So, sebagai pembuka selera akak-akak hari ni, aku persembahkan...
TELUR MASAK SAMBAL pertama yang aku hasilkan!!!
Actually nak masak ayam masak merah, tapi ayam takde. Nak ganti dengan udang, udang pun takde. Yang ada pun daging, tapi tak syok la kalau masak daging masak merah.
Sebagai alternatif demi belajar memasak, aku dapat idea untuk buat telur masak sambal. Yeahhh nice..
Perghhh.. Nampak sedap kan? Nampak sedap kan? Meleleh kot air liur bagi orang yang sedang berpuasa macam aku. Tapi cer baca apa komen diorang...
Warrghhh... Sedih hati mak okk... Aku masak dengan penuh semangat dan kasih sayang kot. Tambah bahagia bila tengok cantik je tekstur kuahnya. Beriya-iya la aku ambik gambar siap update facebook yang seminggu ditinggalkan tu. Sekali dapat komen cenggini. Ohh demm.. Sungguh kurang asamm....
Dah la aku masak pukul 3 petang dalam keadaan sedang berpuasa. Punyalah semangat katakan.. Sesedap masak, taktau la rasanya macam mana. So, aku pun panggil adik aku untuk test power masakan aku.
Adik aku : "Asal kuat rasa tomato??"
Aku : "Ahh, memang nak bagi rasa tomato kuat pun.. (cover)
Ko wat bodo jela. Garam and gula cukup ke?"
Adik aku : "Ok je semua.."
Aku : "Sedap tak????"
Adik aku : "Hmmm... Boleh laaa.."
Perghhh kembang gila lahh kan time ni. Berdebar je tunggu azan maghrib sebab nak rasa. Sepuluh minit before azan lagi dah prepare nasi and lauk dalam pinggan. Tunggu nak ngap je.
Sampai masanya, aku pun makan. Memula rasa sedap la. Tengah lahap la kan. Bila dah banyak makan tu baru rasa cam kureng. Puiii, tomato dia kuat kot. Rasa pedas takde langsung. Harap warna je merah. Pastu aku teringat la masa masak tu aku tertaruk sos tomato banyak. Adehh.. Tu la, ikut lagi cakap Afir suruh masukkan tomato. Sekali terletak banyak pulak. Yang rasa cili tak rasa tu sebab aku dah buang biji cili awal-awal. Takut sangat jadi pedas, tu yang aku wat camtu. Sekali ambikkk, langsung tak rasa pedas..
Conclusionnya, aku bagi 3/5 bintang la... Tak bagus ni sebab aku tak suka rasa tomato. Takpe, cubaan kedua ni mesti jadi lagi gempak sebab aku akan improve kelemahan aku kat mana. Yang penting, takleh putus asa. Heheheeheh... Ko tunggu jela Afir, aku masakkan ayam masak merah paling sedap pernah kau rasa. Kau tunggu jelaahh...
Aku rasa aku ni ada je bakat memasak. Cuma sebab malas masuk dapur, gini lah jadinya. Tapi sekali aku masak, perghhh... Dah selevel dengan mak aku. Ni cite betul ni. Sila percaya. LOL...
0 comments:
Post a Comment