Kepada sesiapa yang menganggap aku ni spoilt kid, sila ubah persepsi anda. Aku berumur lebih daripada 18 tahun and aku tahu cari duit sendiri.
Muka wanita bekerjaya. Menunjukkan usia yang matang!
Dah banyak kali aku pegang title wanita bekerjaya, so macam-macam kerja pernah aku try.
Antaranya, cashier, waiter, pengemas stor, camping facilitator, pembuat kek, pembantu penjual di pasar malam, pengecat rumah dan bermacam-macam lagi. Sekarang pun tengah keje gak. Tapi part time jela.. Jual topup kat kolej/ kawan-kawan.
Antaranya, cashier, waiter, pengemas stor, camping facilitator, pembuat kek, pembantu penjual di pasar malam, pengecat rumah dan bermacam-macam lagi. Sekarang pun tengah keje gak. Tapi part time jela.. Jual topup kat kolej/ kawan-kawan.
Masa jadi cashier dekat restoran. Kerja yang paling seronok and enjoy sekali!
Perempuan kuat shopping.
Dengan segala hasil titik peluh aku tu la aku memuaskan nafsu aku. Macam nak beli beg, baju, kasut, treatment rambut, handphone baru dan macam-macam lagi.
Even, dengan duit tu jugak aku gunakan untuk bayar fee untuk test TOEFL ibt aku Disember ni. RM500 untuk satu test ok, bukan sikit-sikit!
Tujuan kenapa aku kerja bukan sebab parents aku tak berduit. Cuma aku tak suka bebankan diorang. Kan bagus kalau duit diorang yang aku tak sentuh tu dibuat simpanan atau belikan barang untuk adik-adik aku. Aku suka pegang and spend duit sendiri. Lagi bagus kan?
Aku pun puas kerja. Duit pun masyuk, pengalaman pun dapat, koleksi baju pun bertambah-tambah. Actually, pengalaman tu yang paling susah nak dicari. Kerja memang seronok, tapi there will always be something behind it. Ada yang best, ada yang tak best. Well, untuk semua spoilt kids, korang kena kerja untuk rasakan macam mana pengalaman tu.
Selain daripada tu, aku jugak dapat biasiswa JPA. So, memang beban kewangan parents aku memang takde langsung la. (Kecuali time penghujung semester time duit dah habis terpaksa gak la buat muka seposen mintak duit dekat umi and ayah... Huhu!)
Bukan apa, honestly la, even kalau parents aku kaya-raya sekali pun, aku tetap akan berusaha sendiri. Aku dah diajar berdikari sejak aku umur 6tahun. And perkara-perkara yang aku buat masa aku umur 6 tahun dulu aku takkan sampai hati nak suruh adik aku yang berusia 8 tahun tu buat. Bukan sebab nak manja-manjakan dia, cuma apa salahnya kalau aku boleh take care dia, aku akan buat yang terbaik untuk dia.
Kalau adik-beradik aku nak pinjam duit pun, no hal punya. Kadang-kadang jugak kalau diorang tolong aku, aku hulur la sikit upah buat beli topup. Senang la nanti diorang nak bermesej dengan awek diorang.. Hik hik hik.. Kakak mithali tak? Cool~
Aku nak lakukan yang terbaik dalam hidup. Aku nak kerja yang bagus, personaliti yang menarik, gaya yang mempesona, kepetahan yang mengagumkan, dan ilmu yang luas. Cewahhh! Senang cerita, aku nak jadi wanita yang hebat dan all-rounded. Dengan langkah-langkah kecil ni la aku mampu buktikan yang aku mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri. And aku bersyukur sebab dapat parents yang sangat supporting and cool... Terbaekkk!
3 comments:
Thanks also for sharing your knowledge by making this blog. It's really a great help for me. I hope you make more blogs like this.
ADP Retail Merchandising | Riphah International College
Nice changes ..Its seems to be good.I always believe that you are always updated better changes so the site looks more effective.
BS computer science in Lahore
Thanks for informative blog . keep it up sharing .
ADP Science | Riphah International College
Post a Comment