Kesan Winter Terhadap Tubuh Badan Saya

Hi everyone. Ok aku malas nak mukadimah panjang, esok ade paper lagi satu untuk final exam, maka mari kite ke topik utama.


Memandangkan sekarang dah masuk musim winter, ok hello, tak sedar sekarang dah pertengahan bulan Disember dah pun, maka ade beberapa perkara yang terjadi kepada badan aku dari sudut biologi. Ni apa yang aku experience, aku belum tanya lagi penduduk local atau pun kawan-kawan aku sama ada ini normal ke tak, tapi dulu sebelum aku datang US memang aku dah sedia maklum pasal hal ni.




Aku taktau la orang lain, tapi aku perasan badan aku dehydrated sangat-sangat. Antara symptom-symptom yang dialami ialah

  • Satu badan kulit kering macam scaling and flaky. Satu badan ok.
  • Kulit muka pun flaky. Benci tau. Bile pakai foundation, ketara sangat nampak.
  • Flaky skin around nose.
  • Ketara sangat garis-garis halus pada tangan. Nampak macam orang tua sangat.
  • Part knuckle (buku jari?) macam kemerah-merahan and rasa kasar. Bile tengok dekat-dekat, dia ade byk luka kecik-kecik macam calar pada garis halus tu.
  • Walaupun aku disiplin pakai pelembab bibir sebelum tido and lepas tido, tapi bila dah agak lama sikit, bibir akan kering and luka walaupun aku tak usik langsung.
  • Rambut rasa kering and everytime belai rambut dia akan ade elektro statik, maka sometimes boleh buat rambut kasar.
  • Sampai kelopak mata pun menggelupas memang melampau lah!
  • Hidung berdarah... Sepanjang masa.


Aku tahu banyak faktor daripada sudut environment yang buat keadaan jadi macam ni. Antaranya ialah sebab cuaca terlalu sejuk and kering dekat luar, penggunaan heater dalam bangunan or rumah, and mandi dengan air panas.


And dari sudut diri sendiri ialah kurang minum air and tak pakai pelembab badan.


Aku ada baca artikel kat dalam website ini. Dia cakap dari sudut biologi, benda ni terjadi sebab minyak semulajadi dalam kulit mulai kering, maka tubuh pun kehilangan lembapan semulajadi (air dan minyak). Then, kulit pun jadi kering and menggelupas. Haaa skema sangat jawapan aku.


Aku dah la malas gila kot nak pakai krim pelembab and nak minum air banyak-banyak segala. Penat tau gentel muka nak dengan kain nak hilangkan kulit menggelupas tu. So, satu je cara untuk selesaikan masalah ni...


KITA BALIK MALAYSIA!!!!! Wooohooo!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment