Ok, entry ni dah lama tertunggak daripada minggu lepas lagi. Tapi ada sorang makcik ni rajin gila remind suruh aku tulis jugak. Kihkhkkih.. Sorry. This is for you, Wawa.
Sejak akhir-akhir ni blog aku makin banyak pulak resipi. In case kalau ada sesiapa sesat masuk blog ni and ingat ni blog makcik-makcik, saya redho. Redha itu ikhlas.
So, today aku akan mempersembahkan 2 buah resipi, resipi minuman ye kawan-kawan, in case kalau korang nak variety in life. Maybe ada bahan dalam ni yang susah untuk didapati, but u could always use a substitute. Takde hal punya. Takde siapa nak gred level air korang sedap mana.
Resipi Pertama: Susu Kasihku Abadi
Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan air ini ialah:
- Segelas susu segar
- 2-3 tbs strawberry syrup (I use Hershey's)
1. Sediakan segelas susu segar.
2. Masukkan perisa strawberry ke dalam air tu. Kacau-kacau sikit.
Dah siap. Need me to explain more? Hasilnya akan dapat sebegini.
Berwarna pink uollsss
The reason why aku suka susu bercampur strawberry ni ialah sebab mak aku pernah cakap masa aku kecik-kecik dulu ni lah air feveret aku. Dah macam taknak minum susu kosong. Mesti nak kena letak strawberry syrup dalam botol tu jugak. Rasanya memang semulajadi dari lahiriah nya aku memang suka kaler pink. Benda yang warna putih pun aku nak jadikan dia pink waima susu sekalipun. Dasarrrrr~
Tapi rasa dia memang tak sama langsung dengan mana-mana susu kotak perisa strawberry yang lain. Sedap gilaaa.. Kalau nak try, buatlah sendiri. Sesiapa yang ketuk pintu rumah aku malam ni mintak air takkan dilayan. *kecuali yang hensem-hensem* Ehem.
Resipi Kedua: Caramel Coffee Cinta Bersemi
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
- 2 tbs Coffee or Nescafe 3 in 1
- 3 tbs Caramel syrup
- 1/3 cawan susu segar
- 1/4 cawan air panas
- Air sejuk
- 1-2 tbs gula
- Ais
- Whipped cream
Since kopi nescafe aku bawak from Malaysia dah habis, aku beli ni. Kopi perisa caramel.
But dulu aku pakai nescafe untuk buat air ni sama je rasa macam Starbucks.
1. Sediakan sesuku cawan air panas. Masukkan kopi and gula.
Benda yang tak best pasal kopi Starbucks ni ialah keladak-keladak ni. Serious tak suka.
2. Because of that, here comes no. 2. Filter semuanya using coffee filter. Tapi kalau setakat pakai nescafe biasa tak payah nak susah payahkan diri buat step ni. Sila skip.
Untuk ni aku kena gunakan penapis and coffee filter (macam bekas muffin and nipis macam tisu)
Sila rujuk gambar mula-mula tadi.
3. After that masukkan susu, ais, caramel syrup and top kan dengan whipped cream.
Dah siap!
The reason why I came with this idea ialah since duduk dekat US selalu gila craving nak minum Starbucks. Kalau sekali sekala boleh laa.. Tapi kalau hari-hari? (peringatan: jangan sesekali mula minum starbucks. anda akan ketagih)
Biasanya aku akan order Caramel Frappe kalau pergi sana. Tu memang faveret aku. But since aku berjaya immitate rasa air tu buatan sendiri, aku dah jarang pergi Starbucks. Heheheh. Penjimatan!
That's all for now. In case ada sesiapa muntah hijau sebentar tadi bila baca nama air yang aku reka, sesungguhnya tu hanya trolling. Aku sebenarnya tak paham kenapa orang Malaysia selalu cipta resipi, tulis novel, lagu and buat movie mesti nak kena ada perkataan-perkataan seperti cinta, kasih, abadi, suci sesuci lebaran bagai. TAK PAHAM!
Kbye.
0 comments:
Post a Comment