Apa yang saya mahukan untuk birthday saya?


Ok2, birthday aku lambat lagi. Jangan lah gopoh2 nak beli hadiah sekarang pulak kan.. Saje je suka2 nak post ni sebab xde orang pernah tahu apa yang aku nak untuk birthday (walaupun hint dah bagi banyak gila!!) Ok2, ni list apa hadiah birthday (or apa2 event pun) yang aku sangat2 nak!


1. Designer or branded handbag :D
Haha! Handbag is my favorite!! Jealous gila birthday mak aku dua tahun berturut2 dapat handbag. (sedangkan aku yang kasi)

2. Bunga ros!
Heh! Jangan ingat aku tak minat bunga tau. Aku minat sangat2.. Romantik. Huhu!
3. Baju best2!
Obvious kot sebab kenapa aku nak baju. Hehe! Kasi lah sepuluh baju pun takkan cukup.

4. Perfume
Aku suka sangat kumpul perfume tapi pakai satu je. But still, nak jugak!

5. Cheesecake
Cheesecake is my favorite cake. Nak explain camne lagi?

6. Make up
Haha! Pernah nampak aku pakai makeup ke? Jarang kan.. Xtahu lah kenapa nak jugak.. (-_-")

7. Hair serum
Rambut rosak pastu suka pakai hair serum. T_T

8. Birthday wishes
Dapat wish from kawan2 pun dah ok. Best la tu walaupun diorang tahu birthday aku from FB.

9. Party
Heeee! Aku suka party!

10. Celebrate dengan orang yang diingini
Setiap tahun ada je orang yang jadi mangsa untuk teman aku satu hari masa birthday aku. Malanglah orang tu. Hehe! (bukan dengan cara dalam gambar tu ye!)





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Farah Si Hati Keras Yang Blur

1998

Aku pernah dilanggar kereta oleh seorang pemandu cina yang mabuk baru balik party masa aku darjah satu. Kisah yang bodoh actually. Aku penakut nak pegi rumah atuk aku sorang2 masa maghrib tu. Aku kejar abang aku yang xnak aku ikut dia. Masa nak lintas jalan tu, tiba2 aku lost. Tertidur. Masa tu aku dengar2 ada orang kejut aku. Aku taknak bangun. Aku rimas orang nak kejut2 orang tidur ni. Tapi bila tersedar, tengok2 seluruh penduduk kawasan Lembah Selayang Bharu tengah mengelilingi aku. Owh, rupa2nya aku accident baru.

Aku pun bangun dengan kepala yang sakit. Semua risau. Abang aku memang dah chiow awal. Tak guna. Hari makin gelap. Kepala sakit sangat macam luka. Dalam kepala aku time tu hanya nak sampai ke rumah atuk aku je. Aku nak blah sebab tak selesa jadi perhatian orang ramai, tapi diorang semua tak kasi aku balik. Macam2 lah soalan dia tanya. Siapa ayah, tinggal dekat mana, nak pergi mana. Sesak.. sesak.. Ingin aku tekankan sekali lagi yang kepala aku dah sakit ye kena hentak dengan bumper kereta tu sampai boleh pengsan tadi.

Aku cakap aku hanya nak balik rumah atuk dengan nada innocentnye. Diorang tak kasi. Tanya lagi soalan repek2 tu. Menggelabah siot pakcik makcik Indon dan Melayu tu. Aku relax je. Aku mintak selipar aku sebab aku tak nampak mana pergi selipar biru aku tu. Diorang refused nak kasi selagi aku tak jawab. Amboi2, suka hati aku lah. Aku nak selipar! Bila aku dah mula nak menangis, baru diorang cuak. Then baru pulangkan selipar tu. Sebelum tu diorang tunjuk kaki aku yang luka kedua2 belah. Oh, baru perasan kaki aku luka agak besar. Ahh, pedulik apa semua tu. Diorang tanya lagi buat kali terakhir. Mana rumah atuk hang?? Aku hanya tunjuk ke arah utara dan terus blah hingga membuatkan semua tertanya-tanya.

Bila aku jumpa ayah aku, aku cerita apa yang jadi semua. Ayah aku risau lah. Mana tak, the only daughter kesayangan kan. Rupa-rupanya kes tu agak besar. (masa tu aku fikir besar lah) sebab melibatkan polis. Bini laki mabuk tu marah2 laki dia sebab tak bawak kereta dengan cermat. Padan muka! Dah lah kena marah dengan bini, dia boleh buat bodoh je hisap rokok dekat luar klinik. Ayah aku pulak marah bini dia sebab bising sangat dalam klinik masa doktor rawat aku. Memang patut pun. Rimas dow. Bila pergi report polis, ada sorang inspektor ni tepuk2 kepala aku la. Heyy pakcik! Sakit lahh!

Conclusionnye, perangai sleng dan blur dan tak sntimental dan tak sensitif aku ni memang dah terbentuk sejak kecil. Maka, janganlah marah aku kalau aku dengar cerita yang sedih tapi xtahu respon, bila dengar masalah couple xtahu bagi advice, xtahu pujuk bila kawan merajuk sebab aku guna color pencil dia sampai tumpul dan macam2 lagi. Aku keras hati. Sangat blur nak tunjukkan emosi. Hehe! Enough!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

I LOVE HOLIDAYS!

Aku paling suka cuti semester kali ni.
Aku seronok sangat dengan apa yang aku buat, mereka2 yang aku hang out with, dan masa2 seronok semua..

Okay, cerita bermula bila aku dapat tau yang cuti aku hanya 2 MINGGU berbanding dengan cuti orang lain, 2 BULAN.
Agak sedih la.. Terkilan jugak awalnya (smpai sekarang pun masih terkilan) tapi terpaksalah terima hakikat.
Yang paling teruk, dah lah cuti 2 minggu je, kena potong lagi seminggu pula tu sebab aku terpaksa pergi kem Biro Tatanegara dekat Kuala Kangsar, Perak. Bila dah ready beli baju kurung sekolah putih and all untuk camping tu, tiba2 dapat inform pulak yang tempat kem tu bertukar ke Maran, Pahang..

Omg,, aku macam panas jugak lah time tu, tapi redha jela..
Tapi mind aku tetiba berubah bila smpai sana. Somehow, ada yang tak puas hati kata kem tu brainwash la, racist la, tapi bagi aku kem tu buat aku makin cintakan Malaysia, mbuat aku berubah fikiran untuk berbakti terhadap Malaysia, lebih bersemangat, dan macam2 lah yang lebih. Apa2 yang bkaitan dgn patriotik la, masyaallah!
Semangatnya... huhu!

Pengalaman camping macam zaman sekolah tu memang seronok memandangkan life aku sekarang sangat lah tak adventure. Aku kena jadi tahanan dalam penjara, jadi perancang pembangunan negara, jadi debator, jadi lawyer yang hafal isi2 kandung Perlembagaan, try naik ab-sailing, belajar pasal mandikan n kafankan jenazah.. Macam2 lagilah!
(first time jadi skema)

Then tiba2 timbul isu kahwin..
Well, farah memang gatal, so tutup lah crita pasal tu ok.. Malu! huhu!

Apa yang paling menarik pasal cuti mestilah bila time hang out..
Keluar date n keluar ngan kawan2 je tak terkira banyaknye. Belum campur lagi keluar ngan family, pegi kenduri, semuaaa kan..
Hurm.. Bila keluar dengan kawan2, biasalah update pasal diri masing2..
Yang si minah ni dah couple, yang minah tu putus hati, yang mamat x guna ni plak tetiba bleh dapat awek hot??! OMG

Lepas tu keluar dengan ******... Aku bawak dia pergi jalan2 ke Subang Jaya. Konon2 nak tunjuk2 tempat aku belajar and hang out and all kat die tapi di sebalik tu, saje je nak suruh dia hafal jalan. Karang apa2 hal, senang die nk pick me up.. Haha! Jahat2..

Yang paling tak boleh blah sekali, masa pergi sekolah dengan berpakaian seperti tak macam selalu.. Dah la pakai selebet gilo, memang stylo tp x pernah pakai macam tu ke sekolah. And then pegi pulak ke pejabat, sembang2 dengan penolong kanan n pengetua dengan cikgu disiplin sekali.. Ambik ko, triple!
Nasib baik they didnt judge me by the way i dressed sebab maybe diorang kenal dah perangai and personaliti aku macam mana.. Paling best sembang dengan pengetua baru tu la! Friendly, best!

Haha! Banyak lagi cerita yang best pasal cuti ni. Tapi takut korang bosan pulak kan... haha! Meh sini kita usha gambar jela.. Aku pun malas nak taip. :D

hoh! semua kena pakai baju sekolah

comel jugak aku pakai tudung.. haha!

lepak wif my bestie, Fairuz

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ishk! Tak Boleh jadi ni!

Ok2, apa yang ditakuti kini menjadi..
Haha! aku naik 2kg dlm masa 3bulan!
Hehehehe.. Memang gila la..
Jangan cakap aku boyot ye, cakap aku mantap.
Sila.. Silakan cakap.
-FARAH MANTAP!-
Hohohohohohohohhhh...

Dah, diam ah ko! Jangan cakap ape2 dah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS