Raya Saya dan Mereka

Sila jangan tanya kenapa aku tak wish hari raya and mintak maaf secara 'official' pada tahun ini. Semakin aku membesar, makin banyak aku jumpa orang yang tak ikhlas atau dalam erti kata laennya, hipokrit.

Keikhlasan dan keamaafan yang sebenar-benarnya bukan dengan menghantar forwarded mesej or ayat berbunga-bunga. Itu pada pendapat aku semata. Ikhlas perlulah jujur dan personal. Ada je kualiti ni, jangan risau. Kemaafan akan diterima. Ohh hoh hoh hoh...

Sejujurnya bagi aku, raya bukanlah perkara yang menyeronokkan sangat. Suasana girang bersuka ria tu mula pudar. Bak kata sorang pakcik teksi yang aku pernah tumpang ni, makin pudar perasaan gembira masa raya tu menandakan usia kita dah tak lama. Haha! Ada gak betulnya..

Apa yang menggembirakan aku masa raya bila sama2 tolong untuk persiapan raya, jumpa saudara yang terdekat, ambik gambar tak hengat dunia, makanan yg sedap2 and semestinya baju-baju baru. Tak lebih daripada tu. Aku bukan jenis suka jumpa family yang tak dikenali or membazir masa datang rumah macam-macam tapi tak buat apa-apa. Memang membosankan!

Pasal duit raya, aku dah tak kisah. Kalau tak dulu time kecik-kecik, dengan duit raya tu la aku beli segala koleksi tuk nenek Barbie and aksesori-aksesorinye. Sekarang, duit raya tu tup-tup habis buat sara hidup kat kolej. Mercun pun tahun ni memang tak sentuh langsung. How pathetic!

So, itu la raya bagi aku. Ada setengah perkara menyeronokkan, ada setengah lagi memang membosankan.

Di kesempatan ni, aku nak lah memohon maaf buat kawan-kawan sekolah, kawan-kawan kolej, sedara-mara, and kawan-kawan blogger aku kalau apa tindakan or kekurang hajaran aku ada menyinggung hati or membuatkan korang jiwa kacau. Honestly, sepanjang aku tulis blog, tak pernah terlintas nak menjatuhkan orang or membuat siapa-siapa tersinggung. So, maafkanlah aku yang tak berniat nak buat salah ni.. Hehehe! Ikhlas tau! Semoga bergembira di hari raya semua! Peace! :P

p/s: Gambar riang ria raya si jakon ni akan diupload nanti. Sekarang tak boleh. Masih di ipoh and online guna phone je. Hehehe!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment