Weekend Paling Cemerlang!


Haha! Memang seronoknya weekend ni!

Ok, meh sini aku ringkaskan cerita. First cerita yang pasal aku keluar dengan Afir malam hari Jumaat tu. Pakai baju kurung siot.. Sumpah nak jadi macam ayu je. :D Dia bawak aku pegi jalan2 and kitorang makan dekat restoran tempat kitorang keje dulu. Siyes dah banyak perubahan dekat restoran tu. Ye ar, kata pun lama tak lepak situ.

Then terjadi lah kes langgar side jalan tu. Yang tu aku dah cerita, so x payah cerita lagi. Tapi malam tu aku kasi dia hadiah birthday die yang dah lepas berbulan2 yang dulu. Kasi kasut sneaker je. Hehe! Dia suka ar.. (berani2 la kalau kata tak suka) So, dia pun pakai kasut tu on the next day, hari Sabtu time kitorang pegi Taman Tasik Perdana kat KL.

Ade cite bodo sket yang jadi antara aku dengan ayah aku time nak pegi jumpe dia hari jumaat and sabtu tu. Time hari jumaat malam aku nak jumpe Afir, aku cakap dekat ayah aku. Ayah aku cam tanya "Yang kau pakai lipstik ni, nak kuar dengan dia pegi mana?" Adoyai.. malu aku. Aku kata la tu lipstik siang tadi. (actually memang aku ade touch up sikit pun. asal la ayah aku leh perasan pulak)

Then, hari sabtu pulak, aku nak keluar lagi dengan Afir sebab nak teman die pegi buat photoshoot. Ok, kali ni aku dah tak pakai lipstik. Aku pakai bedak je. So, berjumpa lah aku sekali lagi dengan encik ayah nak minta izin. Now ayah aku tanya "Ni yang pakai make up apesal pulak?" Adoyai ayah... Malu la aku lagi sekali. Tak boleh jadi ni. Dapat keluar dengan Afir, tapi aku padam balik bedak kat muka aku. Haihh.. Malu..

Tapi seronok keluar dengan dia. Haha! Bagus. Dah lama aku tak pegi Taman Tasik Perdana tu. Last time pun time form 1 kot. Tu pun setakat main2 dekat taman permainan die. Hehe! Pape pun, thanks la Afirrrrr... (malu nak cakap lebih2) Heeee... :D

Next, pegi rumah Mak Uda aku pulak. Ni nak pegi menziarah rumah baru dia. Cantik gak la. Depan Hospital Selayang je. Pastu malam tu pegi makan dekat kedai satay Mak Ita aku pulak. Perghh.. Sedap! Haha! Yang tak boleh blah, anak2 sedara aku dok beli gula2 zaman aku kanak2 yang dah rare sekarang ni. Rindu siot. So, memang sume pakat kena paw ar daripada aku. Heheheh..

Ahad pulak, cam biasa, aktiviti memasak lagi bersama mak n abang aku. Kitorang masak 4 jenis. 3 italian, 1 american. Aku taktau nama2 makanan tu ape. Yang penting satu, kitorang masak macaroni and cheese bakar and pumpkin pie. Sedap tak terhingga! Kalau macam ni, tiap2 kali aku balik rumah, memang heaven ar. Membesarkan perut je. Ahhahahah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment