Semenjak Mereka Pergi...

Tanggal 5 Julai merupakan tarikh yang sangat bermakna untuk aku.
Sebab! Tarikh ni merupakan hari
HOUSEMATES AKU KELUAR DARI RUMAH UNTUK SELAMANYA!!!

Perghh.. Siapa tak gembira weh.. Potong jari la kalau aku tak hepi. Siap menari poco2 lagi bagi meraikan kepergian mereka..

Tetapi..
Tak bermakna diorang keluar macam tu je.
Bak kata pepatah melayu, "harimau mati tinggalkan belang"
"housemates keluar meninggalkan sampah"

Haihh.. sampai bilalah korang nak belajar yang tempat buang sampah ada dekat depan lif, tong sampah ada dekat dapur, dan sinki bukanlah tempatnye untuk buang sisa makanan.

Apa2 pun, aku tetap redha.. Pengalaman yang menyakitkan hati selama setahun ni betul2 membuatkan aku sabar dan memahami. So, aku n Laila pun kemas saki-baki yang diorang tinggalkan untuk kitorang.


Hasilnya, lima plastik sampah hitam aku jadi mangsa. Yang menyedihkan, aku terpaksa mencemar duli aku buat seketika sebab nak kemas toilet diorang tu. Haha! Tapi takpelah, walaupun penat, aku sangat puas hati.

Dan nasib baik En. BF teman aku malam ni. Haha! Fuhh.. Hilang semua penat!

Hasil lepas dah kemas. Dah macam hotel pun ada. Haha!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment