Drug Store Make Up Review

Hi! Selepas lama tak buat review pasal produk, now tiba-tiba ada mood dah. Semua sebab inspired dengan Michele Phan punya video. But video tu nanti last-last2 baru aku tunjuk. Now nak buat review pasal make up yang aku guna sekarang. Lately tak tahu kenapa aku makin berminat dengan make up.. Maybe sebab make up dekat US murah gila kot. Like seriously, murah gile! Nak tahu murah berapa banyak? Nanti aku gitau one by one.


Now rutin aku setiap pagi lepas siap cuci muka and gosok baju ialah pakai pelembab muka, foundation, concealer, compact powder, and 2 warna lipstik. Kalau rajin pakai mascara. Haaa dah advance dah. Kalau tak before ni kalau kat Malaysia just pakai pelembab, foundation and lipstick yg nipis je kot.


 Kesemua barang wajib yang perlu dicapai dengan senang setiap pagi.


Ok, so where should we start? Hmm... Oklah, kita start dengan things that I don't really like or ok2 je. Nothing special.

Covergirl Instant Cheekbones in Plum

Why do I hate this thing so much? Warna dia ok, it's cheap- I bought it for $5.99. Well, not the cheapest price la sebab beli kat CVS Pharmacy. Kalau kat Walmart lagi murah kot. Ok berbalik kepada persoalan kenapa aku sangat tak suka benda ni? The smell SUCKS level 374. Busuk gila ok! Macam bau rempah ratus, bau perempuan baru lepas bersalin, ntah ape bau ntah. Tengik gila! I cant stand the smell. Well, memang la kalau dah pakai tu tak berbau, cuma masa nak apply tu tahan jela hidung. DONT GET THIS. U deserve something better. And lagi satu, bekas dia buruk. Macamkan aku beli blusher berharga RM2 je. Macam takde kualiti.


Well, aku beli ni sebab this is the cheapest and ada 3 warna, so boleh buat effect contour dengan lebih berkesan. But kalau ada option lain, sila beli yang lain. Tapi sebab aku jarang pakai blusher, so tak kesah lah.


Clinique Acne Solutions: Emergency Gel-Lotion Intensif

I am a Clinique fan, but this particular product doesn't worth your money. Go buy something else. Aku beli benda ni $15. Tu dah kira mahal bagi aku. Harap nama je emergency gel, tapi ntah ape ntah emergency solutionnya. Aku punya jerawat yang sebijik dua tu dah 2 bulan tak surut-surut lagi. Still merah lagi and ada cecair putih dekat dalam jerawat tu. Dah 2 bulan ok berkepam kat situ taknak hilang. Pelik aku. Ntah apa ntah krim ni buat. Membocorkan poket aku kot?


Tapi kalau baca review, orang kata diorang pakai benda ni dalam masa semalam atau 2 hari dah surut. Tapi bagi aku takde effect pape pun. Tak bagus!


Maybelline Hyper Diamonds in Peach

Bukan tak suka, tapi warna eye shadow ni terlalu glittery. So, tak sesuai kalau nak pakai hari-hari biasa. Tapi part yang tak suka, walaupun dia ada 5 warna berbeza, tapi macam takde beza kot. Warna coklat tu pun tak gelap. Pigment tak cukup agaknya sebab nak letak glitter banyak-banyak. Hahahaha! Even nak cuci make up ni pun susah sebab glitter dia still melekat kat mata. Btw, aku beli ni dulu sebab nak make up untuk tunang, pasal tu nak ambik yang warna-warna glitter camni, baru glamor uollss.. OK tapi sekarang dah tak glamor. Harga masa beli RM29.90. ( kat US berganda-ganda lagi murah)


Maybelline Baby Lips Lip balm

Aku sebenarnya not a fan of lip balm. Kau bagi lah aku apa-apa jenama pun, memang aku pandang sepi je. Semuanya sebab aku hanya pakai Vaseline tebal-tebal sebelum aku tidur. Serious, cara tu berkesan so that waktu siang aku tak payah pakai lip balm, sebab just nak pakai lipstick. Tapi disebabkan ada sorang member ni excited suruh aku try beli, sebab lip balm ni lain daripada yang lain sket, so aku pun give it a try. 


Kelainan lip balm ni daripada lip balm lain ialah dia guarantee akan mengurangkan garis halus and tanda-tanda kekeringan pada bibir lepas sebulan pakai. Maknanya nanti bibir jadi comel and plump like baby's. Ok lah.. Kalau pakai tu memang rasa macam garis halus pada bibir tu less visible, tapi aku tak suka la benda melekit kat bibir and berbau/ mempunyai rasa. Yang aku punya ni perisa strawberry. Tapi aku memang tak minat apa-apa jenis lipstick yang berbau atau ada rasa. Lagi satu, benda ni tak tahan lama pada bibir, dalam sejam je kot. So, minus point on that. But kalau nak compare dengan lip balm aku yang terdahulu, this is not bad sangat laa.. Harga: $4


Ok, now kita beralih kepada stuff that I like.


Covergirl Concealer (forgot the name)

Dah lama aku nak cari concealer yang sebab seumur hidup tak pernah beli. But since parut jerawat ada laa sikit-sikit, so rasa macam nak beli satu. Lagipun hari-hari tidur dalam 4jam, maka tiap-tiap hari ada eye bag. Benda tu yang sepatutnya di'cover'. So, beberapa hari lepas aku beli concealer ni. I thought this is the cheapest one (ye, aku agak sengkek time-time tengah kering akhir bulan macam ni) so harga dia aku beli dekat CVS Pharmacy $7.29. 


Not bad la. Semenjak pakai ni dah tak nampak pape parut pada muka. Senang nak blend dengan warna kulit around parut tu. So, aku takde masalah pakai benda ni. Lagi pun benda ni senang sebab tak perlu nak sharpen guna sharpener. Just pusing je. Recommended. :)


 
Sally Hansen Line Fix Lip Repair

Actually aku tak pernah sedar akan kewujudan produk ni. Tapi masa tengah belek-belek produk yang tengah sale, aku nampak benda ni on sale and just tinggal the last one. Harga asal: $13.50, tapi aku beli dengan harga $3.37 lepas tolak discount. Aku tertarik pasal benda ni memang does what it claims. Memang sesaat je lepas apply benda ni pada bibir, terus hilang garisan halus tu, and bibir nampak lembap. Benda ni bagus untuk orang yang nak immediate result. One of the ingredients ialah collagen, so collagen tu yang fills the lines sebenarnya. Haha! Cakap macam pandai je... Taktahu la. Tapi itu yang ditulis pada kotak. Btw, nice packaging.


Maybelline The Magnum Volum Express

Ada sorang make up artist ni pernah cakap, kalau nak beli mascara, bagi dia mascara ni yang terbaik. So, aku pun pegi beli kat pharmacy and try. Memang bagus. No clump, nampak natural, rasa macam lashes lagi tebal and panjang, takde effect mata panda/ black metal or sememeh. Ok lah bagi aku. Even Michelle Phan pun suggest benda ni. Tapi tak ingat lah berapa harga dia. Kat Malaysia aku beli dulu around RM30+ kot. Kalau dekat US, $5.50 je.


Revlon Lipstick

OMG! I really really love Revlon lipstick. Suka yang amat. Setakat ni aku takde apa-apa problem dengan lipstick Revlon. Banyak pilihan warna, tahan lama, melembapkan bibir (pakai satu hari dalam cuaca winter tak buatkan bibir aku kering. Amazing!) Kalau pakai sekali, tak payah apply lagi dah sebab warna dia memang melekat. Boleh pilih dalam 3 jenis sama ada Pearl, Creme atau Matte. Tapi aku prefer Creme. Takde bau, takde rasa, nice packaging, murah. Senang cerita, everything that I want in a lipstick, ada pada Revlon. Maybe dekat Malaysia takdelah murah sangat. Rasanya around RM30 tak silap aku. Tapi dekat US murah gila. Kalau dekat Walmart dalam $5. Tapi aku pernah beli kat CVS Pharmacy masa sale, dalam $2.30 je satu. Memang time tu borong macam-macam color. Memang puas hati. 5 bintang!


         My favorite:
  • 616: Wink for Pink
  • 677: Siren




Ok, now nak compare 3 foundation yang aku pernah pakai pulak.

Maybelline Angelfit Flawless Natural Liquid Foundation.

Yang ni aku beli masa zaman-zaman naif pasal make up masa mula-mula masuk kolej dulu. Warna ok la, agak pekat. Sesuai untuk coverage. Cuma mungkin tak sesuai untuk orang yang kulit berminyak sebab kalau pakai masa waktu pagi, by tengahari kulit dah berminyak. Untuk orang kulit kering sesuai la kot. Harga: RM34.00


Revlon Photo Ready

Foundation ni aku beli masa nak tunang dulu. Disebabkan dah memang sah-sah waktu tunang nak ambik gambar banyak-banyak, aku beli foundation yang sesuai untuk photography. The reason why benda ni sesuai untuk ambik gambar ialah, dalam foundation ni macam ada shimmering effect. So, shimmering effect tu akan pantulkan balik cahaya so that kamera dapat capture wajah yang flawless. Wahh, kelas tauuu.. Bagus jugak benda ni. Aku pakai ke kelas selama berbulan-bulan jugak. Muka masa keluar rumah and balik rumah maintain sama, meaning muka tak berminyak. Puas hati la, cuma maybe kurang sesuai untuk dipakai hari-hari sebab ada sikit shiny2. Tapi coverage bagus, boleh cover semua parut and uneven skin tone. Beli pada harga RM65.


Revlon ColorStay Mineral Mousse

So far, this is the best foundation yang aku pernah beli. Dah la murah gila aku beli sebab beli masa tengah sale. Harga asal $13.50, tapi after discount dapat lah dalam $3.37 (bersamaan dengan RM10.50) Somehow, bila pakai rasa macam make up aku light sangat. Walaupun terasa light, tapi dia mampu untuk cover semua parut and mencerahkan kulit. Rasa sangat smooth! Sama macam Photo Ready tadi, foundation ni langsung tak buat muka aku berminyak. Kulit maintain je sampai ke petang. Definitely worth your money! (aku tak dibayar ok untuk buat statement ni, but im really a satisfied customer) The winning part is, foundation ni buatkan kulit aku nampak natural even after pakai concealer and compact powder after that. It feels sooo goodddd... Buy! Buy! Buy! Buy!


Btw, aku nak let go lah benda ni. Sesuai untuk dipakai sebelum mengerintingkan rambut atau untuk tame kan rambut kerinting yang kasar. Im selling for RM20(boleh je kalau nak mintak kurang lagi) Baru pakai once. Reason for selling sebab benda ni dibeli beberapa hari sebelum I decided to wear headscarf. So, since dah pakai tudung ni, dah tak kerintingkan rambut. So if ada sesiapa interested, boleh je bagitau. Kalau dapat pun most probably bulan 5 nanti sebab aku nak balik Malaysia bulan Mei.
Lambat lagi.. Hehe!


Sedikit sebanyak nasihat from Michelle Phan.










Ok, thanks for reading. If anything, hit the comment box yaww..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment