Pengalaman Mengharungi Taufan Sandy

As some of you might know, hurricane Sandy baru-baru ni dah melanda US east coast and agak teruk jugak. So, memang dijangka kena tempat aku, which is dah habis dah pun, and alhamdullilah, im still alive or else there wont be no one updating this post. Lolz.


State College, Pennsylvania is very fortunate sebab hurricane ni tak mengakibatkan malapetaka kepada penduduk kat sini. There are some minor destruction and flood, but seriously, everything is fine down here. Paling-paling pun just angin kuat, 65mp/h which is agak kuat gak and hujan. Lepas hurricane dah habis, aku keluar rumah and tengok ada tong sampah kosong dalam swimming pool, ada dahan kayu tua yang patah and paling teruk pun ada pokok yang dah senget. Macam nak jatuh tapi tak jatuh, so ok je kot. At least tak timpa kereta, rumah or manusia.


Ok, since this is my first experience menghadapi natural disaster like this and been a part in some kind of history, I would like to share my experience to all of you, especially to my friends and family who were worried so much about my safety when the hurricane hits my city.


Aku dapat tahu pasal hurricane ni masa hari Jumaat, masa tengah shopping. Masa tu terdengar announcement dekat local radio. Time tu ingat macam biasa-biasa je. Well, dah banyak weather alert aku pernah dapat since duduk kat sini, but nothing ever happened. Hurricane dijangka untuk melanda kat tempat aku hari Selasa, 30 Oct 2012.


Masa hari Ahad, rumah aku hosted a raya celebration. Kitorang just buat makan kecil-kecilan, berpakat antara 3 buah rumah untuk gather ramai-ramai and makan-makan. Lepas tamat makan-makan, masing-masing online guna laptop. Time tu baru aku dapat banyak info pasal hurricane ni. Asalnya ingat macam takde pape sebab takde siapa kesah kot. Sampailah keluar gambar university post dekat FB yang dekat Walmart and kedai yang sewaktu dengannya semua kehabisan roti, mineral water and torchlight sebab orang dah mula buat preparation untuk menghadapi hurricane ni. Dijangka akan ada banjir kena kat tempat aku and bekalan elektrik and air terputus. So memang patut kena risau pasal stok makanan in case naik banjir jadi.


Walaupun hari Isnin esoknya aku ada exam, tapi aku pujuk housemate untuk keluar pergi kedai and cari barang-barang penting malam tu jugak so that we wouldn't missed out if anything out of stock. Mana lah tahu something terrible happened kat rumah kitorang nanti. So, kitorang pun cari barang-barang sampai ke 3 kedai sebab memang betul barang yang penting semua dah out of stock. Boleh refer pada post sebelum ni macam mana keadaan malam tu.


Keseokan harinya, iaitu hari Isnin, aku memang tak tidur the whole night sebab nak study untuk exam. Sepanjang stay up tu, aku banyak baca pasal hurricane ni. And time tu jugak satu-satu notice keluar yang banyak university kat affected area ditutup. Pennstate pulak awal-awal cakap takde cuti-cuti. WAJIB datang kelas. University dibuka seperti biasa. Padahal semua kolej lain ditutup kot. Aku start cuak lepas tengok image ni.

Haha! Over je letak nama aku kat situ. 


Memang ketara sangat rupanya yang State College akan kena hurricane dari satu arah and storm dari arah yang lain. So senang cerita kena attack dari pelbagai arah. Kalau kes kena belasah ni confirm dah tumbang unless you are Bruce Lee. So I was really freaked out. Aku inform parents aku pasal apa yang akan menimpa State College (in case they dont know coz I haven't been in touch with them for a week). Then my dad said, he will monitor the weather condition at my place from time to time.


Meanwhile, I was studying like crraaaazzyyy. Time tu rasa stress gila sebab dunia ni macam nak kiamat, but kolej still berdegil taknak bagi cuti. I mean, I was about to risk my life if I go to college during this time. But stilll... Ego gila taknak bagi cuti. Time ni memang dah tekad, if anything happens to me masa nak ke kolej atau time ada kat kolej, memang aku akan saman tak agak-agak punya banyak. Orang suggest aku ponteng kelas, tapi mana boleh sebab ada exam. So sambung jela study..


Masa yang tinggal untuk study pulak tak banyak, and banyak lagi aku tak cover. Time ni dah betul-betul stress. Tambah stress lagi bila satu-satu status FB keluar yang mengisytiharkan kolej-kolej lain ditutup. Anis pun bagitahu yang kolej die buat decision last minute untuk tutup time tengahari hari Isnin tu. Aku tengok angin dekat luar rumah dah kuat gila. Memang aku takkan izinkan sesiapa keluar rumah. Haha!

Memang ketara sangat aku tengah stress time ni. Haha!


So, sambung jela study. Dah nama pun tanggungjawab as a student. Then suddenly benda yang tak disangka jadi nyata! Dalam pukul 12.30pm macam tu Pennstate keluar notice yang kampus ditutup sampai 6.00am Selasa. 


Benda yang tak pernah dijangka jadi nyata.


Time baca ni memang aku menjerit sampai tercampak buku. Puas hati! Seronok gila exam postpone. Haha! But then aku fikir... Kalau Pennstate decides untuk tutup kelas, maknanya this is soooo serious sebab Pennstate takkan sewenang-wenang n sesenang je bagi cuti. TAKKAN! So aku mula risau sebab malam tu aku kena kerja. Hurricane lak dijangka kena kat tempat aku waktu malam. Memang scary gila imagine yang aku kena redah hurricane tu semata-mata sebab kerja. No. Aku takkan amik risiko kalau babitkan nyawa and keselamatan aku.


So aku nak jugak ponteng kerja, tapi takboleh ponteng sebab nanti dapat warning. Aku tanya kawan-kawan kat twitter pasal cadangan apa alasan paling kukuh untuk mintak cuti. End up aku call untuk mintak cuti sakit. Guna alasan period pain. Nice one. Orang office lak tak tanya pape pun. Just cakap ok je. Fuhh lega gila. Taknak menggigil pulak aku time nak call tu. Aku dah la jenis tak reti menipu. Tapi ni darurat kot, so terpaksa lah.


So aku stop study and fokus dekat hurricane ni. Aku start baca-baca report, tengok video and gambar. Time tu hurricane ni about nak menyerang New Jersey and New York City. Aku cari info pasal hurricane ni. Report cakap US Gov estimate kerugian 100billion dollar untuk hurricane ni. Nasa pulak keluarkan gambar ni. Diameter taufan ni 1000mile atau dalam erti kata lain kelebaran diameter taufan ni lebih kurang 3000km besarnya. 



Another website pulak cakap ni ialah bencana terburuk dalam masa 20 tahun and lagi berganda-ganda lagi teruk daripada taufan Katrina. Besarnya taufan kali ni ialah 4 kali ganda lagi besar daripada hurricane Irene yang serang NY akhir tahun lepas. And air akan naik setinggi 9meter serang NYC. Angin pulak sekuat 300km/h. Ni memang kelajuan membunuh ok. Kalau bawak kereta and accident dengan kadar kelajuan ni mesti boleh mati. Inikan pulak angin kuat yang tak boleh dielakkan.


Time ni memang betul-betul aku jadi takut and macam prepare untuk mati lepas baca all the reports. Macam teruk gila. I was crying and crying sebab takut sangat-sangat macam ni ialah hari terakhir aku hidup. Adik aku pulak suggest aku ambik bas pergi Iowa untuk escape benda ni.. Like Iowa tu sebelah rumah aku dekatnya -.-


Time ni memang bersedia jela.. Sebagai langkah terakhir, kalaulah hari ni memang hari terakhir aku, aku order asam laksa from restoran Malaysia yang ada kat sini walaupun mahal. Huhuhuh... Like last meal gitu. Itupun makan tak lalu. Hurricane dijangka akan datang kat tempat aku pukul 3am. Tapi pukul 10pm aku dah blackout sebab 2 hari dah tak tidur sebab sibuk sangat study. Baru plan nak stay up bangun tidur sebelum pukul 3am, tapi memang tak lah aku nak bangun. Pukul 4am aku terbangun tapi tengok keadaan terkawal je. So sambung tidur sampai pukul 5.30am. Masa bangun tu, penuh gila fb and bb aku dapat notification. Atuk aku risau gila. Afir lak hantar banyak mesej sebab risau aku tak reply-reply. Adik aku pun sama. And ramai lah lagi doakan keselamatan aku. I really appreciate all your concerns. Tapi time tu penat sangat so sambung tidur balik kat ruang tamu sampai pukul 9am.


Bila bangun, aku tengok keadaan luar rumah. Semuanya terkawal. Alhamdulillah... Memang bersyukur sangat sebab Allah lindungi kitorang and kawasan aku. But at the same time kesian dekat kawan-kawan yang tinggal dekat New Jersey and NYC termasuklah Liyana Jasmay. Haha! Rumah diorang semua blackout, tapi khabarnya sekarang dah dapat power balik. Cuma masih banjir.


Bila baca news lak, macam teruk je. Or maybe tak teruk sebab media ni suka je exaggerate. Tapi yang penting semua kenalan aku selamat. Hari ni baca news, lebih 50 orang mati disebabkan taufan ni.. Condolence to those who lost their loves ones.





Kesian NYC... One of my favorite cities and the best place I've ever visited in the US :(

Btw, gambar-gambar di bawah ni ialah keadaan luar rumah aku sewaktu hurricane tengah 'mengganas'. Huhu...







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment