Puasa in the USA


I first want to admit that I didn't puasa during my flight to US. Bukan apa, I have some very good reasons why I chose not to puasa.

1) I dont know how long will we puasa inside the flight.
2) The JPA officers said that it would take longer time to puasa because we are heading to the west.
3) Delicious MAS food.
4) Delicious MAS food... delicious MAS food......and I can repeat this until hundredth of times..

MAS food. Credit to google.

At first macam malu-malu jeww nak makan dalam flight walaupun stewardess tu kata it's ok je kalau nak makan coz ambik masa lama nak sunset. So, aku pun dengan malu tapi mahu makan slow-slow and sorok-sorok. (Sedangkan kiri kanan semua Chinese je) Lulllzzz..


Ahh malu tak malu, padahal dua kali jugak melantak macam tak pernah jumpa makanan. But puasss... Tip top la makanan MAS. Padanlah ramai yang suggest.. Banyak kali kot stewardess tu pusing-pusing offer makanan. Ikut hati nak je lagi kan, tapi banyak laa sangat songeh aku kan?


Sesampai je kat Washington, terus meggelupur cari makanan lagi. Masa ni dah mula terasa payahnya nak cari makanan. Mana-mana pergi, menu utamanya asyik-asyik pork je. Kecik hati ayam, lembu and ikan-ikan macam ni sebab di anak tirikan kat US. Puas pusing-pusing, aku pun terjumpa satu kedai yang jual makanan ringan-ringan macam kek, air, sandwich and stuff like that. So, I ordered oatmeal, chocolate muffin and orange juice. Cehh dah tak main dah panggil fresh orange kat sini.. Lulllzzzzzzzz...

Pardon my ugly face sebab letih after 30hours of flight to Washington

Maka seterusnya bermulalah hari-hari puasa dekat US. Bila at first senior cakap yang kita kena puasa pukul 4.30am sampai 8.40pm, aku macam terkejut gila kot. Tambahan pulak masa tu dah sedap-sedap tak puasa 2 hari. Dah terbiasa tak puasa sebab flight ambik masa 33jam kan. So, ituuu diaaaa first culture shock dah bermula. Tapi takkan tetiba menggedik nak ponteng lagi, banyak cantik. Apa alasan nak bagi? Before ni boleh la kata aku musafir. Ni dah sampai pun ada hati nak mengaku musafir lagi? Ramai jugak kawan-kawan yg bukan Muslim tanya musafir tu apa, so jadilah aku ustazah tak bertauliah untuk explain apa maksud musafir tu and apa signifikannya aku harus berbuka hari tu.


First few days kat sini agak tertekan lah sebab kena berjalan kaki jauh-jauh. Serius tak sangka yang universiti aku ni sangat besar. Taxi pun takde, memang azab laa. Bus ada, tapi aku taktau route dia pegi mana, so that's why aku end up jalan kaki meng'explore' tempat yang besar gila ni. Dah nama pun budak baru, memang banyak kali sesat, kejap ke sana sini tanpa hala tuju... Seminggu kaki aku sakit and cramp sebab too much berjalan. Kalah window shopping. So, bila energy dah takde tu, meronta-ronta sangat laa nak berbuka. Tapi tu first few days je. Bila lama-lama dah immune dah. Then, takde hal punya puasa kat sini.


Sahur aku yang pertama kat sini agak tekanan laa. Aku sebilik dengan budak perempuan from China. So, mana lah dia tau fasting tu apa, sahur tu apa. Aku bangun around pukul 4pagi untuk makan sahur. Disebabkan keadaan bilik tu sangat gelap, aku bukak lah lampu katil aku nak tengok banyak mana brightness dia. Sekali ambik kau, terang gila! Maka dengan sepantas kilat aku tutup balik lampu tu. Pastu dan dan la roommate aku terbangun. Bukan bangun celik mata je, dengan badan-badan dia sekali bangun. 


Dia marah aku, dia kata "Farah, you cannot force me."
Aku macam blur tak paham apa yang dia cuba sampaikan.. 
So aku tanya balik, "What is it again? You cannot force me???/"
Dia pun ulang balik ayat yang sama. But still, aku blur lagi.
Errr.. Aku assume yang dia maksudkan aku tak boleh force dia bangun tidur time-time camtu?


(Fyi: Maafkan english roommate aku. Most of the time memang aku susah nak paham apa dia cuba nak sampaikan)


So, secara senyap-senyap aku bukak makanan aku and makan diam-diam bertemankan cahaya from laptop kesayangan. Macam tu pun boleh lahh.. Then masalah baru pulak datang. Baru aku teringat yang aku takde air dalam simpanan and cawan pun takde. But then teringat yang kat US kita boleh minum air paip. So, dengan sedih and patheticnya, aku koyakkan bekas polisterin nasi aku tadi and basuh guna sabun. Dengan bekas tu lah aku jadikan cawan untuk tadah air paip dalam toilet tu and minum on the spot. Takpe, demi experience... Now dengan bangganya aku nak cakap, aku sahur minum air toilet je.. Cool tak? But makan dengan bertemankan cahaya lampu laptop tu bertahan selama seminggu. Takpe takpe... Mengalah tu kan lebih baik.


Second day berbuka dekat Penn State pun satu pengalaman jugak. Aku dengan sorang kawan aku ni blur taktau dekat mana kedai makan yang berdekatan dengan asrama kitorang. So, kitorang macam bajet cool lah nak jalan-jalan cari kedai. But end up sejam walking without jumpa any kedai. Masa ni kitorang dah berbuka dengan bekal roti kecik tu je. Sambil berjalan tu risau jugak kalau sesat masa tengah-tengah malam camtu. Yang peliknya jalan sunyi sepi. Takde kereta, takde manusia. Yang ada hanyalah rabbit, squirrel and chipmunk yang berjalan-jalan merata-rata tempat macam cerita Snow White pulak. Everytime kitorang encounter dengan benda comel ni, aku dengan spontaneously akan cakap, "Warrghh comelnyaa!!!!" Imagine betapa annoyed nya member aku pada malam itu. Setelah pusing tanpa hala tuju, akhirnya kitorang sampai ke asrama kitorang balik. Agak terkejut coz tak sangka nampaknya kitorang dah khatam berjalan pusing satu kampus ni rupanya... Hurmmm... Masih pelik macam mana boleh sampai ke asrama balik sedangkan we thought that we had walk miles away from our dorm.


There is one day aku dengan Nisa nak berbuka berdua. Hari tu hari Sabtu, and kitorang taktau yang bus shuttle tak available on weekends. So, kitorang just hop in a random bus. Driver bus tu kata dia ada lalu kat Downtown, so kitorang pun dengan konfidennya naik. But setelah sejam lebih masih tak sampai. Padahal jarak antara Downtown dengan asrama aku boleh jalan kaki kot. Senang cerita less than 1km la. Kitorang pun macam blur taktau ke mana hala tuju bus tu. And guess what, Downtown ialah last stop bus tu. Bongok gila kot. Kalau jalan kaki, 10minit dah boleh sampai. Ni buat sakit bontot je duduk lama-lama and terpaksa berbuka lambat sejam daripada waktu yang sebenar. Nak McD punya pasal kan, sanggupppp....

Muka happy baru lepas dapat Mcd

Cakap pasal makanan kat sini, kedai yang serve makanan halal ada 3 je kat Downtown setahu aku. Dua daripadanya ialah kedai masakan India yang mencekik darah. Mahal gile wooooo!!! -____-"


Tambah buat rasa macam malas nak makan kat tempat-tempat macam ni ialah sebab kena bayar tip untuk waiter. Biasanya aku keluarkan about $2 or $3 untuk bayar tip sahaja. Makanya banyak kali jugak aku berbuka makan megi kat sini. Dah macam makanan ruji pulak. Tapi takpe, disebabkan malas nak keluar town, megi pun jadilah..

This is not megi. This is Bihun Tomyam segera my feberet..

Ni pun since aku stay dekat apartment kawan aku, dua hari berturut-turut makan pizza veggie sebab Pizza Hut is the only restaurant yang ada kat sini. Sedih tak sedih? Hurmmm apa pun tak boleh.


Tapi whatever it is, hari-hari ada je benda exciting pasal dekat mana aku berbuka and apa yang aku makan. There is always new place that I go, new food that I eat and new experience to be remembered. 


Kepada kawan-kawan aku yang masih menunggu tarikh untuk fly, be prepared to be excited and jakon at the same time. That's what happened to me earlier before.


 Pergi kedai runcit - jakon - borong segala makanan yang ada.

And this is what I bought on my first visit to a convenient store. 

Ambik kau, beli air je dah berbondong-bondong.. Jakon la katakan...

Hahahaha... SO that's all cerita aku pasal puasa dekat US. Ikutkan banyak lagi nak story, tapi nak tulis ni pun dah berjam-jam. Hahhaha! Punya lah banyak perkataan 'so' dalam entri aku ni kan, but who give a damn. Lullzzz... Pape pun, selamat berpuasa, selamat berbuka, selamat beribadah, selamat buat kuih raya, selamat bershopping and SELAMAT HARI RAYA in advance.. Hahah! Advanced sangat! Ok lah, bye-bye! See u in my next post!




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment