Bergabung.. Meletup!

So lately Afir keeps pushing me to do what I do the best, which is fashion retail/ design and baking. Dulu yes aku ade nak buat kedai jual baju-baju yang aku design, jual aksesori bagai. Minat tu still ada lagi cuma banyak sangat batasannye. Then sekarang pulak aku cita-cita nak bukak bakery sendiri. Nak buat theme sendiri, create recipe and cake decoration sendiri.




But now what am I doing? Baring-baring, guling-guling studying Sociology. Bukan nak kata sociology tak best, seronok jugak cuma minat aku more to business, design and baking. Kalau boleh nak buat semua sekali. Ada jugak teringin nak jadi researcher dalam sociology sebab rasanya tu yang paling possible.. Tapi tu lah.. Angan-angan setinggi gunung pun boleh capai.


Banyak kali he brings this up, so aku tanya lah kenapa dia nak sangat aku buat semua ni. Then he said,

" Aku taknak lah bila kita dah tua hidup kita normal. Kerja kat office, lame je kan. Takde life langsung. Nanti time kau dah tua takdelah menyesal. Time tu kau sepak aku, aku sepak kau kot."

"Oh, so bolehlah aku sepak kau?"

"Kau sepak aku dulu lah sebab aku nak bagi kau can... Aku just cakap ape yang kita minat tu kita usahakanlah. Tu je. Selebihnya nanti aku rasa kemungkinan besar nak jadi kenyataan dalam 10% je. Lagi kurang peluang kita untuk menang judi tahu tak? Sebab nanti aku tahu lepas kau baru lepas habis belajar, kau sambung keje kat 7-E ke, aku keje cashier dekat NSK ke.."

(-_____-)"

Yeahh very nice aku kerja dekat 7-E

Dia sambung lagi..

"Tapi dalam masa tu kalau kita buat, kita akan berjaya dalam benda yang kita minat. Satu lagi Malaysia ni dah mula menerima kreativiti tau."

"Ok. Tapi kenapa kau nak push aku jugak?"

"Ok cuba kau imagine satu hari nanti kita ada anak. At least dia boleh lah gebang kat kawan-kawan dia yang mak ayah dia cool. Kerja fashion, music, bakery bagai. Takdelah nanti lame je. At least dia ade modal nak cerita. Macam, ayah aku dulu ade band. Main gitar hebat bagai. Takdelah cerita setakat, ayah aku dulu dapat A matematik. Bosan kau tahu tak?"


Ok got it. A very smart point indeed.


Then he came up with this amazing plan untuk aku gabungkan kedai baju and bakery sekali. Haha. Now let's tell me how money grows on trees. But apa-apa pun betul jugak apa yang dia cakap. Sedikit sebanyak bercambah jugak minat aku yang dah lama sangat pudar ni untuk usahakan apa yang aku minat.


And itulah untungnya bertunang dengan pakar motivasi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment