My Super Siblings

Since aku taktahu nak blog pasal apa, let me introduce u to my siblings! To those who don't know, aku merupakan anak ketiga from enam adik beradik. Aku ade dua orang abang, 2 adik lelaki and sorang adik perempuan. Takde kakak coz akulah kakaknya. Kalau nak compare semua adik beradik aku, semuanya macam fokus more on arts, termasuklah aku. Hehe! 


1. Hafeez
Since Hafeez merupakan anak sulung, dia punye sifat leadership sangat tinggi. Masa aku jadi pengawas pusat sumber dulu, dia jadi pengerusi masa aku form 2. So, aku macam inspired nak jadi ketua dalam semua bidang sebab dia la. Banyak sifat leadership dia turun kat aku. And dia jugak seorang yang banyak cakap and sukakan budak-budak. Bab minat, dia agak hampeh ar dalam seni. Tapi dalam ekonomi or business, tu memang bidang dia. Aku rasa hobi dia suka baca Wikipedia kot? So dia ada banyak knowledge la. Dulu masa kecik-kecik, dia selalu sepak or tumbuk aku, tapi sekarang dia lah yang paling pijak semut tak mati. Untung laaa sape awek dia... (lawa woo awek dia)


Dia ni sangat aktif la dalam persatuan dekat sekolah and masa dekat Uitm. And dia pernah jadi MPP kat Uitm Segamat dulu. Aku cakap 'dulu' sebab dia dah tua. 23 tahun tahun ni. Oh kekadang aku panggil dia budak Korea sebab dia suka perasan yang dia tu Gu Jun Pyo. Ada hati nak jadi model, tapi buncit and tak cukup tinggi. Fail.


2. Hakeem
Ni ialah abang aku yang paling aku suka sembang. Dia ni agak pendiam dengan orang yang tak rapat, tapi once kau dah kenal dia, kau takkan kering gusi. Aku paling suka bila dia buat lawak. Macam siot je semua. Walaupun dia ni sengal-sengal, blur, careless, hidup dalam dunia dia sendiri, suka senyum and tak pernah couple, tapi dia ni sangat berbakat. Bukan takde awek yang try nak mengurat dia, tapi hati dia ade dekat Mugi sorang je. Nak tahu siapa Mugi? Ni dia...


Ni Mugi yang dia lukis. Karektor from cerita anime, K-On.


Bila aku kata Hakeem berbakat, dia berbakat dalam main gitar and melukis. Dia ialah gitaris untuk band yang dia buat sendiri dengan kawan-kawan dia. Aku rasa dia ada dua band kot. 1) Steal Sunday. 2) Pocket Rocketeers. Almost every weekend ada orang invite band dia main kat event mana-mana ntah, tapi dia main for fun la. Bukan sebab duit. 


Lagi satu, dia ni terel melukis. Dulu masa kecik-kecik, seingat aku masa umur aku 5 tahun and dia 6 tahun (beza umur kitorang setahun je), aku mintak dia ajar aku lukis orang lidi. Mula-mula dia ajar basic orang lidi. Lepas tu dia buat bukan-bukan dengan orang lidi tu. Macam-macam pose dia buat. Sebab dia jugaklah aku suka melukis jugak. Banyak pertandingan melukis dia pernah masuk and semuanya dia menang. Dia jugak ade design tshirt. Abang aku ni agak famous lah dalam Deviant Art. So kat bawah ni ialah koleksi lukisan dia yang aku curi from Facebook. Semua dia lukis pakai tablet and photoshop. So, nilailah sendiri.

Audrey Hepburn










3. Farah 

Farah tu akulah. Hehe! Secara ringkasnya, aku ialah hasil gabungan personaliti kedua-dua abang aku. Aku minat seni and jugak business. Kalau bab seni tu, aku more dalam nyanyi, fashion design and potret. Tapi sorry, hasil lukisan aku tak boleh tunjuk sebab semua koleksi aku tinggal dekat Malaysia. Aku suka design, jahit baju. And dalam lukisan potret pulak, media aku ialah oil pastel. Memang minat sangat-sangat. Cita-cita aku nak ade clothing line aku sendiri. And bila aku maksudkan clothing line aku sendiri, maknanya aku gabungkan business and minat altogether. See, the best of both world! 


Bab personaliti pun aku sama cam kedua-dua abang aku. Sometimes aku konfiden, suka lead orang, banyak cakap, gila-gila, suka buat lawak bangang, sukakan budak-budak, but at the same time aku ni kadang-kadang sangat blur, suka sengih, sengal and suka hidup dalam dunia aku sendiri. So, memang ketara sangat yang aku ada kualiti yang kedua-dua abang aku ada. 



4. Hanif
Hanif ialah yang adik yang bawah aku. Dia baru je masuk Uitm. Dulu masa kecik, aku ingat lagi. Dia ni la yang aku rasa paling nak sepak-sepak je sebab dia dulu suka cari gaduh ngan aku. Dalam adik-beradik aku, dia ni lah paling nakal dulu. Dah la nakal, suka sangat belasah aku. So, memang aku tak tenteram la dengan dia. Tapi sekarang ni since dia dah matang, bahagia sikit hidup aku. Aku perasan dia ni sangat protective pasal aku. Dulu dia berani tegur aku tak pakai tudung. Haha! Dia akan defend aku dalam segala hal. And kalau aku keluar ke, mesti dia yang hantar aku. Bila aku kerja, dia yang hantar and ambik aku. Memang dia takkan tinggalkan aku lah tanpa orang jaga. Baik budak ni. 


Lagi satu, aku suka bercerita dengan dia. Walaupun dia kata cerita aku poyo, tapi dia akan dengar semuanya. Lepas aku dah fly pun, dia lah paling kerap chat dengan aku kat Facebook. Nampaknya ada orang rindukan aku. Haha! Minat dia more to photography and guitar. Agak aktif la dalam ambik-ambik gambar ni. Dah ramai pernah upah dia ambik gambar. Tapi dia takdelah serious sangat. Buat semua sebab minat je. Tapi sekarang dia tengah study diploma dalam Perancangan Bandar kot tak silap aku. Bawah ni ialah sebahagian artwork dia.








5. Hykal
 Ni Hykal, still sekolah lagi. Next year dia masuk form 5. Bagi aku, dia ni sentiasa baby-baby lagi. Sampai la aku tengok gambar ni, tak sangka dah besar rupanya dia ni. Dalam kepala aku, dia masih darjah 5. Walaupun baru form 4 this year, dia dah start tunjuk leadership. Dia kapten basketball sekolah, aktif dalam majalah sekolah and ape ntah lagi jawatan dia. 


One thing yang tak blah pasal dia, budak ni kasanova ke ape. Aku tak ingat bila last time die single. Daripada darjah berapa sampai lah sekarang ada awek. Ntah aku taktau kenapa perempuan-perempuan suka dia. =.= Dia ni pandai ambik hati orang la. Yang tu memang aku tak nafikan. Dia rapat dengan sedara-sedara kitorang, sama cam abang aku yang first. Kuat bersembang jugak budak ni. Pasal tu kot perempuan suka. Sejak akhir-akhir ni aku nampak minat dia dalam photography jugak la, sama cam Hanif. So, below here ialah artwork dia.





6. Sofeya
Sepatutnya nama dia masa lahir dulu Farah/Sarah Sofeya. Tapi sebab semua adik-beradik aku taknak nama dia macam aku (sebab jealous) so, diorang semua vote untuk nama Saira. Maka dari situlah dapat nama Saira. Dia ni adik bongsu. Bila kata bongsu, mestilah manja and kuat makan. Tahun depan nak masuk darjah 4 tapi aku tak rasa cam dia nak darjah 4 pun. Walaupun dia manja, dia ni kuat bersembang and pandai bergaul dengan orang tua. Tapi malang ar sebab selalu jadi bahan buli adik-beradik aku yang lain sebab gap umur kitorang dengan dia sangat jauh.


Disebabkan dia kecik lagi, aku nampak hobi dia main game. Kalau tak game kat pc, main game kat Facebook and PS2. Camtu jela. And disebabkan dalam adik-beradik aku takde sorang pun yang berminat nak masuk bidang science, so kitorang tengah bentuk dia untuk jadi sorang doktor. Memang daripada kecik kitorang suruh dia jadi doktor. Tapi apa-apa pun bila besar nanti terpulang lah dekat dia nak jadi apa. Sebab sekarang aku nampak minat dia terarah untuk jadi photo editor je. Ni artwork dia..



LOL. Just kidding. Hikhikhik!



Ok aku ade quiz hari ni. Muka siapa paling dekat dengan aku? 
Siapa berjaya jawab, dapat hadiah tiket flight ke US kalau korang ade dapat tawaran scholarship laa.. Lolzzzz...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment