Persiapan Hari Raya Di Perantauan.

Bila kata esok nak raya, the usual thing is mesti semua orang excited, umi suruh tolong kat dapur, rumah dah berkilat shiny shiny sebab baru lepas kemas, pikir baju raya apa nak pakai hari first, second day, seterusnya, nak masak menu ape, bakar lemang, berkumpul dengan keluarga, semua berlumba nak balik kampung, henfon tak henti berbunyi dapat mesej raya dan sebagainya.


Hari ni tinggal sehari je nak puasa. Malaysia raya dulu daripada US. Tapi sentuh bab raya je, wa panas je bila bukak facebook. Ade je orang nak bagi aku jelous. Annoyed gila. Fine.. Fine...


Tahun ni segalanya berubah. Tak de satu pun yang sama. Kalau tahun lepas aku merungut sebab dapat cuti raya 3 hari je, tahun ni aku nak merungut lagi sebab langsung takde cuti raya!!!! Boleh kalau nak apply cuti, tapi kelas still berjalan macam biasa. Maknanya kalau aku skip, aku akan miss banyak sebab semua kelas aku pack satu hari. Sekarang ni masih undecided. Kalau aku cuti pun, orang lain semua pergi kelas. So, what's the point?


Ape pun takde. Semua pun tak boleh. Nak pakai baju raya ke kelas pun terasa macam over sangat. Tu pun kalau aku pergi kelas. Hari Selasa kelas full daripada pagi sampai petang. Semua orang sibuk dengan hal masing-masing. Ntah makanan raya ada ke tak, aku pun tak tahu. Apa nak buat kalau cuti pun aku tak tahu. Nak keluar ke mana pun tak tahu. So, what's the point pakai baju raya? Boleh je kalau nak hidupkan hari raya, tapi kena sepakat laa.. Something yang aku rasa susah untuk dibuat pada masa ni. At first I thought that no matter where we are, as long as we have the spirit of raya, it would still be alive.. But now the spirit is gone.. Raya is nothing.


Dah 3 minggu aku dekat US. Takdelah homesick sangat sampai meronta-ronta nak balik cuma kadang-kadang terbit rasa rindu pada semua orang, rindu pada rumah. Perasaan tu dah hampir hilang tapi bila dekat nak raya ni tetibe dia datang balik. Mak aku rajin post benda kat Facebook aku. Setiap kali dia hantar something, mesti buat aku rasa syahdu.







Aku tahu family aku semua rindukan aku. Cakap pasal raya, Umi tak pernah miss jahit baju raya aku setiap tahun. Aku ingatkan tahun ni dia tak sempat jahit, alih-alih tanpa aku sedar dia buat jugak and bakal pos dekat aku nanti. Aku macam terharu sangat. Bukan setakat tu je, Umi hantar ni sekali.




"Tetamu datang tetamu pergi,
Namun tiada orang ku nanti,
Hanya sepasang kurungan biru
Menjadi teman pengubat rinduku..."

Yes a video lagu raya. Sangat simbolik kot bila dia sebut baju kurung biru coz kebetulan baju raya aku tahun ni yang Umi jahitkan warna biru. Bila hayati betul-betul lagu ni wat aku rasa sedih gila kot. Dah la layan lagu ni sambil buat kuih raya sorang-sorang kat dapur. Semua sebab nak hidupkan raya punya pasal, aku gagahkan diri jugak buat satu jenis. Tu pun last minute sangat. Esoknya nak raya, baru hari ni buat. Semuanya sebab adik aku, Piya. Dia rindukan aku ke apa agaknya, dia pergi buat kuih cornflakes madu. First time Piya buat kuih raya. Kuih tu pulak kuih feveret aku. So, aku pun buat sendiri... Ni pun first time jugak buat kuih raya ni.

Ok, ayat kau lepas kena puji tak boleh blah sangat.



Hasil baru lepas buat tadi.

Kalau tengok gambar kuih aku, ade riak kesedihan kan kat muka kuih tu..
Ntah-ntah dia pun sedih sebab tak merasa jadi kuih raya yang beraya di hari raya.
Haihhh...


Ada sorang blogger famous ni kata dalam banyak-banyak impian dia, dia nak sangat merasa macam mana beraya di luar negara tanpa keluarga. Amboi, meh sini kite exchange. Nak sangat kan? Lol. Tapi takpe, demi pengalaman, aku redah la jugak. Ada senior tawarkan kalau ada sesiapa antara kitorang nak turun ke Washington DC masa pagi hari raya pertama untuk buat video conference dengan Najib. Aku taktahu la kalau benda tu live keluar tv ke tak. Haha! Rasa macam nak cuba, sebab kalau aku pergi nanti ade lah benda aku boleh ceritakan dekat anak cucu aku nanti.. Tapi macam segan je. Hebat sangat ke aku ni nak pergi sana wakilkan kawan-kawan universiti aku and semua student Malaysia kat US kan? Hahahah! Segan aku.. Segan tak bertempat.


Hmm.. Walaupun tak sambut raya, aku still nak wish memandangkan semua orang yang aku kenal dekat Malaysia sambut raya jugak. So, Selamat Hari Raya untuk semua yang sambut. Sorry Umi, Ayah, Atuk, Opah, aunty-aunty and uncle-uncle, abang-abang and adik aku terutamanya Peot... And Afir sebab tak dapat beraya sama-sama tahun ni. Farah nak mintak maaf kalau ada buat salah and silap. Nampak macam Farah tak rindukan Malaysia and semua orang, tapi Farah sebenarnya try untuk fokus pada benda lain sebab bila fikirkan Malaysia buat Farah sedih and macam tak move on. Selamat Hari Raya lagi sekali.. Farah rindukan rendang Umi.

Btw, below ni ialah semua picture masa hari aku fly. Haha! Aku sentiasa rasa tak boleh blah evrytime tengok gambar-gambar ni.


 With my family


And with the new member of the family

My bestfriend and my sister, Piya.

 Meet my fiance

Kau memang tak boleh blah, Hykal.

Last hug from Ayah before I go.


Perasaan yang tak dapat dibendung lagi.

Bye-bye everyone

Atuk yang kesedihan.

Semua sayu tengok aku pergi.

Haihhh...
Merasa laa beraya di perantauan. 
Kalau tak sebelum ni asyik head banging je dengar lagu Dendang Perantau.
Hahahahahah!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment