Bahagianya Bershopping di Thrift Store!

I think anyone who knew me well would know that Im some kinda shopaholic.
Haha! Tapi one thing yang baiknya pasal aku ialah i know where to shop n berjimat.


After settled down dekat Penn State and dapat rumah, barulah boleh bernafas lega.
Kalau ada yang baca post aku yang lepas, mesti dapat merasakan bahawa tensionnya aku tak dapat beraya dekat Malaysia. Ye, memang stress. So, bagi mengurangkan rasa tension tu, aku pun membawa diri bershopping keseorangan naik bas. Kedai tak jauh pun, jalan kaki pun boleh. Tapi sebab aku ni makhluk pemalas, aku ambik bas. Alasan sebab berpuasa tu sangat kukuh ok bagi aku. Bagi aku. (-__-")


Memang aku dah lama teringin nak ke kedai Thrift Store yang banyak jual barang-barang lama, terpakai, vintage, antik, and macam-macam lagi yang korang boleh panggil. So, bila aku gerak tadi, tu lah kedai pertama yang aku aim. Bebudak kata barang kat kedai tu murah-murah, baju-baju semua just USD1 each. That's why aku nak pergi tengok. 


At first usha-usha baju, aku tengok harga semua dalam range USD1 - USD3, tapi not bad laaa.. Lagi murah daripada kedai Goodwill. Tapi aku budget-budget laa jugak. Aku ambik 2 kasut and 6 baju, so total dalam kepala aku kira USD16 la sebab satu barang tu USD2. Tapi masa kat kaunter makcik cashier tu tak kira pun berapa banyak barang yang aku ambik. Dia suruh aku masukkan semua barang aku dalam beg kertas yang besar and so, total aku ialah USD3. Aku cam ternganga at first, so aku tanya dia balik betul ke die kira tu. Yelah, warga makcik-makcik kan.. Tapi dia kata betul sebab ada offer, separuh beg kertas tu USD3, kalau full USD6. Memandangkan aku ambik barang just sampai separuh beg je, maka total aku ialah USD3. Wahhhh! Pengsannnnn kejap.


Then next stop ke kedai Goodwill pulak. Kedai ni agak famous sebab jual barang-barang terpakai termasuklah baju, perkakas dapur, perabot, mainan, and macam-macam lagilah. Ada banyak jugak branch kedai ni dekat US. Kat sini aku memang aim baju-baju dia pun coz sejak dah berubah penampilan ni kena la beli banyak baju sopan-sopan. And plus reason aku borong baju banyak-banyak ialah sebab aku bawak satu beg baju je from Malaysia, makanya takde variety. Aku sangat rasa terkongkong dengan betapa limitednya baju yang aku ada, that's why aku nak jugak shopping.


Now pejam mata cepat-cepat! Coz lepas ni anda akan menyaksikan betapa lame nya aku tak reti control hawa nafsu masa setan-setan kena ikat. Larikkkkk!!!



Yes, begitulah banyaknya baju yang aku beli, and masa untuk beli ni sume dalam 2 jam je dah settle. Bagaimana dengan bajet, korang tanya? Ohh masih under control!


2 dress +3 kasut + 1 selipar + 2 handbag + 15 baju + 3 knitted sweater untuk fall season = USD62
Untung sangat! Kalau dekat Malaysia memang aku dah bankrap.


Yang best nya kat sini, banyak gila barang branded boleh jumpa. Setakat brand GAP, Liz Claiborne, Isaac Mizraahi, Forever 21, Guess, Nine West, Escada, J Crew, Mossini, Moschino, Banana Republic, and banyak lagi bersepah ade kat kedai tu. Kalau pandai cari, dapat laa yang best-best.


Tapi among all, aku paling suka kasut ni. Dah lama aku cari loafer yang tinggi and selesa, and guess what, aku beli kasut ni for less than USD1. Brand Dockers kot, less than 1 dollar.. Still in a very good condition, takde yang kotor and rasa cushion and selesa sangat bila pakai. Actually banyak kasut-kasut vintage lain yang hotstuff gila, tapi tak beli sebab saiz kaki aku macam anak gajah.


Ohh wait. Hari tu gak aku bli seterika ni for USD4 only.. Dekat Walmart mahal kot, USD19. So, USD15 penjimatan. Lol. Kepochi sangat kan.. Errrkk ok bye bye!

Okay, pasni siapa nak ikut aku shopping sila angkat tangan!!!!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment