My Engagement Day

Warning: Entri ni ada baaaanyaaakkk sangat gambar.


Tanggal 29 Julai 2011, bersamaan dengan hari Jumaat aku bertunang dengan kawan sejak sekolah menengah, a very good friend of mine, and bf aku sejak 4 tahun lepas, Afir. Takde siapa expect kot yang aku akan bertunang awal gila macam ni, tapi dah takdir tu kuat, maka kitorang pun bertunang.


Malam tu memang meriah sangat. Kitorang jangka guest yang datang dalam 200 orang je, tapi rasanya lebih kot. Actually majlis ni dibuat sekali dengan doa selamat untuk aku fly nanti, dats why jemput ramai orang. Tapi sorry, aku hanya jemput kawan yang betul-betul rapat je sebab aku ingatkan majlis ni kecik-kecik je, but it turned out meriah sangat. I was very happy!


Rombongan Afir datang dalam pukul 9.00pm. Sepatutnya diorang datang awal sikit, tapi sebab aku tak ready lagi time tu, so aku pun call suruh diorang datang lambat sikit. Haaaa, menggelabah gila nak set make up and rambut semua. Tu laaa, bijak lagi pergi fire sorang make up artist ni last minute. Nak make up sendiri sangat kan? Rasakann... Walaupun lambat siap, tapi everything semua perfect. Except for rambut laa. Aku set sendiri, tapi disebabkan time tu tangan menggeletar sebab dah lambat and nervous, maka rambut tu tak la menjadi seperti yang diharapkan. Pape hal pun, aku berbangga sebab make up and buat rambut sendiri pada hari tunang aku dengan dibantu oleh Fairuz yang pun sama terkena badi menggelabah daripada aku.


Jangan ngada-ngada nak tanya aku nak kahwin bila sebab perancangan nak kahwin tu jauuhhhhhhhh lagi and silalah percaya bila aku kata aku pun tak tahu bila. Cumanya tunang ni ialah satu langkah yang diambil untuk eratkan lagi hubungan antara aku, Afir and keluarga sebab kitorang pun dah lama couple. Tak elok tau couple lama-lama sangat! Selebihnya berserah pada jodoh. Tapi aku hope sangat yang dia ialah jodoh aku. Yang pasti aku akan kahwin lepas habis belajar laa.. Yang tu for sure.


Cakap pasal hantaran, Afir bagi 5 dulang dibalas 7. Tu memang standard laaa kan. Tak mampu aku nak bagi banyak-banyak. Lol. Yang penting majlis ni berjalan lancar, memang bersyukur sangat. Malam tu jugak aku banyak layan tetamu yang datang sebab mostly banyak muka-muka tu ialah muka yang terakhir sekali aku jumpa before aku fly jauh-jauh. So, terima kasih sangat untuk yang datang.


Malam tu aku sibuk sangat layan tetamu sampai tak makan tau (atau dalam erti kata lain tak lalu nak makan, happy sangat). Aku order caterer tu masak ayam masak merah, tapi memang tak rasa langsung sebab tu yang paling awal sekali habis. Tapi tak kesah pun coz dengarnya ramai sangat yang puji makanan sedap. Ohh yeahh? Aku pun tak tahu. Haha! Tapi aku ada rasa daging masak gulai yang dia buat, memang sedap sangat.


So, nak cerita lebih pun tak sedap, jom usha gambar!!! :D






Nervous gilakkk ok time ni!

This is Akmal, my favorite cousin. Hahhaahah! Punya banyak laa favorite cousin aku kan? Takde... Ni favorite cousin aku kategori lelaki. Why? Sebab dia ada a big crush kat aku... Shhhh! Jangan bagitahu Afir.. Kami saling suka sama suka, tapi I have to let him go sebab he's too young. Hahahah! Sory sayang, u should find someone on your own age. Tapi memang tak bolehh laaa... Dah la kita pakai baju matching hari tu, kaler pink tau.. Even Afir pun tak pakai pink. Haha! He's adorable kan? I know... Confirm bila besar nanti hensem gilerr..

Masa tengah rushing bersiap.


Yang warna pink/purple tu hantaran Afir untuk aku. Yang warna pic/kuning tu hantaran aku untuk Afir.

Sesi menyarung cincin

Dalam sesi perbincangan dan persetujuan.


 Two of my bestfriends, Hafiz and Fairuz.

Happy faces
Tetamu yang hadir... Haaa, ramai kan?
Family portrait.
Kawan-kawan rapat yang datang and banyak membantu.


Nampak hiasan hantaran and pelamin yang cantik tu? Semua tu Kak Intan from Debunga Deco yang buat. At first memang dalam kepala aku, nak something yang simple-simple je. Tapi Kak Intan ubah from simple tu jadi something yang lagi menarik, but still maintain simple. Walaupun Kak Intan tengah sarat mengandung 9 bulan masa tu, tapi dia awesome sangat. Siapa expect orang yang sarat mengandung tu untuk tolong gubah semuanya? Tapi dia macam takde hal je. Orang lain pulak yang risau. Pape pun, great work la. Malam tu macam malam yang penuh bunga. Bukan macam. Memang penuh dengan bunga pun.


Anyway, special thanks to sesiapa yang datang terutamanya yang sanggup datang dari jauh semata-mata nak raikan majlis ni. Mereka-mereka seperti Muzammir yang datang from Kedah, Eqbhal from Terengganu, Fairuz from Kelantan, Hafiz Raslan from Shah Alam, Anis from Putrajaya, Ean from Sabak Bernam, Iqbal from KL, Dz from Subang Jaya, Shifa from Kajang, and ramai lagi lah yang sanggup datang dari jauh, drive malam-malam, ada yang naik motor, naik bas, carpool, ishh ramai laa. Serious terharu sangat-sangat. Nak nangis boleh tak? Huuuuuuuuuuuuu.... T_T


And jutaan terima kasih untuk Umi, Ayah, adik-beradik aku, family Afir, Hajar, Ean, Liza, Fairuz, kawan-kawan ayah and jiran-jiran yang datang tolong-tolong masa kenduri. Terutama sekali adik bongsu aku, Piya. Dia punya penat buat kerja, sampai terlentang dekat ruang tamu even masa majlis belum tamat lagi. Penat betul dia bagi orang cupcake, ke depan ke belakang nak fill up balik bakul. Ye la, excited, the only kakak dia nak tunang. Hahahaha! Tengok laaa.... Piya... Piya...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment