Kalau zaman kecik-kecik dulu, seawal usia darjah 4 aku rajin jahit baju-baju untuk patung Barbie aku. Bila tengok mak aku jahit baju kurung banyak-banyak, teringin plak aku nak jahit baju. Bermula daripada tu, ke mana je aku pergi, mesti bawak kain, jarum, benang and patung Barbie aku ke mana je. Daripada blouse, dress, skirt, segalanya aku buat. Bila dah besar sikit, aku stop sebab dah pandai simpan duit untuk beli baju yang lawa-lawa untuk Barbie aku.
Masuk darjah 5, aku up sikit. Kali ni aku berjinak-jinak pulak dengan manik. Time ni la aku hiaskan baju and seluar jeans aku dengan labuci and manik-manik. Zaman ni seluar jeans bercorak-corak tengah hot ohh.. So, bila aku hias and design sendiri seluar jeans aku, kira cam agak cool la time-time tu. Haha!
Time darjah 6 pulak, aku still main dengan manik, tapi kali ni aku buat rantai and gelang. Tak kisah la design macam mana pun. Masa ni seronok la. Opah aku pulak banyak ajar macam-macam cara nak buat rantai manik yang cantik. Siap boleh buat bunga-bunga lagi kau! Aku seronok buat benda-benda macam ni. Bila dah siap, kalau ada kawan-kawan aku nak beli, aku jual la. Rm1.50 je, tak mahal pun. Kad Happy Family lagi mahal. Then kalau kawan yang baik-baik dengan aku, aku kasi la free. Selebihnya, aku pakai sendiri.
Bila dah besar sikit, aku mula design baju-baju. Kononnya nak jadi fashion designer. Punya la banyak buku sketch design aku. Kawan-kawan aku, tak kira lah laki ke perempuan awal-awal dah book aku untuk design baju kahwin diorang bila besar nanti. Haiihh, gatal la korang! Bila ada masa lapang, aku try la jahit baju-baju tu. Setakat ni baju yang paling best pernah aku buat, aku buat baju kebaya guna kain sulam tebuk. Aku modernkan dengan jadikan baju tu nampak macam korset, but at the same time nampak macam baju kebaya pendek. Haha! Tapi sumpah bodoh. Baju kaler biru, jahit pakai benang kaler pink sebab malas. Tapi setakat ni, baju yang aku design yang boleh dipakai ada kat Afir satu. Zaman die slim dulu, muat la pakai. Sekarang confirm dah macam balut nangka kot sebab baju tu memang kecik. Haha!
Sekarang, aku mula nak berjinak-jinak dengan bisnes online. Insya-Allah kalau dah settle macam-macam nanti, aku promote la. Sekarang masih dalam proses. Haha! Walaupun aku tak dapat ambik course yang aku minat dekat college, tapi semangat tu masih ada. Nak tau ke aku nak ambik ape kalau aku ada pilihan? Ok la, aku actually nak masuk fashion design or fashion merchandising. Fashion merchandising tu bisnes dalam fesyen la. Menarik jugak bila combine kan. Haiihh.. Aku pun taktau la ape nak jadi dengan future aku. Minat dah ada, cuma halangannya ada je. Ramai yang cakap bila dah kerja nanti, buat la dua kerja. Boleh tu memang la. Tapi andaikan kalau aku kerja kerajaan (JPA), then handle macam-macam bisnes lagi, kot pulak at the same time kalau aku dah berlaki, dah beranak.. Tak ke sibuk???
Aiihhh... Berat!
0 comments:
Post a Comment