Pastu makcik tu gelak-gelak.

Makcik: Tu la, dulu makcik pakai krim murah. Awak nak tau? Ini rahsia tau. Krim yang makcik beli dulu RM15 je... Hahahahahahahahahaahhaahahahhaahhahahahahahhh.... Itu lah rahsia makcik selama ni.. Hahahahahaahhahaha...

*Aku dah bertambah tambah tambah blur time ni. Persoalannya, apa yang lawak? Kenapa beriya-iya makcik tu gelak? Errrr... Aku just senyum jela. Gelak-gelak sikit sebab kesian dekat makcik tu gelak sorang-sorang.


Lepas makcik tu habis je gelak-gelak, terus dia blah begitu sahaja, meninggalkan aku dengan tanda tanya..
Dan yang penting sekali meninggalkan aku tanpa order apa-apa. 15 minit kot aku layan dia membebel...


Watdehel makcik??





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment