Mari Dapatkan Rambut Yang Sihat!

Ok, rehat daripada study kejap. Kali ni aku tak kedekut ilmu punya. Marilah sama2 memiliki rambut yang sihat bebas daripada menggerbang, kekeringan, kekusaman, keguguran dan pelbagai masalah lagi. Di sinilah pertolongan daripada Dr. Farah amat diperlukan.


First of all, jangan percaya cakap iklan syampu macam Rejoice, Sunsilk dan segala macam yang lain sebab mereka penipu besar. Siapa cakap cara nak dapatkan rambut cantik hanya dengan gunakan syampu je or lagi teruk, guna jari je? Hahahah! Palehotak die. Sumpah bodoh. Jangan tertipu. Dekat sini, aku sertakan pelbagai tips untuk dapatkan rambut sihat. Bukan ciplak daripada magazine, tapi aku sendiri yang dah cuba and amalkan.

1. Gunakan syampu DENGAN pelembab. Jangan beli shampoo cikai2 macam dekat Mydin. Biar mahal, asalkan berbaloi. Contoh: Aku gunakan syampu Dove sekali dengan pelembab dia sejak 4 tahun yang lepas. Korang patot try. Sangat lembut. Gunakan pelembab selang sehari or dua hari.

Ingat ye, dengan pelembab sekali.

2. Jangan ramas2 rambut dengan kasar guna towel lepas mandi. Ini akan menyebabkan rambut korang frizz and kasar. Just balut rambut dengan towel sudah.. Berkesan je.

3. Bawak lah gunting ke mana2 je. Kalau bosan, potong lah hujung rambut rosak yang tak best tu. Sangat berkesan ketika dalam kelas yang leh wat aku tido. Peringatan: sesuai untuk perempuan yang tak bertudung je. Kalau yang bertudung pun nak buat gak, susahlah.. And cover2 la sikit kalau buat.

4. Cuci sisa syampu guna air yang sejuk. Boleh buat rambut korang licin.

5. Jangan biarkan rambut terdedah dengan aircond or cahaya matahari terlalu lama. Kalau terpaksa, sila pakai serum rambut or apa2 krim pelembab before keluar.

6. Jangan sesekali tidur or pakai tudung dengan rambut basah. Kalau tak nanti rambut akan serabai gile and rasa tak best langsung. Cara mudah, duduk lah depan kipas selama 15 minit. Dijamin lepas 15 minit, rambut akan kering and bolehlah korang tido.

7. Korang tahu kan rawatan stim dekat saloon? Memang lah mahal, tapi cara yang murah untuk dapatkan hasil tu banyak2 kali ialah korang just beli je dia punya krim yang digunakan untuk proses stim tu and pakai dekat rumah selang seminggu. Memang krim tu pun mahal, tapi lagi save duit daripada pergi rawatan tu dekat saloon banyak kali. Kalau buat sekali memang takkan jadi. Kena buat banyak2 kali. Contoh: aku pernah beli and krim tu tahan sampai setahun. Memang best!

8. Jangan ikat rambut ketat2. Nanti berbekas, serius tak lawa bila bukak balik ikatan tu.

9. Jangan selalu sangat apply heat dekat rambut macam nak curl ke, nak keringkan ke. Sangat tak bagus. Itu ialah jalan singkat kepada kerosakan. Kalau nak buat jugak, make sure pakai ape2 serum before buat.

10. Biasakan syampu rambut pada waktu malam and keringkan before masuk tidur. Sebelum tidur tu, pakai serum. Esoknya bila bangun, serius rambut jadi macam rambut Beyonce. Tak tipu punye.

Beyonce: Ye, betul tu!

Fyi, aku start jaga rambut aku lepas color rambut awal tahun ni. Sejak amalkan tips2 dekat atas ni, rambut aku makin sihat pulak. Serius korang patot cuba. And, ingin aku tekankan yang serum rambut tu sangat penting tak kira lah korang pakai tudung ke tak. Memang berbaloi! Hik hik hik!

P/S: Cara korang pulak camne?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment