Siapa yang taknak jadi pandai?
Aku ada tips macam mana nak dapatkan result yang consistent cam haremmm.
Macam aku.
Kepada yang sedia hebat, sila elakkan daripada baca post ni.
Hari ni aku nak share tips-tips belajar cara aku.
*Jangan expect cara ni cam Amalina 17A tu*
Duhhhh...
1. Ok, cara pertama untuk dapatkan result cam aku ialah cuba jangan baca buku awal-awal.
Bila lecturer/cikgu kata baca buku, ignore je depa tu. Bukan kata jangan baca buku langsung. Maksud aku, kita baca bila dekat nak test atau exam je. Kalau nak menyedapkan hati, selak-selak jela page by page. Usha gambar pun seronok gak.
2. Cara kedua ialah walaupun tak baca buku, cubalah fokus je apa yang cikgu cakap. Sekali-sekala bukak lah mulut dalam kelas. Keluarkan lah pendapat sikit. Kalau takde pendapat pun, just kata "Good Morning Miss" pun dah cukup dah.. Dengan cara ni, paling-paling koman, mesti lecturer tu akan ingat nama korang. (Nanti senang dapat markah participation lebih)
3. Seterusnya, dapatkan past sem question dari kawan-kawan yang rajin lagi bijak pandai. Hal ini demikian kerana dengan adanya paper-paper tu, korang boleh either meniru assignment/report diorang, atau dapat soalan yang bakal dikitar semula oleh lecturer tu dalam test yang akan datang. Serious berkesan! Paling tak pun, dapatkan nota lah. Senang nanti korang nak ponteng kelas tanpa rasa bersalah. Semua sebab nota dah tersedia ada dalam bilik tanpa perlu attend kelas.
4. Tapi tak bermakna boleh ponteng suka-suki je. Tak bolehh.. Takut nanti kalau selalu ponteng, confirm kena target baik punya from lecturer. Better jangan. Bila once dah kena target, ada certain lecturer sangat BIAS dalam pemberian markah. Gerammm... Ingat, jangan sampai anda ditarget lecturer garang.
5. Aku sarankan, kalau nak ponteng biarlah reason tu berasas. Macam kot kalau ada test subjek lain dalam hari tu, boleh la skip kelas lain kalau rasa-rasa nak masa study lebih. Hidup student ni, kena ar berkorban sikit.. hik hik hik.. Untung-untung boleh pulun lebih sikit untuk test tu.
6. Ni, nasihat emas ar. Memang aku praktikkan setiap kali ada test yang kencang. Selalunya terjadi time-time final exam. JANGAN TIDUR A NIGHT BEFORE HARI YANG ADA PAPER. Reason kenapa? Ok, merujuk kepada point nombor 1, kan dah mention yang kita takyah study. So, time last minute ni lah kena cekau habis. Serious cakap, habis-habisan punya. Takde toleransi. Btw, make sure stok Nescafe mencukupi.
7. Masa yang terbaik untuk study bagi aku ialah around pukul 2am-6am. Sebabnya time ni lah semua housemate akan tidoq, so takde gangguan bunyi tv atau hilaian ketawa yang annoying. Time ni bagus sebab bila penat balik kolej, takyah study. Tidur dulu. Pas tidur, bila dah fresh sume, baru study. Sejuk-sejuk je.. Ishk!
8. Jangan cari budak yang gila glamer untuk bekerjasama dalam group project. Ye lah, dah nama gila glamer tu, gila glamer lah jugak. Kerja macam haram.
9. Library bukanlah tempat study. Library ialah tempat perjumpaan kawan-kawan diadakan. Bukan maksudnya aku disrespect library. Cuma aku takde mood dok study dalam library. Pengalaman jadi Pengawas Pusat Sumber selama 7tahun dah cukup untuk wat aku muntah-muntah kalau study dalam library. Tempat yang selalu dituju untuk study: Surau.
10. Tips ni paling berkesan sekali. Walaupun berkesan, aku susah sangat nak praktikkan. Jangan mengumpat cikgu-cikgu yang mengajar kita. Takut sangat ilmu tak berkat atau cilaka datang. Ishkkk susah betul lah nak follow rule ni. Aihhh berat~
Anyways, sekarang dah masuk cuti sem dah pun. Aku pun taktau mengapa aku melalut macam ni.. Hurmmm..... *tengah pikir*
0 comments:
Post a Comment