The Last Month Before I Leave

So far persiapan pasal nak fly ni masih slowmo lagi. Ade lagi banyak yang belum siap.


1) Medical check up : Next week boleh buat.
2) Immunization : Rasanya ada 2 injection akan dapat. Tapi tu leh hold lagi.
3) Rumah sewa : Aihh ni sangat berat. Rumah dah ada yang berkenan, tapi fulusnya takde untuk bayar deposit yang beriban-riban tuuuu...
4) Arghhh! Tak mampu nak kata apa-apa coz rasanya macam banyak benda nak buat je ni.. Adeyyy...


Conclusionnya, bukan senang untuk aku handle sorang-sorang plus dengan kawan yang tak berapa nak membantu sangat. Forever alone.


Actually bukan tu saje yang bermain dalam kepala aku ni. Rite now im planning for a big event which later pada satu hari nanti aku akan bagitahu apa dia.


That's why aku decided untuk berhenti kerja je. Maknanya aku hanya kerja untuk sebulan jela.. Freedom! Yeahh bebeh. Mesti ade rasa nak tengok aku kerja in uniform kan? Tadaaa....


Sorry, ni saje gambar yang ada. Please ignore muka aku yang agak kiasu di situ. Lol.


Bukan setakat kesibukan yang membuat aku berhenti. Tension kerja pun ada jugak. Manager fail management, pekerja malas, and apekah patot diorang panggil aku kekwat? (Kekwat pun aku taktau ape maksudnya) Walaupun aku ni hanya waiter and cashier merangkap tukang simpan duit sale hari-hari, tapi cube angkat sikit kepala dongak tengok signboard kedai tu nama siapa? Tak pun sila lihat pada baju anda terpampang nama siapa? Ok tau pun terdiam. Nama siapa? Nama aku. So, kekwat tak kekwat, pegi lah mam. 


So, bagi aku daripada aku menghabiskan masa keemasan aku menghadap orang sebegini, baiklah aku spend bulan terakhir aku dekat Malaysia ni dengan berenjoy sakan. Lepas ni tekanan lah tak boleh balik Malaysia sebab aku akan melangkah pergi beribu batu jauhnya. 


Cakap pasal nak fly ni, dulu aku sedih la. Honestly ade la nangis-nangis peluk bantal. Tapi bila dekat nak blah ni drama-drama tu macam dah tak jalan. Aku macam cuba fokus dekat benda lain yang boleh menggembirakan aku seperti membayangkan aku bershopping dekat Times Square, pakai baju sejuk main snow, duduk dalam kapal terbang sambil main Playbook, berchatting dengan Afir and family melalui skype, dan lain-lain. Positive thinking is the key. Tapi ada je orang-orang yang buat moment ni jadi sedih. Macam contoh masa jalan-jalan dalam kereta, kawan aku pasang lagu raya. And ada lagi sorang kawan aku ape mimpi letak lagu raya jadi ringtone sedangkan puasa pun belum lagi.  (-__-")


Now aku cuba jadi cool balik. Last week aku dengan Afir pergi Pahang lawat keluarga dia dekat sana. Lama tak rasa suasana kampung macam tu. Kerbau di sekeliling rumah, pokok getah yang merimbun, udara yang sejuk, haaaaaa sedap. Bila tengok semuanya kembali ok sikit demi sikit, aku rasa lega balik. So, time to balik ke Rawang and mulakan balik hidup aku yang dull ni. Kalau Afir takde, tak keluar la aku. Kawan-kawan pun tengah sibuk study. Haihh.. Laptop and Playbook jela penghibur aku sekarang ni. Memang dasar takde life langsung.


Aku ingat nak pergi jalan-jalan lepas dapat gaji nanti dengan orang-orang yang rapat dengan aku. Cuma sekarang ni no money no talk. Niat nak shopping tak boleh sebab kemungkinan besar baju yang aku beli sekarang tak sesuai dengan weather kat US nanti. So, sabar jela bila tengok baju lawa-lawa kat kedai.


Haihhh.. Macam mana la nak spend masa sebulan ni dengan sebaiknya?



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment