Halooo semua orang!!! Hari ni aku sangat exciteddddddd... Sebabnya aku try something new and it works like hell! So aku masih dalam mood happy ni, better aku cerita sekarang. Kalau tunggu lama-lama nanti lemau pulak..
Baru-baru ni muka aku naik jerawat banyak gila. Tak pernah seumur hidup aku naik jerawat banyak macam ni. Banyak faktor kenapa terjadi. Secara ringkasnya, aku malas cuci muka sebelum tidur, makan banyak sangat coklat, kurang minum air, tak exercise, stress tinggi sangat, kurang tidur (kadang-kadang memang tak tidur langsung), tukar brand makeup baru, pakai scrub time kulit tengah active berjerawat, selalu sentuh kulit muka, pecahkan jerawat, and macam-macam lagi bad habit yang menyumbang kepada penghijrahan jerawat ke muka aku. This is sooo bad ok. Silalah jangan buat perangai macam aku.
Then I freaked out gila bila jerawat naik and makin naik. Kulit aku jenis kalau naik jerawat, jerawat tu deep under the skin and memang tinggal parut yang ketara sangat. Kalau sekali jerawat naik, memang susah nak hilang. Maybe satu jerawat tu about 2 months baru hilang. This is horror ok.
So, banyak jugak benda aku buat untuk help fight these acnes. Mula-mula sekali aku kurangkan habit aku yang tak elok tu. So this is basically what I did.
- Rajin cuci muka
- Kurangkan makan coklat
- Minum air banyak-banyak
- Exercise
- Kurangkan sentuh kulit muka
- Stop scrub muka time ada jerawat
- Kurangkan pakai makeup. Kalau pakai pun, just pakai loose powder.
That's all the basics lah. Kalau tak buat, memang susah jerawat nak hilang. Then I could say, produk pencuci muka yang aku pakai hari-hari pun sesuai dengan muka aku, so sangat membantu. Aku pakai 3-steps from Clinique. So far memang bagus. Once I started using these products, memang dah taknak tukar yang lain.
Selain tu, aku rasa produk lagi satu aku pakai ni memang berkesan gila and it's sooo cheap. Cheap gila but it works like magic! Ubat jerawat ni diperbuat daripada semua bahan natural. So far aku takde pape alahan. Seriously, kepercayaan aku kepada apa-apa produk untuk acne dah hilang, sebab most products made my skin breaks out even more. But this product works just nice. Kan aku cakap before this jerawat kalau singgah kat muka aku tahan stay dalam 2 bulan, but since aku pakai produk ni, jerawat hilang dalam tempoh seminggu or less. Hebat kan? And nak tahu apa lagi hebat? Harga dia cuma USD1. Bammmmm...!
Zit Zapper from e.l.f
Andddd I think this is the best. Beberapa hari lepas aku ada buat research pasal how to treat acne secara natural, guna ingredients yang boleh didapati dari dapur. (Padahal sebenarnya duit dah habis). Then aku encountered dengan satu facial mask ni yang diperbuat daripada serbuk kunyit. Mula-mula macam agak suspicious lah sebab takut warna kuning kunyit tu akan stay dekat muka. But somehow bila campur dengan tepung beras, campuran tu buat warna kulit tak melekat dekat kulit. So, I gave it a try and guess what... That is the best decision I've made in my life!
Barang-barang dia senang je and memang dah cukup semuanya ada dalam dapur rumah aku. Cuma tinggal nak mix kan je. But sebelum tu aku cerita dulu apa khasiat dia kepada kulit. Facial mask ni boleh hilangkan kedutan, sembuhkan jerawat and prevent dia tumbuh lagi, hilangkan blackhead, kecikkan pores kat muka, bagi kulit glowing, and lembapkan kulit. Tu based on apa aku baca lah.
Tapi based on pengalaman aku sendiri, dia memang bagi kulit muka aku glowing. Macam pink pink putih camtu. Second thing yang aku perasan ialah kulit aku sumpah lembut gila lepas dah cuci muka. Tak pernah rasa lagi kulit selicin ni, even compare dengan scrub aku sebelum ni pun takde lagi yang result selicin ni. Memang serious aku happy. Rasa macam kulit baby... Then aku perasan dark circle around my eyes dah hilang!! Serious aku amazed gila sebab eyebag and dark circle aku sebenarnya agak ketara. Then bila aku sentuh kulit bawah mata, rasa licin sangat. Selama ni aku punyalah mencari jalan macam mana nak kecikkan pores yang berbintik-bintik timbul bawah mata tu, tapi tak pernah found the right product. Senang cerita, since aku umur 13tahun, kat area tu tak pernah pores mengecil, but semalam first time ever aku sentuh dah tak rasa pores yang timbul tu lagi dah.
Bila aku cek dekat cermin aku yang boleh zoom 10x ganda tu, memang ketara pores dah kecik. Bab jerawat lak tak tahu lagi, kena tunggu seminggu. I will update later. But so far, dengan apa yang aku alami sekarang, aku dah cukup berpuas hati. This is more than what I expected! Sebenarnya ini ialah rahsia kecantikan wanita India. Memang tradisi diorang sebelum berkahwin, dorang akan lumurkan serbuk kunyit and minyak almond satu badan so that badan akan glowing and bagai-bagai macam aku sebut tadi. And plus point, taktau lah betul ke tak. Dengan pemakaian kerap, boleh reduce kan bulu pada badan and muka. Ni based on apa aku baca. Oh well..
Max pakai 2 kali seminggu. Jangan selalu sangat. Kalau aku, aku pakai 30minit. Should be less than 30 minutes sebenarnya. Sebelum pakai, kalau boleh cuci muka dulu dengan cleanser, then cuci muka guna warm water. So this is the recipe!
2 tablespoon tepung beras
1 tablespoon madu
3/4 teaspoon serbuk kunyit
About 2 ke 3 tablespoon susu, atau sampai adunan ni jadi pekat and macam paste. (jangan cair sangat)
* Kalau cair, tambah lagi tepung beras
Itu sahaja! Senang je. Dengan resipi ni, muka aku tak jadi kuning pun, sebab tepung beras tu ada agen pemutih muka, so somehow taktahu lah chemical reaction apa, dia buat warna kuning tak melekat pada jari and muka. Biasanya aku apply mask ni pada muka and leher sekali. And make sure jangan kena pada baju time nak cuci muka.
Now hanya tinggal parut jerawat. Yang ni aku still tak treat lagi. But aku dah order aloe vera gel, cuma delivery sampai next week so tunggu jela. Aloe vera memang kaya dengan Vitamin E which is good for your skin. Untuk melembapkan kulit, treat sunburn, and hilangkan parut. So I think it should work on me well, sebab aku beli yang 100% aloe vera gel.
Ok itu sahaja membebel banyak-banyak harini. Sorry tak provide gambar sebab memang takde gambar yang appropriate for public pun. Lol. But trust me, aku memang rajin jaga muka sejak kes jerawat ni and it's getting better dalam masa seminggu je. So I hope this should work on you guys jugak. Bab facial mask tu serious korang kena try! Miracle sangat! Ok bye!
0 comments:
Post a Comment