Experience Brought Me Here... Hello US!


Mak aku pernah kata, antara adik beradik aku, akulah anak yang paling awal belajar macam mana nak berjalan dan bertatih. Sekarang aku baru sedar yang bukan saje aku paling awal tahu melangkah, tapi aku jugak paling awal mulakan langkah meninggalkan diorang.


Akulah yang pertama sekali belajar jauh and yang pertama sekali yang bertunang. Haha! Mungkin yang pertama melangkah ke alam perkahwinan…. Maybe? Walaupun aku ada dua orang abang atas aku, tapi it seems that masa kecik dulu aku suka bersaing dengan diorang. Daripada persaingan tu, aku dah jadi diri aku yang sekarang.

My elder brothers
Semuanya bermula masa aku masih kecil dulu. Memandangkan aku anak perempuan pertama, mak aku selalu kerah aku buat ‘kerja-kerja perempuan’. Disebabkan memang nature aku ni pemalas sikit, maklumlah masa tu kecik lagi, aku selalu merungut dalam diam. Selalu aku fikir kenapa mak aku macam beza-bezakan antara anak lelaki dengan perempuan? Kenapa aku selalu kena buat kerja and adik beradik lelaki aku yang lain dibiarkan bermain? Tapi semua tu fikiran aku yang dulu. Alahh, budak-budak kot. Hehe! (Ampun umi.)   :D


So daripada situ, aku mula simpan perasaan ingin stand out lebih daripada diorang. Masa tu aku tak pandai dalam pelajaran, pendiam, tak reti bergaul, and takde siapa yang suka kawan dengan aku. Semua orang benci aku termasuklah cikgu-cikgu aku sebab aku selalunya yang paling bodoh dalam kelas. Walaupun aku dapat result top 3 dalam kelas, orang pun macam tak pandang sebab memang dah sebati kot dalam pemikiran diorang yang aku ni bodoh. Aku taktau kenapa orang tak suka kawan dengan aku. Makanya, aku hidup sendiri je. Tapi semuanya berubah bila umur aku mencecah 15 tahun.

Kebiasaan kena buli
Disebabkan before ni aku macam worthless and nothing to compare with my brothers, aku rasa nak sangat melebihi diorang. Macam mana aku berubah? Aku telah berkawan dengan seseorang ni masa aku berumur 15 tahun. Dia sangat berkarisma, semua orang sukakan dia. Sejak jadi kawan baik dia, sedikit sebanyak aku dah banyak berubah sebab aku cemburukan dia.


Dalam umur 15 tahun tu jugaklah dunia aku berubah secara drastik. Kejayaan pertama aku ialah aku dapat keputusan yang sangat baik untuk peperiksaan PMR. Tapi kejayaan yang paling membanggakan bagi aku ialah bila aku dah mula pandai bergaul dan berkawan. Bak kata mak aku, I’m a late bloomer. Lambat betul pick up.Pada tahun tu lah aku rasa paling bermakna sekali and baru lah terasa yang aku ni berguna jugak budaknya.


Perubahan tu aku maintain kan sampai dah jadi sebati dalam diri. Hasilnya, by the time aku tingkatan lima, aku rasa sangat puas dengan zaman sekolah aku yang rasanya sangat perfect. Aku dah capai semua impian yang aku nak accomplish untuk zaman sekolah. Result SPM aku pun bagus. Dengan result SPM tu la yang membawa aku jauh ke negara orang, jauhnya 7000km daripada Malaysia, iaitu tempat kelahiran aku, Amerika Syarikat.


Disebabkan tak pernah berjauhan dengan family, aku macam susah nak adapt dengan hidup dekat sini. Sampai at one point, aku persoalkan, ini ke yang aku nak untuk buat aku happy? Ini ke tempat yang aku sanggup tinggalkan my family for? Tapi bak kata Afir, aku mampu hidup sendiri. Campak jela aku ni dekat mana-mana pun, walaupun sorang-sorang, aku mampu berdikari. Dia kata aku mampu buat apa saje untuk capai apa yang aku nak. So, dia mintak aku buktikan apa yang dia cakap tu benar.


Dah lima hari aku tinggalkan family. Untuk the first 2 days dekat sini, boleh kata aku homesick la. Dah la dengan letihnya perjalanan selama 33jam dalam kapal terbang, plus kena jetlag lagi, aku boleh conclude la yang 2 hari pertama dekat sini memang stress and takde rest. Tambah buat sedih bila dapat tahu adik bongsu aku, Piya menangis tak henti-henti, taknak makan sahur n simpan rambut-rambut aku yang dah gugur dekat rumah sebab dia rindukan aku.


Walaupun aku sedih, tapi aku tahu yang kesedihan aku tu takkan bawak aku kemana-mana. It’s normal to feel sad, tapi aku takkan biarkan kesedihan aku tu menguasai aku. So, demi taknak rasa macam aku ni FOREVER ALONE, aku pun buat ramai kawan baru. Baru je beberapa hari aku dekat sini, aku dah ada ramai kawan yang sangat membantu. Antaranya student Malaysia dekat sini yang suka menolong, senior-senior yang bagi banyak nasihat, even I have made some new friends with international students kat sini. Macam contohnya roommate aku ialah a girl from China and ada this Japanese guy yang aku selalu bawak dia jalan-jalan cari bangunan dekat kampus yang besar ni walaupun kitorang sama-sama sesat banyak kali.


But it’s all new experience for me. Aku dah mula rasa seronok tinggal dekat sini. Everything went smoothly walaupun most of the time masalah aku handle sendirian. Macam contoh, roommate aku marah sebab aku terbukak lampu yang terang walaupun just sesaat je aku testing bukak untuk makan sahur, bersahur dengan minum air paip dekat dalam tandas guna mangkuk polisterin (sebab takde stok air dalam bilik and cawan), berpuasa daripada pukul 4am sampai pukul 8.40pm, menggigil tahap maksimum bila mandi shower dengan suhu air yang sangat-sangat sejuk pada hari cuaca yang sejuk sebab tak pandai nak tukar suhu air, and hari-hari spend average 3-4 jam berjalan kaki cari kedai/bangunan kolej. Hey, ni aku serious ok. Kaki aku daripada dekat airport sampai la ke hari ni rasa sakit and macam nak patah je. Btw, baru semalam aku sesat dekat downtown, berjalan kaki 4 jam semata-mata nak cari Walmart yang berdekatan dengan kolej aku. Tapi sampai laaa ni tak jumpa. Haa, betul kan aku tak tipu ?

Edited: Lepas tulis benda ni baru laa aku jumpe kat mana Walmart. Heheh!
Walaupun aku rindukan family aku, tunang aku and kawan-kawan aku, the only thing yang aku boleh buat ialah selalu keep in touch with them and doakan supaya diorang baik-baik je dekat sana. Aku nak cakap dekat sini supaya diorang jangan risau. Walaupun aku ni jauh di perantauan, I can handle it, and to be positive, actually im not alone here since I’ve made many new friends and my loved ones were always tanya how’s the roommate, how’s the school, how’s the food, how’s the housing, how’s the toilet, how’s my life, how’s the weather, how’s the orientation, and the list goes on.


Im good here. Kadang-kadang tu terindu jugak dekat Malaysia. Tapi bila otak dah jahat, selalu je kutuk Malaysia bila nampak benda-benda kat sini yang lagi better than Malaysia. Haha! But I miss Malaysia so much. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. And to Malaysia, don’t worry. Next year aku balik ok? Don’t miss me too much. Hehehehehe...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment