Hurricane Sandy dah seminggu berlalu, tapi still ada satu kenangan yang aku memang tak boleh lupakan. Iaitu moment beberapa jam sebelum hurricane tu berlaku.
Disebabkan ini hurricane pertama yang aku hadapi, aku memang agak takut and taktahu apa nak expect. So, I did my research and start baca macam-macam report and tengok balik hurricane yang lepas-lepas macam hurricane Katrina and Irene.
But somehow it's not a good idea.. I got so scared macam nak menghadapi mati. Aku dah start imagine rumah aku kena hempap pokok sebab belakang rumah and depan rumah ade pokok besar, aku risau rumah ni kena tiup angin sampai runtuh, aku takut wayar elektrik terputus, macam-macam lah aku takut. Sambil tu merangka apa survival plan dalam kepala. Plan dekat mana nak lari kalau rumah runtuh, kalau cermin tingkap pecah ape kena buat, kalau banjir apa nak buat. Something like that lah. Siap prepare barang sebelah katil dengan passport in case anything happened, barang tu lah yang diangkut keluar dulu.
But then aku still takut jugak. Dalam kepala aku fikir, kalau tu merupakan last day aku jumpa family aku, Afir and kawan-kawan macam mana? If anything jadi kat aku macam mana? Then aku bangun and tengok tingkap. Angin serious kuat gila. Memang aku tak berani nak keluar langsung. Sambil tu aku BBM dengan Afir. Dia risaukan aku jugak, so aku suruh dia tenangkan aku.. So we decided to skype.
Bukak je video skype, aku macam tak cakap pape terus nangis. Nangis sebab takut yang amat. No, bukan nak gedik. Tapi memang time tu aku takut sangat-sangat. So Afir pulak main gitar and nyanyi untuk aku so that aku jadi relax and chill sket. Dua jam aku nangis ok. Kalau nangis lama camtu maknanya memang real-real lah tu.
But then time dia main gitar, dia dapat idea untuk buat satu lagu. So, time tu jugak dia bawak keluar pensel and kertas untuk tulis lirik.. Then main gitar untuk cari bunyi. Aku rasa agak sejam dia main gitar ulang lagu tu. Yang lawak sambil dia main gitar, airmata aku still tak stop lagi. (-.-") Bila dia dah siap lagu tu, dia pun rekod. Aku rasa dia rekod lama gila sampai aku dah tertido mimpi dah macam-macam pun still tak siap lagi.
Bila dah siap, dia send lagu tu kat aku. Sedap pulak. Bila dengar taktau nak happy ke nak sedih. Tapi rasa seronok sebab dapat lagu baru! Haha.. Walaupun dah banyak lagu dia tulis untuk aku, aku rasa ni special sikit sebab lagu ni dicipta untuk tenangkan aku yang tengah takut. So inilah lagunya...
0 comments:
Post a Comment