Counting Days To Leave

Pejam celik, pejam celik dah 2 tahun aku belajar dekat Taylor's. Tahun 2009 dulu, bila kata nak fly lagi 2 tahun, terasa macam lambat je lagi. Enjoy dulu, dating dulu, lepak mamak dulu, alih-alih dah 2 tahun berlalu pun. In less than 2 weeks je aku bakal blah dari tempat aku membesar ni dan mengucapkan 'Bye bye sayangsss...'


Dengan menghadiri Pre-Departure Briefing hari tu, secara rasminya aku dah tahu bila tarikh fly aku.


8 Ogos 2011
KLIA


So kepada sesiapa yang merasa nak send me off tu, sila lah datang pada tarikh berkenaan ye. Tak pun kalau ada stalker nak stalk aku ke, datang laaa jangan malu-malu.. (Bajet kau ada stalker lah sangat kan?)


Cakap pasal kesibukan, sibuk jugaklah. Tapi terasa macam ape pun tak settle lagi. Rumah apartment belum jumpa lagi sebab banyak sangat masalah, barang-barang belum shopping lagi, final transcript pun belum order lagi dekat kolej. Lol. Apa punya pemalas dow. Susah sangat nak hakis.


Tapi jangan risau, as the time goes on, aku bakal siapkan everything in just a blink of an eye. Takde hal punya. Banyak jugak la perkara-perkara penting yang disampaikan masa hari Pre-Departure tu. And yang best, dapat jumpa kawan-kawan. Tapi tak, tu bukan yang paling best. Part paling best mesti lah part dapat duit lemon-lemon banyaknya. Hehehehehhh...


 Ade gak nak terjojol bijik mata kira duit.


Sesi mengira duit and cek beramai-ramai.


 Besides money, these are the faces that would be dearly missed.



 Sesi group photo


Setelah bertungkus lumus menyiapkan everything, persoalan pokok pangkalnya ialah, dah bersediakah aku?


Err.. cerita lebat boleh la kan, padahal dalam hati ada taman, haram macam tak ready pape je. Berserah jelah. Semoga perjalanan aku nanti dipermudahkan, insya-Allah...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment