Semenjak kebelakangan ni, aku sentiasa aware mengenai post yang aku tulis. Aku risaukan keselamatan aku and people around me. Bukan aku cakap pasal kes stalking yang bodoh-bodoh tu. No. Aku cakap mengenai threats, atau stalk yang membawa kepada something serious. And start dari semalam aku khatamkan balik blog aku ni. Aku baca balik all posts daripada awal sampai akhir and tapis. Dulu memang aku tak aware sebab dulu cara penulisan aku tak matang, more to personal stuff, maybe boleh exposekan orang lain dalam bahaya or boleh menimbulkan fitnah.
But setelah lama aku blogging ni, aku dah makan asam garam. Haha! Walaupun aku bukan blogger tegar, jauh sekali famous, tapi keselamatan haruslah diutamakan. Aku dah delete beberapa entry yang agak personal. And ingin aku peringatkan kepada sekalian pembaca, atau adik-adik yang ada blog untuk turut sama cek balik and tapis post yang lama-lama tu. Could be someone is looking after you. That could be dangerous, do you know that?
So here are some tips untuk elakkan perkara macam tu terjadi.
- Jangan sesekali post gambar keseluruhan rumah kita. Atau gambar luar rumah. Lagi-lagi gambar yang ada nombor rumah atau alamat rumah. For example, jangan bagitau dekat blok mana kita tinggal, kawasan perumahan apa. Kalau boleh jangan bagi clue kepada pembaca. Bahaya sangat yang ni.
- Jangan pamerkan no plat kenderaan.
- Jangan sesekali tunjukkan info-info personal seperti no telefon, no ic.
- Limitkan gambar keluarga dalam blog. Bukan lah kata jangan tunjuk langsung. But limitkan. Info pasal diorang pun jangan bagitau detail.
- Post pasal cinta- Elakkan upload gambar belangkas bersama pasangan. Aku pernah tengok kawan-kawan aku upload gambar bercium, berbaring atas katil sama-sama, berpeluk sakan... This is soo wrong ok! Benda ni boleh makan kita balik in the future kalau ada orang lain guna untk sabotaj kita.
- Kalau boleh once kalau dah break up, hentikanlah cerita pasal ex atau keburukan dia.
- Kurangkan tunjuk kelemahan sendiri dalam blog. Could be ada potential employer terjumpa link ke blog kita and tengok semua tu. Habislaahhh..
- Jangan kutuk or mengumpat orang dalam blog.
- Elakkan menulis pasal racism, discrimination and prejudice mengenai orang lain.
Bagi aku, banyak yang entry aku tarik balik tu sebab menunjukkan kebodohan diri sendiri, beberapa cerita pasal tunang aku, pasal benda dulu-dulu yang dah tak relevant dengan sekarang ni. Adelahhh.. Haha!
Aku jugak pernah menerima beberapa threats sepanjang menulis blog ni. That's why kalau korang perasan, dah tak banyak entry personal aku ceritakan. Semua ni untuk protect diri sendiri and orang sekeliling aku. Gambar diri sendiri pun aku dah kurangkan upload sebab taknak lah jadi vain. Aku sedar aku dah tua. Haha! Tak semengah betul umur-umur macam aku ni nak buat duck face, tonggeng sana sini. Tak manis. Orang tengok pun meluat. Betul kan?
Dari segi penggunaan bahasa pun aku dah kurangkan guna perkataan kasar. Sebab sekarang ni blog ni dibaca oleh semua peringkat umur. Adik aku and kawan-kawan dia baca, kawan-kawan parents aku, saudara mara. Bukan setakat kawan-kawan kita je. So malulah kalau kita bercakap kasar dekat sini. Malu keluarga. Penggunaan aku-kau pulak aku susah nak ubah sebab aku tak selesa guna kata ganti diri lain. Rasa macam fake sangat. So maaflah kalau ada yang tak suka.
Next, sentiasa lah proof read and tapis dulu entry kita sebelum di publishkan. Aku akui kadang-kadang aku malas nak baca balik apa yang aku tulis and terus confident publish. Tapi tak lama lepas tu mesti aku baca balik and ubah mana yang patut. But it's better late than never.
And last but not least, jauhilah internet, social media and blog ketika kita dalam keadaan marah sebab perasaan tu akan mempengaruhi tindakan kita. Elakkanlah bermusuh, and gunalah medium ni sebagai perantara untuk kemukakan pandangan and cari kenalan baru.
0 comments:
Post a Comment