Asal nak pi holiday je, mesti associate dengan duit.
Well, kalau banyak duit dalam poket, seronok gila lah.
Even nak tempah Paris Hilton pun just a call away.
Masalahnya sekarang, bila tak banyak duit jangan la banyak cerita.
So, evethough aku dibekalkan dengan duit belanja yang mencukupi untuk
menjalankan aktiviti shopping dekat Aussie, aku ambik langkah bijak untuk
berjimat cermat.
Ye betul tu... Tak tipu punye.
Demi menjaga hasil dalam poket supaya tak mencurah-curah bagai di ladang gandum,
aku cuba sematkan azam untuk taknak bershopping masa kat Aussie.
Dengan confident nya aku cakap benda tu kat Afir.
Bapak baik kena menganjing, tapi takpe.
We'll see..
Cobaan pertama dalam flight from KL to Gold Coast.
Flight pukul 9.30 malam. Dah la sebelum tu tak lunch, tak dinner.
Tapi try gak taknak order makan dalam flight 9jam sebab dah set dalam kepala otak yang makanan dalam flight tu mahal.
Tapi alih-alih bila tak tahan sangat, aku nak makan jugak.
Tapi order Pringles je. Gila baik laa tahan lapar!
Then sampai kat kedai-kedai tengok barang banyak comel-comel.
Tapi sebab dah tekad taknak shopping, aku tak beli pape untuk diri aku.
Instead, aku banyak belanja beli barang-barang souvenir nak kasi family and kawan-kawan.
Cewahhh, sejak bila pandai utamakan orang lain ni??
Aihhhhh...
2 hari beturut-turut aku dapat tahan sabar.
Ntah dari mana kekuatan tu datang..
Masuk je hari ketiga, memang dalam plan nak pergi Harbour Town, tempat shopping.
Perghh, time ni lah boleh kalah.
Harbour Town
Cisss, dugaan pertama~ Cotton On.
Afir memang sedia paham yang kedai tu merupakan kedai feveret saya.
Bila masuk kedai tu je, mak oiii...
Tengah clearance sale.
So, mostly barang-barang dia jual around $2-$10 je.
Bapak murah!
Time aku tukar duit, duit AUD1 bersamaan dengan RM3.017.
So, apa lagi, borong selagi boleh.
Bukan sekali aku pergi, dua kali pulak tu masuk kedai sama.
Yang kali kedua sebab nak habiskan duit.
Dah la pekerja kedai tu nice gila, tu yang semangat tu.
Bayangkan jela, harga baju Cotton On kat Malaysia around RM45 boleh jadi AUD5 je kat sana..
Meleleh air liur..
Yang baju harga RM70 jadi AUD 10..
Yang tak boleh blah, ada satu tank dress tu corak animal print harga dia AUD2 jerrrr...
Bersamaan dengan RM6.40 laa..
Kat Malaysia jual baju tu RM65 kot..
Menangisss.....
T_T
Kasut-kasut pun sama.. Dia jual lelong AUD3 jerr?
Dekat Malaysia harga dia RM45 satu kot. Kalau beli dua, dapat la RM60.
Tapi kat sana berganda-ganda murahnya...
Kenapa lah dekat sana sangat heaven..
Dengan AUD70, aku berjaya dapat
11 baju
2 beg
3 kasut
1 sunglasses
1 selipar
Some of the things yang aku beli..
Tapi jangan percaya sangat apa yang aku cakap.
Harga camtu applies dekat kedai Cotton On dengan kedai yang seangkatan dengan dia je.
Banyak gak kedai-kedai lain yang harga dia mahal.
Well, kalau ikutkan harga AUD memang la bagi diorang murah.
Maksud aku, bila dah tukar ke ringgit, mahal la jugak.
Kiranya cam better lah shopping kat Malaysia.
Macam kedai Roxy, Quiksilver, Nike, Adidas semua tu harga bila convert ke RM, lebih kurang sama je macam harga kat Malaysia. Even Malaysia lagi murah.
So, ada baik and buruknya jugak laa..
Geleng kepala Afir tengok aku shopping.
Berapa banyak kali dia ungkit ape azam aku earlier..
Duhhh.. Benda bukan selalu dapat.
Bersabarlahh.. Hikhikhikhik..
Nasib baik dia tolong pegangkan beg-beg shopping semua..
Haha! Kurang beban sikit..
So, conclusionnya, memang puas hati betul la.
Just because kedai feveret saya ada sale yang menggilak.
Kalau tak, bosan je kot shopping.
Lagi satu, kat sana tak banyak makanan halal.
So, banyak ikat perut la, tahan air liur.
Tapi nasib baik kedai masakan Malaysia kat sana sedap.
Mahal pun, mahal laa..
Yang penting puas hati dapat nasi.
Ekekekekekekekkk....
0 comments:
Post a Comment