So ni kali kedua aku merayakan raya haji dekat US. Last year tak celebrate pun sebab takde sape bother nak celebrate? Tahun ni pun sama jugak, cuma kitorang macam usahakan jugak untuk jadikan hari ni special.
Raya nye hari Jumaat, tapi kitorang sambut hari Ahad sebab tu je masa yang semua orang can make it.
Menu rumah aku buat ialah:
Ayam masak merah
Nasi himpit
Pulut
Lontong
Strawberry cicah coklat
Puding karamel
Cream puff
Farah's special cake. *Harus letak nama special*
Makanan yang orang lain bawak:
Laksam
Egg tart
Nasi tomato
Sambal ikan bilis
Nasi putih
So here is the story about my 'special' cake. Pada asalnya plan aku terbaik je. Plan haruslah yang paling baik je. Dah nama pun PLAN. Confident gila yang cake ni akan turn out well. Satu rumah tanya aku wat kek apa, aku jawab ni cake special. (Padahal taktau nama ape) Huhhu..
Plan asalnya nak buat kek berupa macam ni..
This is called the rosette cake.
Cantik kann?
Walaupun aku dah plan baik but still macam ada rasa tak sedap hati. In case frosting aku buat nanti tak boleh hold shape ni. Sekali memang betul apa aku jangka. Cream cheese yang aku buat untuk frosting lembik. Taktahu mana silapnya. I kept adding confectionary sugar untuk kasi dia kental sikit, but tak tak hold gak acuan dia.
So we changed to plan B. Plan B ialah buat ruffle cake. Ni nama aku bagi sendiri. Lol. Rupanya ialah macam ni..
Isn't this pretty??
But no. My frosting won't let it happen. Like she hates me. Aku punya la whipped kan dia and masukkan dalam peti sejuk untuk sejukkan sikit, but still cair jugak. I spent the whole day tryna figure out how to work this frosting. But in the end it fails me. Rasa macam nak menangis bila cream tu melt. Meleleh banyak sangat sampai banyak gila tisu digunakan untuk bersihkan cream yang cair tadi.
So this is the end look.
Kecewa gila aku..
Ni warna sebenar..
However lepas aku post gambar expectation-reality tadi, so much love was poured on me bila ramai yang like and puji cake aku. Rata-rata cakap yang cake aku looks more real and yummy to eat. Ermmm hopefully tu pujian yang ikhlas ok. Haha! I dont expect people to love this cake. Thanks so much from the bottom of my heart to those who compliment this cake eventhough takdela tempting sangat physicalnya. Pengajarannya ialah, next time please use buttercream.
My cake.
Lapisan kuning ialah perisa lemon. Warna merah perisa vanilla.
Covered with cream cheese frosting.
Walaupun tak cantik tapi tetap sedap. Lol.
*puji kek sendiri*
So, sambutan hari raya hari tu went well walaupun ada kelewatan sikit. So ni ialah makanan yang terhidang..
Time ni laksam tak sampai lagi.
My personal favorite is strawberry coklat. Serious coklat tu sedap gila and bila combine dengan rasa strawberry yang manis and besar... HEAVEN.
Dengan periuk kuali semua bawak keluar. Haha!
With all of my housemates
SELAMAT HARI RAYA EVERYONE!
WEEEEE!!
0 comments:
Post a Comment