Hari ni aku rasa sangat teruja sebab aku berjaya untuk pertama kalinya membuat satu KETUPAT YANG SEMPURNA!!! (sedangkan pakai reben plastik je)
Bangga tetap bangga. Semuanya sebab sambutan Hari Raya yang di organized oleh American Degree Program. Ehh, Student council laaa yang organize sebenarnya. Punya banyak Hari Raya celebration kat kolej ni, pening aku persatuan mana yang anjurkan.. Haha!
Ok, semuanya bermula bila lepas habis kelas and buntu taktau nak membazir masa macam mana. So, lepak kat library, tengok Mei Ting buat ketupat banyak2 untuk decoration sempena Hari Raya ADP tu. Gila kagum ar aku sebab separuh kotak dah ketupat tu dia buat sorang-sorang je.
So, aku pun mula try-try buat sendiri dengan bereksperimen tanpa usha siapa-siapa. Sekali sappppp! Ambik ko! Siap sebijik! Punya la aku bangga sakan.. Kira kagum ar sebab buat tanpa bantuan kan.
Pastu aku tanya Mei Ting, macam mana dia tau buat ketupat? Then dia cakap belajar from Youtube je.. Haha! Ye, kita semua mesti mengaku yang kita generasi YOUTUBE! So, ok! Kali ni aku nak buat ketupat yang kedua plak. Kali ni mesti menjadi ni! Mesti kena potong rekod masa tadi. Hehehehehhh..
Dengan langkah penuh gaya, aku mulakan. Ye!
Satu jam setengah berikutnya...
Tak siap-siap lagi. Kepala otak dah pening. Semangat dah mula luntur. Nak mengaku kalah rasa cam tak patot sebab usaha dah makan masa lebih setengah jam. Takkan mengaku kalah pulak kan? Puas la aku tanya Mei Ting, camna nak siapkan. But still tak menjadi jugak. Then datang sorang.. sorang guru tak bertauliah nak bagi tunjuk ajar. Tapi bila tanya, diorang pun taktau nak buat camne. Datang hanya bagi suggestion je. Bukan aku taknak terima, tapi aku dah deal ngan masalah ni lebih sejam. Mengadap benda tu je. Bila aku rasa benda tu dah tak mendatangkan kebahagiaan, malah membazir masa aku. Aku decide untuk stop gak. *Sambil mengkonyok-konyok kan benda alah reben tu tanda tak puas ati! Dengan rasa kuciwa, aku turun pegi makan dekat Ayam A1. *Pokk pokk pokk pokk.. (bunyi ayam)
Sumpah bengang gila! Hasil pun tak dapat. So, ni jela satu-satunya hasil yang aku bangga-bangga kan pada awalnya tadi..
Ketupat pertama dalam hidup aku!
Ni dia cikgu Mei Ting. Di belakang, hasil dia sekotak.
Ni dia muka-muka taktau buat ketupat tapi mengaku buleh! Mesti buleh!
P/S: Ramai yang tanya, Cina pun dah macam Melayu mengalahkan Melayu sendiri... Adoyai malu aku... WOI! Racist woii! Aahhhahahah...
0 comments:
Post a Comment