Popcorn Di Bontot Saya


Ok, kali ni aku boleh kata agak bengang gak ar dengan peristiwa petang tadi. Tapi lawak pulak, so nak gelak jap ahh.. Ahahahahahhhh... Gelak sorang-sorang memang seronok~ Kalau nak tahu, sila cuba. Ok. Boleh stop.


Tadi aku pergi tengok wayang dengan Afir dekat Sunway Pyramid. Macam biasa la, kalau buat movie marathon memang setia berdua. Untuk hari ni, kitorang tengok cerita Step Up 3 dengan Resident Evil: Afterlife. Step up tu aku yang nak tengok. Afterlife tu Afir laaa..

Lepas habis cerita Step Up, terus masuk pulak panggung untuk cerita Afterlife. Memang siot. Dah la nombor bilik panggung yang sama, no seat yang sama dengan movie Step Up. Rare gila.

Kata pun aku tak berapa minat tengok movie action, so aku diam jela cam orang bodho time tengok cerita Afterlife tu. Mengenangkan cik abang ni banyak kali bising sebab aku kerap tido time tengok movie faveret dia, aku try jela tahan mata untuk tak tidur. Tapi mulut jangan cerita berapa banyak kali menguap.

Cerita tu bermula sangat slowwww. Sangat-sangat. Tengah scene sorang perempuan tu berdiri diam-diam macam patung sedangkan keadaan sekeliling huru-hara. Haihhh.. Lembab betul starting dia... *Menguap lagi~ Lepas tu, jeng jeng jeng...! Dengan tak semena-menanya perempuan tu berubah jadi zombie yang bermulut gigi seperti anjing tiba-tiba nak makan lelaki Jepon sebelah dia!!!! SANGAT MENGEJUTKAN SEMUA PENONTON! Tak pasal-pasal ada sorang budak lelaki cina umur dalam 14tahun yang duduk depan aku terkejut gila babeyy sehingga membuatkan separuh daripada bekas popcorn beliau tercampak and mengenai kaki beta, perut beta, tangan beta dan maruah beta. WTH??

Ni penyebab segalanya...

Cilaka betul. Aku bengang ar time ni. Tak boleh jadi ni. Riba aku and lantai penuh je dengan popcorn dia. Dah la sepatah haram "sorry" pun tak cakap. Dengan penuh perasaan, aku ambik popcorn tu, aku baling-baling dekat dia. (Ye, aku tau perangai aku pun sama cilake). Bila agak-agak kewarasan dah datang balik, baru aku stop. Tak berani budak tu nak toleh pandang aku. Tau takut!

Pastu Afir tanya, apa yang jadi. Hek eleh.. Budak depan tu buat drama free pun dia tak sempat tengok? Ye ar, time budak tu terkejut, dia pun sama terkejut. Mane la nak perasan benda-benda celah gigi ni jadi. Aku je yang tak berperasaan time scene terkejut-terkejut tu. Tak pasal-pasal jadi mangsa.

Lepas cerita tu dah habis, aku keluar jela panggung macam biasa. Lepas dah masuk shopping mall balik, tetiba Afir terperasan sesuatu yang aku tak sedar selama ni. Dia kata, "Weh Farah, asal kat belakang ko ada popcorn?" Aku jawab la yang budak laki tadi buat. Then aku suruh dia tepis buang popcorn tu. Sekali dia cakap, "Macam mana aku nak buang, dah semua melekat kat bontot ko je. Takkan nak aku buat kat sini kot?" Ye, memang banyak popcorn-popcorn yang melekat dekat bahagian bontot aku seperti yang dapat aku rasakan masa tepis-tepis tu. Memang budak bertuah. Petanda tu..

Haihh.. Sengal betul. Camne la buleh tak perasan. Haihhh...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment