Medical Check Up di Klinik/ Hospital Kerajaan

Tujuan aku tulis ni adalah sebab nak bagi info kepada sesiapa yang google untuk dapatkan info pasal perkhidmatan medical check up dekat hospital kerajaan. Takdelah banyak sangat info, tapi sekadar membantu apa yang mampu.


Salah satu requirement yang aku kena buat untuk lanjutkan study ke US nanti ialah buat medical check up. Yang ni full check up termasuklah x-ray, ambik darah, macam-macam lagi yang aku dah lupa. Aku lengah-lengahkan untuk buat checkup so agak kurang bernasib baik lah. Sebab kalau nak buat medical check up di hospital kerajaan kena daftar minimum sebulan sebelum appointment. (Ni seingat aku lah)


Nak pergi HKL, dah tak sempat sebab nak kena buat appointment and tunggu 2 minggu untuk dapatkan result. Nak pergi hospital swasta pulak, rata-rata member aku cakap kena bayar dalam RM155 - RM300. Mungkin lah agak mahal, tapi satu hari je dah boleh dapat result. Aku takde hal nak pergi klinik swasta, tapi mak aku kata better pergi dulu klinik kerajaan, tengok dulu macam mana. Apa yang boleh jimat duit tu, berjimat lah


So, seawal pukul 8.15am, aku gerak ke Klinik Kesihatan Batu Arang. Gila lahh, belum apa-apa dah penuh gila orang. Crowded and seat semua dah penuh. (Padahal seat memang ada banyak) Memula aku pergi kaunter pertanyaan, tanya boleh ke buat medical check up? Then nurse tu kata medical check up tak boleh buat hari ni sebab doktor takde. Dia suruh try telefon hari Khamis ni untuk tanya lagi kalau doktor ada ke tak.


Aku dah pelik dah. Kata klinik kerajaan, tapi doktor pun takde?


Perkara tu membawa aku ke Klinik Kesihatan Sungai Buloh pulak. Klinik Sungai Buloh ni agak jauh, plus this is the first time aku dengan abang aku pergi sana. Bila jejak je masuk klinik tu, lagi ramai gila orang. Kalau aku kata Klinik Batu Arang tu penuh, kat sini triple penuh. Nak tanya orang dekat kaunter pertanyaan pun kena beratur panjang. Imagine jela. Serious aku dah short macam ni. Macam takde harapan je nak siapkan hari ni.


Dah lah akak yang jaga kaunter tu rude gila. Patut ke dia marah-marah nenek tua yang beratur depan aku? Cakap nak tengking-tengking je and takde eye contact langsung. Pelik betul. Bila aku tanya kat mana boleh buat medical check up, dia suruh aku pergi ke Bilik 7 and beratur dekat situ.


Bila sampai ke Bilik 7, aku macam tercengang sebab besar-besar ada sign tulis dekat atas pintu bilik tu, KECEMASAN. Biar betul buat medical check up dekat bilik kecemasan? Aku round-round kejap nak cari kalau ada bilik no.7 yang lain tapi takde pun. So, aku pun ambik nombor giliran dekat luar bilik tu, tapi terbaca notis yang kata kena ada appointment baru boleh buat. Serious aku taktau kena buat appointment.


Then tiba-tiba ada sorang doktor hensem keluar daripada bilik no.7 tu. Aku tanya la dia, kat sini ke tempat buat medical check up and kena buat appointment dulu ke? Doktor tu tanya aku, aku nak sambung belajar dekat mana, then terus dia suruh aku masuk bilik. Perrghh, time ni ingatkan doktor tu nak buat kebajikan dengan bagi aku potong line. Gila happy la.


Kat dalam bilik tu, ada sorang nurse suruh aku duduk. Then dia belek-belek borang medical check up aku. Lepas dah habis belek, dia kata kena buat appointment. Minggu depan kena datang balik. Then dia tambah, "Boleh siap 10. 2bulan." Aku tak faham apa dia cakap (-.-) So aku tanya, "Apa dia, 2 bulan ye baru dapat result?" Then dia kata yuppp, bulan 10 nanti baru dapat result."


Gilaaaa apa lama sangat? Aku rasa kalau ada orang sakit kanser nak buat medical check up dekat situ, by the time result tu sampai lagi 2 bulan, dah tak panjang umur agaknya orang tu sebab lama sangat tunggu, kanser dah serang satu badan. Kalau aku buat kat sini, by the time result tu keluar, aku dah ada dekat US dah pun. Cisss.


So, aku pun pergi ke Hospital Sungai Buloh yang baru tu pulak. Dah la jalan-jalan tak jumpa information kaunter punn. So, aku pun ke Klinik Perubatan dalam hospital tu untuk tanya dekat mana boleh buat check up. Nak tau dia cakap apa? "Ohh sila ke Klinik Kesihatan Sungai Buloh. Dekat sini takde buat medical check up."

Really? (-_-")


Hospital Sungai Buloh


Maka dengan ini, aku pun balik rumah tanpa dapat apa-apa. Takpelah, ayah aku kata esok dia nak bawak aku pergi Pusrawi. Lepas aku google-google tadi pasal Pusrawi, rata-rata semua good comments la. Result boleh dapat dalam hari tu jugak, tak ramai orang and yang paling penting sekali, bayaran murah je. Kepada sesiapa yang tak buat medical check up lagi macam aku, (which aku rasa aku sorang je tak buat lagi) silalah pergi ke Pusrawi atau Tung Shin Hospital yang terletak dekat KL. Terima kasih.

Hospital Pusrawi


Ok ni update pasal Hospital Pusrawi. (Edited 2 years later, so hopefully aku masih ingat detail) Aku sampai hospital dalam pukul 9am. Kena naik tingkat berapa ntah untuk buat medical check up, tak ingat lah. Tapi ada kena naik turun jugak lah sebab check up tu buat dekat tempat lain-lain, macam contohnya timbang berat, cek tekanan darah, cek aku hamil ke tak (lol) tu semuanya dekat tingkat atas. Then turun ke tingkat bawah untuk ambik darah and ujian air kencing. Then turun ke ground floor untuk buat x-ray. 


Alhamdulillah, sepanjang medical check up ni aku memang takde tunggu lama. Paling lama pun dalam 5 minit macam tu. Semuanya berjalan lancar. After habis buat x-ray, nak tunggu result tu lama sikit. So aku tunggu sejam dekat situ. Sambil-sambil tu boleh lah tengok tv and beli breakfast ringan-ringan. Then dapat result x-ray time tu jugak. Cumanya ujian darah tu kena tunggu dalam 3 hari, so after 3 hari kena datang balik untuk ambik test result. Tapi since ayah aku ada dekat area KL time tu, dia yang tolong ambil kan bagi pihak aku.


Itu sahaja untuk kali ni. Good Luck!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

11 comments:

Unknown said...

BRP YE BAYARAN YANG PUSRAWI KENAKAN?

Unknown said...

BRP YE BAYARAN YANG PUSRAWI KENAKAN?

Unknown said...

Kalau nk buat check full madical checkup kt hospital kerajaan..dia check apa je....bg list contoh

Unknown said...

Berapa cas dikenakan dekat pusrawi

Wawa said...

Berapa rm ea checkup dekat pusrawi??

Unknown said...

Berape cas klau gi checkup dekat pusrawi??

Unknown said...

Berape cas klau pi chekup kt pusrawi??

NATASHA BUHARY said...

Sebelum urine test dia buat body inspection tak b4 masuk toilet

asin said...

kalau buat dkt swasta boleh dpt cepat tk? hampa cuba bayangkan 10 hrb 7 baru dapat tahu dapat diploma vokasional 24 hrb dh nk kena masuk kolej kalau buat dkt kerajaan nk kena buat appointment lagi result kena tunggu lama

governmenthooker said...

Ni lah masalahnya dgn Hospital Kerajaan. Kenapa hospital Swasta boleh buat cepat dan dapat result hari tu juga. Sebab bayar mahal? Dan satu lagi kenapa perlu ada reason untuk buat medical check up? Bukankah rakyat digalakkan buat m.c.u setahun sekali bila dah cecah umur 40 tahun. Aku buat kat Subang Medical Centre bayar RM600 tapi memuaskan hati. Pekerja hospital semua ramah dan profesional. Waktu sementara tunggu result keluar (dalam sejam) dapat voucher makan di cafe diorg. Makanan pulak bukan cikai².

Yoroshiku said...

Saya medical checkup utk sambung belajar sekejap shja kat klinik pekan. Klau klinik bandar mmg sentiasa penuh

Post a Comment