Jenis Hujan Yang Disukai


Oh hoh hoh hoh...
Kat sini aku nak cite pasal feveret band aku,
HUJAN!!!

Kalau nak tahu, aku sangat gilakan band ni..
Terutamanya vokalis dia, Noh.
Lead guitar die pun layan gak, si AG tu.
Perghh, kencang la weh dia main!

Kalau tanya kenapa aku suka band ni..
Actually start aku suka band Hujan ni time
aku form 4, tahun 2007.
Masa tu time tengah lepak dengan kawan baik aku, Hajar.
Dia bagi aku dengar lagu 'Meninggalkanku Sendiri'
demo punya.

Aku dengar cambest gila.
Suara si penyanyi tu macam radio rosak.
Style dowh!
Aku tanya member aku tu apa nama band tu...
Dia pun taktau.

Kat rumah, aku dengar satu lagu yang sedap abang aku pasang kat komputer.
Lagu 'Lonely Soldier Boy'.
Aku dengar suara sama je cam lagu yang Hajar pasang tu.
Baru tau yang nama band tu Hujan.
Time tu dorang tak femes lagi pun.
Memang underground habis.
Since that aku dengar semua lagu Hujan
and start syok kat Noh.

Masa November 2009,
Tu first time pegi gig diorang.
Itu pun sempena tour album 'Mencari Konklusi'.
Gila ramai la. Penuh KL Live Centre tu.
Then sesuatu yang memalukan jadi.

Disebabkan aku duduk depan, aku taknak tukar tempat.
View dari tempat aku berdiri terbaik dah.
Betul-betul depan and center.
Tapi badan aku cepat lemah.
Lepas 2jam layan concert, aku dah start lelah.
Tau-tau aku terpengsan plak kat situ.
Nasib baik kawan abang aku berjaya grab lengan aku cepat2
supaya tak jatuh tengah orang ramai tu.

Abang aku bawak aku kuar dari crowd, bagi aku minum air.
Lepas duduk-duduk jap, aku dah start fresh balik.
Tapi dah takut masuk dalam crowd.
Noh perasan yang aku pengsan, dia puji orang yang tolong aku.
And dia puji semangat aku, dia cakap kat microfon ok.
Aku dah kembang kempis time tu.
Bangga la noookkk!

Muka baru lepas pengsan


After that, ada wartawan interview aku, abang aku ngan kawan dia.
Mintak kitorang bagi review concert tu.
Aku yang jujur, bagi 4bintang jerrr..
Ngokngek betul.
Konsert tu kencang gila kottt!!
Then, tau-tau muka kitorang kuar kat Astro Box-office.
Hahahahahahah...

Ni buktinya..


Tahun ni plak, mak aku terlibat dalam
konsert Hujan vs. Bunkface.
Mak aku bendahari konsert tu.
So, masa press conference untuk promo,
aku ngan adik-beradik aku pun follow.
Perghh, time ni la aku bersembang jap ngan Noh.

Gila cool la dia sign beg aku.
Semangat tu singgah jap kedai depan beli marker untuk
dapatkan autograf dia pada beg aku.
Oh hoh hoh hoh..

Aku and adik-beradik aku dengan Noh.

Time ni ngah bermesraan dengan Noh.. Ohohohohh..

Ni haa yang dia sign tuuu..

Sekarang ni, album baru dia dah keluar.
Tajuk album: Lonely Soldier Boy.
Lagu yang terbaik bagi aku
-Bahgia
-Sentiasa Ada
-Kita Tak Peduli

Oh hoh hoh hohh..
Bagi aku lagu Hujan yang palig layan sekali,
lagu Mencari Konklusi, Empayarmu, Kotak Hati, Hampir,
2nd Airwave, Obsesi, Sangkar Besi di Hatiku.

Ikutkan semua lagu aku layan, susah gak nak pilih yang terbaik.
Memang cool la Hujan.
Suka gila kott!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment